CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Lemas Di Kolam Hotel

13-10-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6794| Komen: 30

Pelajar Lemas Di Kolam Hotel


Johor Bahru: Remaja lelaki lemas dalam kolam renang di sebuah hotel, di sini, ketika mandi bersama rakannya, 11 pagi, hari ini. Mohd Zulhilmi Mohammad, 18, dikatakan mandi bersama 11 rakannya di kolam sedalam 1.8 meter itu.

Mereka dikatakan membuat satu bulatan sambil memegang tangan rakan sebelah.

Bagaimanapun, empat daripada mereka termasuk mangsa yang tidak tahu berenang terlepas pegangan dan menyebabkannya cemas.

Rakannya berjaya menyelamatkan mereka kecuali mangsa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, maklumat awal mendapati mangsa menginap di hotel berkenaan selepas menghadiri majlis hi-tea perwakilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Putra di Kulai.

Menurutnya, majlis yang diadakan petang semalam itu dikatakan dihadiri 86 pelajar dan sebelas guru.

"Bagaimanapun, 12 pelajar lelaki dan tiga perempuan menginap di hotel terbabit," katanya.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

15

Bagus
17

Marah
22

Terkejut
27

Sedih
12

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 10-10-2014 05:11 PM
dah tau xpandai berenang pi kat tempat dalam tu dah kenapa...
Quote mak_wa95 10-10-2014 05:19 PM
cemas..panik...memang bertemu ajal la..
Quote Modngengade 10-10-2014 06:13 PM
tak der life guard ker...
Quote edee_91 10-10-2014 06:17 PM
Tak geli ke pegang tangan kat kolam?
Quote Changa 10-10-2014 06:19 PM
selayak nya la dik
Quote faraway1 10-10-2014 06:20 PM
Sengaja cari nahas So inilah hasilnya...
Quote mikasa 10-10-2014 06:31 PM
Tak tau berenang pakai laa life jaket mcm budak2 tu
Quote cubby_qt 10-10-2014 06:50 PM
Kaya la mampu meng8nap di hotel.. kwn2 tu paksa mangsa kot.. ajak blajar berenang
Quote edee_91 10-10-2014 08:41 PM
Takpa, mati awal. Syurga tempatmu dik. Dosa tak banyak lagi kot agaknyalah. Mudah mudahan lah kan. Tak pun pahala dah cukup banyak boleh cover dosa gitu.
Quote ejans 10-10-2014 10:53 PM
Hotel mana ni? Dalam gak pool dia. Biasa hotel dalam pon 1.5 je
Quote tekoyong 10-10-2014 10:56 PM
serius macam pelik

kolam renang camni sangat susah untuk mati lemas

bukannya dalam pun, kalau tenggelam, boleh je sepak lantai kat bawah tu

tapi mungkin arwah ada penyakit lain seperti sakit jantung
Quote azrain98 10-10-2014 10:59 PM
form 5 ? tinggi berapa ni sampai boleh lemas..?? pelik giler
Quote sabbath_shalom 10-10-2014 11:01 PM
Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.

Shalom Chaverim.
Quote sabbath_shalom 10-10-2014 11:03 PM
Mati hari jumaat..syahid..tahniah dek.
Quote edee_91 10-10-2014 11:49 PM
azrain98 posted on 10-10-2014 10:59 PM
form 5 ? tinggi berapa ni sampai boleh lemas..?? pelik giler

kolam sedalam 180cm... normal height lelaki dewasa melayu 165-175cm... maybe kalau dia tak katik sangat pun, tinggi dia mungkin 165 lah kot. umur lapan belas tahun sepatutnya bukanlah form 5. form lower 6 lah tu.
Quote edee_91 10-10-2014 11:50 PM
tekoyong posted on 10-10-2014 10:56 PM
serius macam pelik

kolam renang camni sangat susah untuk mati lemas

alah kalau dah panik sangat. apa2 teknik pun confirm lupa punyalah.
Quote tekoyong 10-10-2014 11:53 PM
edee_91 posted on 10-10-2014 11:50 PM
alah kalau dah panik sangat. apa2 teknik pun confirm lupa punyalah.

susah nak cakap

dalam artikel pun tak tulis detail

tapi takkan baru celup sekejap dalam air, terus meninggal

dan takkan dia lama sangat lemas dalam air tu, member dia yang lain tak tolong ke?

Quote edee_91 10-10-2014 11:57 PM
tekoyong posted on 10-10-2014 11:53 PM
susah nak cakap

dalam artikel pun tak tulis detail

memang tak berapa detail. maybe sebab nak selamatkan sorang2 tu yang ambik masa.
Quote dauswq 10-10-2014 11:57 PM
yup mcm tak lojik lemas takat gtuh jah

aku yg tak belaja berenang ni wlpn tak leh cecah lantai pun, masih boleh injak ke atas...

maybe kejang kaki, tp tak sempat mintak tlg kwn
& terus pengsan

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.054791 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top