Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin di Taman Pakatan, Ulu Kinta, di sini, mangsa berusia 23 tahun yang sedang bermain telefon bimbitnya terkejut apabila disergah suaminya yang berusia 38 tahun dalam keadaan marah sebelum menuduh mangsa bermain kayu tiga. Sumber berkata, mangsa kemudian ditampar sebelum suaminya itu mengambil pisau untuk mengugut agar mangsa tidak keluar rumah tanpa kebenarannya. Katanya, suaminya juga mengingatkan mangsa agar tidak lagi bermain telefon bimbit sekiranya tidak mahu sesuatu berlaku terhadapnya.“Mangsa memberitahu hanya bermain mesej dengan rakan-rakan wanitanya, namun timbul salah faham sehingga menyebabkan suaminya berprasangka buruk. Mangsa ditempeleng di kepala sehingga menyebabkan kepalanya sakit. “Tindakan suami mangsa mengeluarkan pisau menyebabkan mangsa takut berlaku sesuatu tidak diingini dan bertindak membuat laporan di Balai Polis Bercham sejurus selepas kejadian,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
|
pumpkingirl posted on 25-9-2014 08:07 AM
Bahana kahwin dgn org tua,sikit2 jeles,sikit2 cemburu.apa pun tak blh.
hayrin86 posted on 25-9-2014 09:02 AM
Kahwin dengan yang jauh lebih tua tu atas pilihan ibu bapa ke? Kalau ya, jangan terima.. Pilih sen ...
ADVERTISEMENT