CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayangan 'Dracula Untold' Diteruskan

13-10-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4326| Komen: 16

Tayangan 'Dracula Untold' Diteruskan



KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tayangan bagi filem 'Dracula Untold' tetap diteruskan di seluruh pawagam terlibat negara ini walaupun ada pihak yang mendakwa ia mencemarkan imej agama Islam dengan mempamerkan kalimah Allah dalam salah satu babaknya.

Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF) Datuk Raja Azhar Abdul Manap berkata, babak selama empat saat yang menampakkan kalimah Allah telah dikeluarkan daripada sedutan filem Hollywood tersebut.

"Pihak kami telah meneliti sepenuhnya filem tersebut sambil mempertimbangkan bantahan yang dibuat oleh pihak pengadu dan akhirnya membuat keputusan untuk mengarahkan pengedar mengeluarkan babak empat saat terbabit.

"Apabila kalimah itu dikeluarkan, secara tidak langsung ia tidak memberi gambaran mengenai kerajaan Islam yang dipertontonkan dalam plot penceritaan filem epik berkenaan. Jadi tidak timbul lagi isu ia menghina Islam," katanya ringkas kepada Utusan Online di sini hari ini.

Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya dalam statusnya di laman Twitter meminta agar LPF dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengkaji semula penayangan filem itu yang disifatkan menghina agama Islam.

Dakwanya, filem itu sensitif kerana mempunyai babak yang menunjukkan di dalam perjanjian antara Sultan Turki dan Putera Transelvania, tertera nama Allah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 10-10-2014 10:21 PM
Ummah maleis memang cepat terhina dgn kalimah Alloh.  
Quote Decaffeinated 10-10-2014 10:30 PM
kalau DVD pasar malam ada kalimah Awloh tak?...

Quote nevberg 10-10-2014 10:42 PM
semalam tgk..memang dah takde part tu..
Quote melati_kesuma 10-10-2014 10:46 PM
Eh dh buang ke babak tu aje..biar ajelah..mmg time zmn tu islam kan..at least owang tu tahu musuh draculla tu islam..ni zaman internet..diowang boleh baca aje kisah sejarah yang berlaku.......adui x faham mel..napa isu sgt..
Quote kucingTomey 10-10-2014 11:04 PM
sat gi aku nk pi tengok jap drakula untolol ni ....bunyi macam sedap..5.8/10 rating imdb.....rase cam bangsat je cerita ni....kena try temgok dulu
Quote dauswq 10-10-2014 11:07 PM
kucingTomey posted on 10-10-2014 11:04 PM
sat gi aku nk pi tengok jap drakula untolol ni ....bunyi macam sedap..5.8/10 rating imdb.....rase ca ...

public bg 5.8/10 je ker? critic bg berapa?
Quote kucingTomey 10-10-2014 11:14 PM
dauswq posted on 10-10-2014 11:07 PM
public bg 5.8/10 je ker? critic bg berapa?

metacritic view bagi result 38 persen ....dengan pecahan positif 3 mixed 15 negatif 10.....nohorom teruknye
Quote Kittie 10-10-2014 11:14 PM
dauswq posted on 10-10-2014 11:07 PM
public bg 5.8/10 je ker? critic bg berapa?

5.8/10 IMDb (3 bintang dr 5 bintang)
25% Rotten Tomatoes (1 bintang dr 5 bintang)
38% Metacritic (2 bintang dr 5 bintang)

Mostly yg tgk sbb rembes ngan hero jer.



Quote kucingTomey 10-10-2014 11:19 PM
tapi yang aku heran white chick yang kelakar nak mampos boleh la cerita dia rating 5.8 gak sama macam dracula untolol ni......ken atry tengok dulu....imdb pun pening gak kadang tu...oblivion yang macam hanjeng punya cerita tu boleh dapat 7 /10..macam tinja
Quote dauswq 10-10-2014 11:19 PM
Kittie posted on 10-10-2014 11:14 PM
5.8/10 IMDb (3 bintang dr 5 bintang)
25% Rotten Tomatoes (1 bintang dr 5 bintang)
38% Metacritic ...

boleh tercalon razzie awards ni

@kucingTomey

Quote Kittie 10-10-2014 11:22 PM
kucingTomey posted on 10-10-2014 11:14 PM
metacritic view bagi result 38 persen ....dengan pecahan positif 3 mixed 15 negatif 10.....nohorom ...




Quote dauswq 10-10-2014 11:22 PM
kucingTomey posted on 10-10-2014 11:14 PM
metacritic view bagi result 38 persen ....dengan pecahan positif 3 mixed 15 negatif 10.....nohorom ...

kadang2 critic ni tak leh caya gak..
aku tgk american hustle tu agak bosan...

tp yg menang oscar best picture selalunya mmg puas arr...
balance kedua-duanya

sori off topik jap

Quote kucingTomey 10-10-2014 11:25 PM
dauswq posted on 10-10-2014 11:19 PM
boleh tercalon razzie awards ni

@kucingTomey

raspberry award...kelakor wa tgok dengan piala buah katak puru
Quote kucingTomey 10-10-2014 11:26 PM
Kittie posted on 10-10-2014 11:22 PM

maru the comeyyyyy
Quote kucingTomey 10-10-2014 11:28 PM
dauswq posted on 10-10-2014 11:22 PM
kadang2 critic ni tak leh caya gak..
aku tgk american hustle tu agak bosan...

try tgok shawshank redemption....filem rating paling dalam imdb....9.3/10..lakonan morgan freeman...kisah org dalam penjara...tahun 93

Quote Al-Patih 11-10-2014 04:41 AM
budak ingus ni...Dr. Fathul Bari Mat Jahaya....bahagian montri temberang...tak pulak madah mencemar image Islam...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044179 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top