CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Warga Emas Bergaduh Kerana Lubang Sampah?

22-9-2014 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4404| Komen: 9

2 Warga Emas Bergaduh Kerana Lubang Sampah?

Gambar mangsa yang tidak sedarkan diri dengan bahagian dada berlumuran darah selepas kejadian yang tersebar di media sosial.

JENGKA - Salah faham lubang sampah ditimbus tidak sengaja, menyebabkan dua warga emas yang berjiran di sebuah tanah rancangan Felda Jengka dekat sini bertumbuk sesama sendiri.


Salah seorang daripada mereka, terpaksa menerima rawatan selama dua hari di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh akibat cedera di bahagian dada dan muka.

Dia dipercayai diserang dari arah belakang menggunakan senjata tajam oleh jirannya ketika berada di atas motosikal, kira-kira jam 7.30 pagi pada hari kejadian.

Kedua-dua mereka dikatakan bergelut dan saling membalas serangan sebelum mangsa tidak sedarkan diri.
Mangsa dibawa ke HoSHAS oleh anaknya kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pekan Awah.

Sementara jiran berkenaan cedera di bahagian hidung. Terdahulu, mangsa difahamkan tidak sengaja menimbus sebuah lubang sampah milik jiran sehingga menyebabkan jirannya itu naik berang.

Selepas dua hari di HoSHAS, mangsa membuat laporan di balai polis sama kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Namun tiga jam kemudian, mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran bagi menarik semula laporan tersebut atas alasan masalah kesihatan.

Perselisihan faham kedua-dua peneroka itu mendapat perhatian pengurusan tanah rancangan Felda berkenaan yang menasihati agar ianya diselesaikan secara baik memandangkan mereka tinggal berjiran selain faktor usia.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua jiran itu berjaya diselesaikan secara baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kejoraria 22-9-2014 11:28 AM
panas baran tak bertempat pokcik2 tua ni ngalahkan anak muda
Quote Nesta13 22-9-2014 11:30 AM
gusti tunggu bulan depan.. john cena mai...
Quote Cik_Andak 22-9-2014 11:40 AM
Adoi pakcik2.....ape la nak jadik...
Quote haryatie 22-9-2014 11:41 AM
benda mcam tu tu sampai nk berbunuh bunuh
panas baran sungguh
Quote kecimpret 22-9-2014 11:49 AM
pangai serupa cina PRC yg berak tgh jalan
Quote GhostWalking 22-9-2014 11:59 AM
STONER posted on 22-9-2014 03:54 AM
pasal lubang sampah pun boleh bertikam ni kan plak kalo lubang..................

Hahaha perumpamaan baru ker
Quote boyagombak 22-9-2014 12:03 PM
pocet tak kiro, dah tuo2 pung pocet tetap nak jd genster
Ingat pocet tak terer ka




Last edited by boyagombak on 22-9-2014 12:11 PM

Quote HaifaHanna 22-9-2014 12:26 PM
Kihkihkih, atok ooo atok......
Quote bellaa 22-9-2014 01:02 PM
ini kes mesti dah pendam lama.. x logik tetibe nak bertikam bagai.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.247784 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top