CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Disantau Oleh Puak Asli Di Kedai Antik

17-9-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20782| Komen: 52

Disantau Oleh Puak Asli Di Kedai Antik

Hi, forumer bod misteri kali ini saya ingin kongsikan lagi cerita mengenai santau atau pun tuju-tuju. Pada minggu lepas sekumpulan kawan-kawan saya pergi bercuti ke Cameron Highland, adalah dalam 5 hari. Macam biasalah bila dah bercuti di sana mesti nak hirup udara yang segar dan menikmati buah-buahan yang segar.

Nak ringkaskan cerita, kisahnya bermula apabila kawan-kawan saya memasuki sebuah kedai barangan antik yang penghuninya ialah orang asli. Salah seorang kawan saya telah membeli satu barang di kedai antik itu, harga pun tak mahal sangat. Dia beli pun sebab nak buat koleksi. Seorang kawan membeli sebuah kotak antik bersaiz a4. Dan lagi seorang kawan membeli sebuah basikal kecik.

Apabila pulang ke Kuala Lumpur kesemua kawan-kawan saya mengalami sakit-sakit, seakan-akan kena santau sebab 3 orang kawan saya muntah berwarna coklat dan hijau. Kawan-kawan yang lain pula gatal-gatal badan lama kelamaan mereka pun muntah dan batuk-batuk. Adalah dalam 3 hari, memang tak senang duduk, terpaksa minta cuti kerja.

Mereka bertekad untuk bertanyakan kepada seorang ustaz, jika kalau terkena apa-apa yang tak patut. Ustaz itu pun dapat mengesan apa punca sebenar yang kena pada kawan-kawan aku ini.

Ustaz itu berkata, ''kamu semua telah dijadikan sebagai mangsa guna-guna ni, ada kamu ambil atau bawa pulang benda yang aneh semasa pulang dari sana"?

Kawan-kawan aku dah mula takut,seram sejuk pulak! sebab dorang memang ada beli barang antik dari kedai orang asli tu. Memang tak lain tak bukan memang kerja dia la tu! (tiada niat nak menuduh pun).

Ustaz itu berkata "tidak apalah kamu semua bertahan dalam beberapa hari ini kamu semua akan sembuh seperti sediakala", sebab mungkin pawang(bomoh) ingin mencuba ilmunya".


Soalan aku adakah, jika sesorang itu terkena santau adakah dia akan sihat sepenuhnya selepas santau itu dibuang?


Gambar contoh


Sekarang Alhamdulillah kawan aku semua kembali sembuh, tapi memang jahatlah kan kenakan orang yang tidak bersalah!








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tykarib 9-9-2014 11:22 AM
Mohon bagi pendapat, tentang pawang asli ini
Quote Ipo 9-9-2014 11:38 AM
apa yang aku tahu santau ni akan sembuh sepenuhnya jika berterusan berubat. Jangan tertinggal.

Area situ termasuk gopeng, sungkai dan grik banayk santau tuju ni..sebab mereka nak test ilmu santau mereka
merka juga kena hanatr santau tu jika tidak mahu santau tu terkena diri sediri.

Aku tahu pun dari seorang kawan yang sellau ke situ..

hati2 bila beli apa2 atau pun makan . Baca ayat pendinding dulu.

Tentang pawang tu..aku tak boleh nak komen. Ada yg lebih arif kut tentang ni..
Quote tykarib 9-9-2014 11:43 AM
Ipo posted on 9-9-2014 11:38 AM
apa yang aku tahu santau ni akan sembuh sepenuhnya jika berterusan berubat. Jangan tertinggal.

Ar ...

jadi mmg betul la ish siot betul la!
Quote whadda 9-9-2014 11:52 AM
adekah kedai antik tuh berada sebaris ngan kedai buah buahan kat air terjun lata iskandar tu... ke kat tanah rata atau brinchang...
Quote Ipo 9-9-2014 11:54 AM
tykarib posted on 9-9-2014 11:43 AM
jadi mmg betul la  ish siot betul la!

ya...ada yang muntah darah..

aku ada kawan yang kena santau ni..(masa ni aku still zaman belajar)
dia  pernah pergi sana..lupa area mana tapi perak
bila balik kampus, dia muntah darah..pergi berubat sembuh sekejap je sebab dia tak habis berubat..sibuk ngan belajar.
Dia ambik engineering..

hari2 dia sakit..sampai darah keluar pulak melalui liang bulu roma..dah kronik..
dia balik kampung berubat..aku pun tak tahu dengan siapa dia berubat..

sebulan..dua bulan..berbulan2 dia tak masuk kelas..sampailah aku dengar dia dah meninggal..

maka..hati2

Note: aku dengar santau tu juga santau tuju..
Quote piao 9-9-2014 11:58 AM
whadda posted on 9-9-2014 11:52 AM
adekah kedai antik tuh berada sebaris ngan kedai buah buahan kat air terjun lata iskandar tu... ke k ...

macam pernah kena ke? aku ada singgah sini juga, tapi xda pape. kawan punya kawan ada yg kena. orang asli ni mmg xda keja ke!
Quote puteri_impian 9-9-2014 12:00 PM
Baru2 nie terjumpa kawan put yg dh lama tak jumpa, tu pun sebab dia nak jemput wedding dia........tngk badan dia kurus sgt....dia kata bru baik demam, dekat 2 bulan juga katanya...
on off demam katanya.....g klnk or spital xde pape.....pastu g le berubat die sndiri minta maknya hntr berubat...ustaz tu kata terkena santau angin.....seksa katanya.......
tpi masa die berubat tu org yg berubat tu tak bgi tahu die siapa yang hantar.....
tak nak die berdendam dgn org tu katanya
bermakna kawan put nie kenal la org yg menyantau dia ni
Quote whadda 9-9-2014 12:04 PM
piao posted on 9-9-2014 11:58 AM
macam pernah kena ke? aku ada singgah sini juga, tapi xda pape. kawan punya kawan ada yg kena. ora ...

kawan punye kawan tuh kene kat kedai mane..? aku tak penah kene.. saje tanye sbb penah park keta depan kedai antik tu nak singgah air terjun...
Quote piao 9-9-2014 12:17 PM
whadda posted on 9-9-2014 12:04 PM
kawan punye kawan tuh kene kat kedai mane..? aku tak penah kene.. saje tanye sbb penah park keta d ...

dekat dekat la tu tapi kalau dtg sana berbnykan baca ayat2 suci alquran
Quote tykarib 9-9-2014 12:26 PM
whadda posted on 9-9-2014 11:52 AM
adekah kedai antik tuh berada sebaris ngan kedai buah buahan kat air terjun lata iskandar tu... ke k ...

ya dkt2 sana juga, hmm malang mmg tak berbau terkena santau.
Quote tykarib 9-9-2014 12:31 PM
whadda posted on 9-9-2014 11:52 AM
adekah kedai antik tuh berada sebaris ngan kedai buah buahan kat air terjun lata iskandar tu... ke k ...






Quote whadda 9-9-2014 12:47 PM
tykarib posted on 9-9-2014 12:26 PM
ya dkt2 sana juga, hmm malang mmg tak berbau terkena santau.

owhh.. mekasih tuk info... risau plak nak benti kat situ lagi... tak ada keje btol diorang ni... orang datang nak bercuti ko nak ngenakan orang pulak...
Quote lis_miranda 9-9-2014 01:32 PM
takut pulak dengar ceta macam nie..tak pasal2, yang tak ada kena mengena,dorang senang2 buat.Kena lebih berhati2 lepas ni walau kat mana pun kita...
Quote cloudy_83 9-9-2014 01:34 PM
ada tak kemungkinan orang lain yang kenakan owner kedai ni?
sebab kalau ikutkan kes2 santau makanan kan biasanya bukan owner punya keja, orang lain yang buat..
Quote joyahglam 9-9-2014 01:50 PM
mcm tak fair jer kena santau atas sebab nak uji ilmu.
kalau betul handal, pi la santau set2 zionis nun
Quote hantukiller 9-9-2014 02:01 PM
Jangan mudah menuduh sesaorang mengenakan sihir(santau) pada sesaorang lainnya, kerana kita sebenarnya tak tau pun jin sihir tu siapa yg punya, mungkin tuan kedai yg punya, mungkin jiran kedai yg punya, mungkin orang yg dengki pada kedai, mungkin kene ditempat lain, atau kemungkinan besar bukan sihir pun.....
Quote zulka 9-9-2014 02:41 PM
aku kalau pegi cameron balik mesti singgah kedai ni..
byk brg aku beli kat kedai ni...maklumla peminat brg antik..
alhamdulillah setakat ni takde pula kena apa2...
tapi ada ofismate pernah kena...asalnya..beli brg kat situ, pastu balik terus sakit...
wallahualam
Quote amon_79 9-9-2014 03:13 PM
pernah baca pasal ibu santau ni... (org yg hantar santau ni xsilap digelar ibu santau/kalo salah minta betulkan)  ..setiap tahun mmg ibu santau ni kena lepaskan santau yg dia bela kalo x makan diri...so nasib la kekadang org xbersalah yg kena...
Quote KelisaOren 9-9-2014 04:20 PM
Memang seksa kalau terkena santauserba tak kena je rasa n paling risau bila badan jd makin kurus...makan la segala vitamin tp tak membantu langsung...kejam sgt bomoh2 sihir ni

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.183013 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top