Menteri bantu bomba tangkap ular sawa Abdul Rahman (dua dari kiri) membantu menangkap ular sawa berhampiran kedai Mak Moh Pantai Geting. TUMPAT – [DIKEMASKINI] Insiden kehadiran tetamu tidak diundang seekor ular sawa mengamatkan suasana berkempen pada PRK Dun Pengkalan Kubor apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut membantu dalam misi menangkap haiwan itu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, ular itu cuba masuk ke kedai kopi Mak Moh di Kampung Raja, Pantai Geting ketika sidang media diadakan sebaik Abdul Rahman selesai bersarapan dengan penduduk kampung. Kejadian itu disedari oleh Ketua Balai Bomba Pengkalan Kubor, Mohd Bustan Karudin dan bertindak segera meminta anggotanya bersiap sedia dengan peralatan menangkap ular. Sidang media tergendala sebentar apabila Abdul Rahman dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmin Osman turut membantu anggota bomba menangkap ular tersebut yang bersembunyi di dalam akawasan semak kira-kira 10 meter dari kedai terbabit. Lebih kurang 10 minit kemudian, ular itu berjaya ditangkap dibantu Abdul Rahman yang menyertai operasi tersebut. Peniaga, Mak Moh, 53, berkata, dia terkejut apabila menteri sendiri menangkap ular yang cuba masuk ke dalam kedainya. “Saya tidak menyangka menteri sendiri membantu menangkap ular,” katanya. Menurutnya, peristiwa ini akan menjadi satu memori indah kepada penduduk Kampung Raja, Pantai Geting.
|
mommymonster82 posted on 25-9-2014 04:07 PM
Bomba pegang ular..dia pegang tgn bomba tu.... Ok..bantuan diterima...
missyqaldina posted on 25-9-2014 04:08 PM
hahahahaha mcm nak sebok msuk brita je menteri ni..
tlg pegang tgn abg bomba pon dikira tlg tangkap ...
CiliPadiSedap posted on 25-9-2014 04:12 PM
blh lah .. dpt bergambar..
STONER posted on 25-9-2014 04:24 PM
hek eleh kan dik.ular sawa je pun... lain la kalau ular tedung selar. dah la bomba yg tgkp
cuma ...
hanezzafirah posted on 25-9-2014 04:06 PM
umah makcik sy ada ular saya besar peha enot..mintak tolong menteri tlg tangkap..
lolali posted on 25-9-2014 04:48 PM
Menurutnya, peristiwa ini akan menjadi satu memori indah kepada penduduk Kampung Raja, Pantai Geting ...
ADVERTISEMENT