CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Lagi Ingatan Ulama, Jangan Selfie Ketika Tunai Haji

1-10-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8822| Komen: 30

Lagi Ingatan Ulama, Jangan Selfie Ketika Tunai Haji

MEKAH 30 Sept. - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menasihati jemaah supaya tidak melakukan selfie semasa menunaikan ibadah haji, sebaliknya memberi tumpuan bagi menunaikan setiap rukun haji dan umrah dengan sempurna.

Portal berita arabnews.com melaporkan ulama terkenal dari Jeddah, Sheikh Abdul Razzaq Al-Badr sebagai berkata, Allah memerintahkan jemaah haji supaya menunaikan ibadah itu tanpa riyak dan tidak menghebahkannya kepada orang lain.

"Ketika Rasulullah SAW tiba di miqat, baginda bersabda: "Allah memerintahkan ibadah haji dilakukan tanpa riyak dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.''


Wahyu itu disampaikan ketika baginda tiba di miqat diikuti dengan tindakan dan amalan membersihkan rohani.

"Jemaah haji sekarang gemar mengambil gambar apabila tiba di miqat. Bukan setakat itu, mereka juga mengambil gambar semasa melakukan tawaf, semasa bermalam di Padang Arafah serta ketika melontar jamrah," katanya.

Katanya, tindakan itu seolah-olah menunjukkan tujuan mereka datang ke Mekah adalah untuk mengambil gambar dan bukan untuk beribadah.

"Apabila mereka pulang, mereka akan berkata 'Mari lihat gambar saya ketika saya berada di Arafah, ini pula gambar saya semasa berada di Muzdalifah,'' jelas Sheikh Abdul Razzaq.

Tambahnya, jemaah juga mengambil gambar secara selfie dengan pelbagai gaya seperti sedang berdoa, kelihatan merendah diri serta berasa takut dan tenang, namun selepas gambar dirakamkan, mereka akan menurunkan tangan mereka semula.

Rakaman selfie oleh selebriti Ellen DeGeneres pada majlis Anugerah Oscar tahun ini, menjadi terkenal dan diperkatakan di seluruh dunia dan sejak kebelakangan ini, jemaah yang menziarahi dua masjid suci di Arab Saudi turut tidak mahu ketinggalan mengikuti budaya semasa itu, walaupun bertentangan dengan amalan Islam.

Beberapa tahun lalu, telefon berkamera dilarang dibawa masuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, namun ada segelintir jemaah bertindak menyeludup gajet itu untuk mengambil gambar.

Pihak berkuasa Arab Saudi, bagaimanapun memberi kelonggaran ke atas peraturan itu kerana bukan sesuatu yang luar biasa melihat jemaah bergambar di hadapan Kaabah, walaupun pengawal di pintu masuk Masjidilharam dilapor melarang orang ramai membawa kamera profesional memasuki kawasan masjid.

"Ketika saya sedang solat di Masjidilharam, tiba-tiba beberapa pelawat berjalan di hadapan saya untuk mengambil gambar imam sedang membaca khutbah. Tindakan itu mengganggu fokus jemaah lain untuk bersolat," kata seorang jemaah haji dari Jeddah yang dikenali sebagai Ahmad.


14

Bagus
4

Marah
17

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 1-10-2014 08:57 AM
Zaman moden.

Gajet pun dah jd masalah kat manusia.
Quote shernazz 1-10-2014 09:02 AM
Selfie..trus masuk dalam fb
Caption Allahuakbar..

Dah tau dah
Quote bellaa 1-10-2014 09:26 AM
riak dalam diam

Quote batmana 1-10-2014 09:31 AM
selfie bagai..






Quote Crystars 1-10-2014 09:31 AM
shooting telemovie adegan laki bini sah2 bkn muhrim dpn kaabah pun selumberr jerr diorg buat inikan plk selfie
Quote batmana 1-10-2014 09:31 AM
Quote white_musk 1-10-2014 09:38 AM
mestilah selfie deekkkkkk......... ummah melayu juga selfie berpisah teda
Quote roy3 1-10-2014 09:44 AM
Ada cacai umno pertikai anwart da pg mekah ke belum??kalu ada mana gambar
Quote intriQue 1-10-2014 09:49 AM
baiklah...... insyaAllah
Quote dzaraa 1-10-2014 10:24 AM

Quote dzaraa 1-10-2014 10:24 AM

Quote cloudy_83 1-10-2014 10:31 AM
sape lagi pelopor selfie mesia tersohor di Mekah kalau bukan haji AA
Quote hanie_z 1-10-2014 10:53 AM
betul jugak kan, menimbulkan rasa riak..?
hmmm baru terfikir.
Quote mikasa 1-10-2014 10:54 AM
ada kawan aku bertuah sebb muda lagi dapat gi haji

kat fb selalu gak aku nampak gambar dia dok berselfie ngan adik beradik dia yang gi sesama
Quote encikWawad 1-10-2014 12:06 PM
selfie - antara riak nak tunjuk dapat g mekah or gembira dapat pegi mekah (spt feeling melancong)
lama2 mekah it just a list of places to visit before u die je kekdahnya to some ppl
Quote R2D2 1-10-2014 02:44 PM
lepas selfie, mereka mengharap kekawan click LIKE or bagi komen..
Quote jkkkj 1-10-2014 02:58 PM
Kekadang saya terfikir jugak apa la pekdahnya amalan selfie ni...huhuhu.
Quote hasmania 1-10-2014 03:11 PM
sejak ada facebook manusia jadi gila mana2 pegi nak berselfie2 bagai ....
Quote kucingTomey 1-10-2014 03:24 PM
haji done.....elhamdulillah....


syukur ya allah..


100 like

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069547 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top