CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh Di Tambunan-Panampang

10-10-2014 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7871| Komen: 2

Tanah Runtuh Di Tambunan-Panampang


Tambunan: Orang ramai tidak ada pilihan melainkan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan mengambil masa lebih lama berikutan jalan Tambunan-Panampang terputus sepanjang 50 meter akibat tanah runtuh di Kilometer 22, awal pagi semalam.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Bryan berkata, dia bersama rakan terpaksa menggunakan laluan alternatif Keningau - Kimanis selepas mengetahui jalan berkenaan terputus.
“Saya bersama rakan yang mahu ke Kota Kinabalu terpaksa melalui laluan alternatif selepas mengetahui berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Kampung Sunsuron.

“Saya tahu melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp yang disebarkan rakan-rakan,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Frederick Herman, 32, berkata dia dan keluarganya yang dalam perjalanan dari Tambunan ke pusat bandar raya untuk bercuti hujung minggu, terpaksa berpatah balik akibat kejadian itu.

“Nampaknya saya dan keluarga terpaksa melalui jalan Tambunan - Ranau - Kota Kinabalu untuk ke bandar raya pada hujung minggu ini,” katanya.


KEADAAN tanah runtuh menyebabkan ramai terjejas.


Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau Asisten Superintendan Merbin Anak Lisa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai tanah runtuh di pada jam 9.40 pagi dan mengerah sepasukan anggota ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Polis sudah memeriksa kawasan itu dan mendapati laluan terbabit runtuh, tidak boleh dilalui semua kenderaan.

“Polis kemudian memaklumkannya kepada Jabatan Kerja Raya Tambunan, bomba serta agensi berkaitan untuk mengawal keadaan,” katanya.

Merbin berkata, semua pengguna jalan yang melalui jalan berkenaan dinasihat menggunakan jalan alternatif seperti jalan Keningau-Kimanis untuk ke destinasi mereka.

26

Bagus
22

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 10-10-2014 07:15 AM
Nasib baik tiada apa2 yang berlaku pada pemandu2
Quote rosasa 10-10-2014 07:17 AM
my senior engineer cakap jalan ni dibina di pitch point antara banjaran, which memang akan selalu collapse especially kalau hujan berterusan mcm sekarang di sabah..byk dia explain tp ni sj yg aku paham

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038304 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top