CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayam Naik 80 Sen!

12-9-2014 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4379| Komen: 19

Ayam Naik 80 Sen!

Shahrizal sedang memotong bahagian ayam yang akan dijual di Pasar Kedai Payang, semalam.


KUALA TERENGGANU - Harga ayam di negeri ini naik sebanyak 80 sen dari RM7.70 sekilogram kepada RM8.50 bagi ayam standard sementara RM9.30 sekilogram bagi ayam super sejak empat hari lalu.

Peniaga ayam di Pasar Kedai Payang, Shahrizal Rosli, 34, berkata, walaupun jualan ayam tidak begitu laris, harganya kian naik dipercayai akibat kekurangan bekalan ayam selepas musim perayaan.

“Harga ayam naik kebelakangan ini dipercayai akibat kekurangan stok ayam di Terengganu dan terpaksa ambil bekalan dari luar seperti dari Temerloh, Pahang.

“Biasanya sehari kita jual dalam 200 kilogram ayam dan modal bagi ayam yang dijual ialah RM7.50, untung hanya RM1 sementara modal RM6.20 bagi ayam hidup,” katanya.

Sementara itu, Pengurus TD Poultry Sdn Bhd, Rizal Kamarun mengakui bekalan ayam kini tidak mencukupi menyebabkan harga barang mentah itu meningkat kebelakangan ini.

Menurutnya, dijangka harga ayam akan semakin naik kerana bekalan tidak cukup ditambah pula dengan musim cuti persekolahan.

“Sekarang ramai peniaga ambil bekalan ayam dari luar kerana bekalan ayam tidak cukup di Terengganu. Kita hanya boleh keluarkan hingga 160,000 ekor hingga  200,000 ekor seminggu sedangkan keperluan ayam di sini sebanyak 60,000 sehari.

“Harga ayam dijangka akan naik lagi disebabkan bekalan tidak mencukupi ditambah pula dengan bilangan anak ayam yang tidak mencukupi. Harga bagi anak ayam sahaja mencecah RM2.10 seekor berbanding RM1.90 atau RM1.80 sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, pada pertengahan Ogos lalu, harga ladang bagi seekor ayam ialah RM3.80 berbeza dengan peningkatan harga ladang sebanyak RM5.50 bagi seekor ayam hidup sekarang.

Bagaimanapun, katanya, biasanya bekalan dan harga ayam akan stabil selepas Hari Raya Haji kerana kebanyakan masyarakat akan menggunakan daging lembu untuk menunaikan ibadah korban.


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 12-9-2014 08:50 AM
takpe..ayam singgit masih ade..err..ade lg ke? ker dah naik RM1.80?
Quote m0g 12-9-2014 09:07 AM
Gila mahal, semalam gi tesco ayam sekor 29rm. Baik beli ayam golek murah siap masak
Quote GhostWalking 12-9-2014 09:09 AM
Pernah berbual dengan orang yang berkeluarga besar,anak2 pulak tengah naik jadi sekali makan memang 1-2 ekor ayam.Seminggu 3-4 kali (bebudak jenis suka ayam).Nasib baik parents mampu.Dalam mampu pun mengeluh jugak tuh.hmmmm..
Quote kerunai 12-9-2014 09:10 AM
nikmatnya GST dan kenaikan ayam

bersyukurlah dan bertabahlah sis
Quote kentel 12-9-2014 09:14 AM
haiya...ayam pun nak sorok???dah dah lah..!!!
Quote ctaz 12-9-2014 09:21 AM
ayam pun nak mintak GST maaa....
Quote kerepektempe 12-9-2014 09:25 AM
Nasib bapak aku bela ayam kampung kat belakang rumah..
Quote TuntungReturn 12-9-2014 09:28 AM
di area kedah,perlis ade ayam goreng dijual rm1. seketul x besar tapi bleh la mkn.aku pun pelik mne tokey die dpt ayam murah
Quote dubuk 12-9-2014 09:30 AM
kegemaran terbaru saya sekarang ialah makan ikan
Quote GhostWalking 12-9-2014 09:30 AM
TuntungReturn posted on 12-9-2014 01:28 AM
di area kedah,perlis ade ayam goreng dijual rm1. seketul x besar tapi bleh la mkn.aku pun pelik mne  ...

Ayam siam
Quote Anak_Nogori 12-9-2014 10:05 AM
GhostWalking posted on 12-9-2014 09:09 AM
Pernah berbual dengan orang yang berkeluarga besar,anak2 pulak tengah naik jadi sekali makan memang  ...

Ghost pernah berbual plak ngan penternak ayam tak?...CE dgr keluhan mereka dari kos harga Anak ayam dan makanan...tu belum campur ayam kena penyakit..kos ubat2 lagi..
Quote gaara_X 12-9-2014 10:13 AM
bukan kat teganu je..kat memana je skang nie...wait n see je bila raya nanti...
Quote lurve82 12-9-2014 10:22 AM
lpas ni nk ternak ayam kat rumah la..sure kne sound dgn jiran...
Quote 5229 12-9-2014 10:24 AM
TuntungReturn posted on 12-9-2014 09:28 AM
di area kedah,perlis ade ayam goreng dijual rm1. seketul x besar tapi bleh la mkn.aku pun pelik mne  ...

kedah area baling banyak tokey ayam..kalau ko kenal dorang sampai tak larat ko nk makan ayam nanti
Quote GhostWalking 12-9-2014 10:26 AM
Anak_Nogori posted on 12-9-2014 02:05 AM
Ghost pernah berbual plak ngan penternak ayam tak?...CE dgr keluhan mereka dari kos harga Anak aya ...

Tapi ankel takkan naik sebegitu sekali
Quote Anak_Nogori 12-9-2014 11:12 AM
GhostWalking posted on 12-9-2014 10:26 AM
Tapi ankel takkan naik sebegitu sekali

ITU yg ditanggung oleh penternak..bukan ayam sahaja..ternakan spt lembu..kambing...ikan...udang galah...

Ambil CTH makanan ikan...1 guni 20 kilo harga rm56...tak sampai seminggu habis kalikan 4 bulan...brp kosnya?...pengguna tak tahu...sbb mereka bukan penternak.

Yg org tengah pun satu hal lagi...amik untung byk....tu harga jd melambung...alasan bekalan kurang.

Sbb tu tak hairan ada penternak ayam hentikan ternakan mereka..tak pulang modal...bila ramai tak jd penternak...maka pengeluaran ayam dipasaran akan kurang...bila kurang permintaan tinggi..maka harga ayam akan naik...nak2 yg Jenis Anak kalau tak makan ayam sehari boleh mati..jd mereka2 ini akan tetap beli sambil membebel harga mahal..

Bila pasaran misalnya diganu kurang..permintaan ada..tu kena beli dari luar ganu tu..tentulah kosnya bertambah pd peniaga ayam tu.

Quote freebird 12-9-2014 11:46 AM
takpe....tunggu lah gst nanti.....ahmad maslan kata harga barang akan turun....
Quote CiliPadiSedap 12-9-2014 11:49 AM
Anak_Nogori posted on 12-9-2014 11:12 AM
ITU yg ditanggung oleh penternak..bukan ayam sahaja..ternakan spt lembu..kambing...ikan...udang ga ...

kau xpayah nak backup lah penternak ke? pemborong ke? pemimpin umno dah cakap GST takkan membebankan rakyat bab susahkan rakyat tipu rakyat umno dan macai mmg champion 1malaysia rakyat di bahulukan janji dicapatikan
Quote cemolot 12-9-2014 11:51 AM
ini semua tak penting...anwar ibrahim lebih penting!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.175855 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top