CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tradisi Pesta Makan Anjing

14-10-2014 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21335| Komen: 81

Kisah ini mungkin akan mengganggu emosi anda. Be strong.

Festival tahunan ini merupakan tradisi kuno untuk penduduk tempatan di Yulin, China telah mendapat bantahan daripada pencinta haiwan sedunia. Festival ini disambut bagi merayakan solstis musim panas dengan menghidangkan daging anjing sebagai sajian utama.


Gambar: Penduduk tempatan dan pelancong sedang makan daging anjing di Yulin

Festival ini mendapat sambutan lebih dari ribuan penduduk tempatan dan pelancong yang akan memakan daging anjing tersebut dalam bentuk BBQ, stir-fry dan boiled bersama-sama dengan sayur-sayuran, buah laici dan air minuman alkohol berasaskan bijirin.


Gambar: Seorang lelaki sedang makan daging anjing

Tradisi tempatan mendakwa bahawa makan anjing dan laici dan minum minuman keras pada solstis musim panas membuatkan orang kekal sihat semasa musim sejuk.

Aktivis haiwan menganggarkan 10,000 anjing telah dibunuh setiap kali festival daging anjing itu diadakan. Petisyen telah dikeluarkan untuk memohon Yulin Governor Chen Wu untuk membatalkan festival ini di laman Change.org


Gambar: Aktivis haiwan melutut untuk membeli anjing ini bagi elak ia dibunuh untuk Festival Daging Anjing

Mereka berusaha membeli anjing-anjing yang telah dijual di pasaran terbuka dengan menggunakan duit kutipan derma dan duit sendiri. Namun, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemuanya.


Gambar: Antara ribuan anjing yang telah menjadi sajian festival

Penyokong-penyokong festival ini sering menggunakan hujah tentang daging lembu yang dimakan oleh orang lain walaupun orang India menganggapnya haiwan suci sebagai alasan utama mereka meneruskan festival ini.

Petikan dari CNN, seorang lelaki telah berteriak kerana tidak puas hati dengan tekanan media terhadap festival tersebut di pasar terbuka Dong Kou:

“Adakah anda makan daging lembu? Jika anda berhenti makan daging lembu, kami akan berhenti makan daging anjing.”




Gambar: Keadaan di pasar terbuka menjual daging anjing

“Ini adalah tradisi kita dan kita dah biasa makan daging anjing. Ia adalah budaya kami dan kami takkan mengubahnya (menghentikannya)… Ia lazat! Tapi kami tidak bunuh binatang peliharaan kami.” kata pemilik kedai penjual daging


Gambar: Pemotong daging anjing di pasar terbuka.

Aktivis haiwan menyatakan daging anjing adalah sebahagian dari diet harian penduduk Yulin. Mereka mahu festival ini dilarangkan seperti mana tradisi China yang telah dilarang sebelum ini, contoh foot binding.



2

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 13-10-2014 05:05 PM
dengar la, apa alasan dia kenapa dorang makan anjing......
Quote cik_nit 13-10-2014 05:07 PM
Quote xtahumenahu 13-10-2014 05:09 PM
x cukup ke daging khinzir sampai anjing pon korang santap
Quote lavakopi3in1 13-10-2014 05:12 PM
xtahumenahu posted on 13-10-2014 05:09 PM
x cukup ke daging khinzir sampai anjing pon korang santap

ini kaum mana tau cukup...

semua dorang bedal...



Quote drivethru 13-10-2014 05:14 PM
Bila la kat malaysia ni nk buat. Kurang sikit anjing liar berkeliaran. Budak2 pun aman-aman jer main kat taman.
Quote batmana 13-10-2014 05:15 PM
nk buat cmne..org tarak agama.. dlm buddha pn larang ummahnye mkn anjing.

pasni bolelah bagi hujah, napa mkn manusia?, "abis manusia kn haiwan juga, lembu,anjing kite leh mkn, apasal manusia tkle mkn?.." smbil menguyah betis manusia goreng dlm mulutnye...

Quote nourahfey 13-10-2014 05:16 PM
xtahumenahu posted on 13-10-2014 05:09 PM
x cukup ke daging khinzir sampai anjing pon korang santap

benda benda mughollazoh ni memang pebret dorang,,,,
Quote berun 13-10-2014 05:18 PM
PART II

http://www.vice.com/the-vice-rep ... _source=viceyoutube
Quote poyohabis 13-10-2014 05:18 PM
Janin pon dia org makan apatah lagi anjing.. Bangsa ni semua bedal,,
Quote asyriqa 13-10-2014 05:19 PM
hok aloh terkangkang kangkang anjing2 tu dibuatnya... hishhhh macam tak dop makanan sangat dah kat muka bumi nih...
Quote bellaa 13-10-2014 05:20 PM
depa buang anjing hidop2 dalam api ke? semua gaya sama je ketap gigi
Quote berun 13-10-2014 05:21 PM
lavakopi3in1 posted on 13-10-2014 05:12 PM
ini kaum mana tau cukup...

semua dorang bedal...

DENGAR X apa alasan dia makan n jual anjing? xkenal halal haram cam ni la jadi nya.
Quote dita85 13-10-2014 05:25 PM
adoiii aii.. kembang tekak aku..
Quote berun 13-10-2014 05:27 PM
poyohabis posted on 13-10-2014 05:18 PM
Janin pon dia org makan apatah lagi anjing.. Bangsa ni semua bedal,,

kalu kat jepun makan tahi... makan tahi n anjing,kucing,monyet dan lain2 lagi ngeri
Quote berun 13-10-2014 05:34 PM
drivethru posted on 13-10-2014 05:14 PM
Bila la kat malaysia ni nk buat. Kurang sikit anjing liar berkeliaran. Budak2 pun aman-aman jer main ...

[youtube]589NAoC9Q6Y[/youtube]

Video kalu berani tengok la
Quote Artemesiaa 13-10-2014 05:38 PM
Dah budaya mereka sebegitu kritik macam mana pun pasti berulang semula tiap tahun sama je dengan geng Vietnam.
Quote Johnyblaze87 13-10-2014 05:50 PM
Budaya dan adat beb.
Biar mati anak jangan mati adat, kata mak2 yang anak pempuan nk kawin.
Quote ice_sky92 13-10-2014 05:51 PM
berun posted on 13-10-2014 09:27 AM
kalu kat jepun makan tahi... makan tahi n anjing,kucing,monyet dan lain2 lagi ngeri

Kokesen pun ada makan taik. Taik org lg. Tak percaya tengok video 2 girls 1 cup. Haha.
Quote Komrade 13-10-2014 06:02 PM
babarian kot...

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.262237 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top