CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mh17 Dan Mh370 Bakal Difilemkan?

14-10-2014 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6314| Komen: 9

Tragedi MH370, MH17 tarik perhatian penerbit filem

BAIK para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat untuk mengabdikan memori tragedi pesawat MH370, yang masih hilang, dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, ke dalam hasil karya mereka untuk tontonan umum.

Apatah lagi, perkara berhubung fakta dan misteri yang masih menyelubungi kedua-dua tragedi yang jarak berlakunya hanya tiga bulan sahaja, menjadi perkara utama penerbit dan pengarah akan paparkan untuk menarik penonton menyaksikan hasil kreatif mereka.

Satu treler untuk filem mengenai kehilangan pesawat MH370, "The Vanishing Act: The Untold Story of the Missing Malaysian Plane" disiarkan pada festival filem Cannes. Filem itu dikatakan akan dihasilkan oleh pengarah India, Rupesh Paul, yang dikatakan mendapat ilham daripada tragedi itu, yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Meskipun ramai yang menganggap filem Paul yang menyorot andaian kejadian dalam pesawat MH370 adalah tidak menarik dan masih terlalu awal kerana pesawat itu masih belum dijumpai serta punca kemalangan masih belum dipastikan, sejarah menunjukkan bahawa para penerbit mengambil kesempatan terhadap tragedi yang berlaku untuk menarik penonton ke layar perak atau pentas.

Penerbit mengambil kesempatan keatas tragedi

Sejarah penerbitan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin sekitar 1980-an serta pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 memperlihatkan kisah kehidupan sebenar yang berlaku dalam masyarakat dan berjaya dipersembahkan ke layar perak.

Misalnya, teater kisah Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 adalah satu lagi hasil sejarah yang kemudian berjaya dialihkan ke sebuah lakonan layar. Natrah memaparkan peristiwa seorang budak perempuan bernama Natrah yang dibela satu keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang warganegara Belanda sehingga mengakibatkan 18 nyawa melayang dan 200 cedera akibat Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif Mohd Rosli berkata tragedi pesawat MH370 dan MH17 tidak mustahil dapat difilemkan oleh pengkarya sekiranya mereka bijak mengolah insiden itu menjadi sebuah fiksyen yang menarik.


Apapun ada had  

Menurut beliau, realiti sebenar yang berlaku boleh divisualkan asalkan mendapat kebenaran daripada ahli keluarga, kerajaan atau syarikat penerbangan itu sendiri.

"Saya tidak menafikan ramai karyawan yang berminat namun mereka bimbang dengan halangan yang wujud seperti sensitiviti keluarga mangsa tragedi, mengganggu siasatan dan memburukkan nama negara", katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Jurey berkata kerajaan harus memberi galakan yang positif kepada setiap penggiat seni dengan membenarkan tragedi MH370 dan MH17 dilihat dari sudut kemanusiaan supaya penterjemahan kisah benar itu dipersembahkan dari sudut yang menarik.

"Contohnya, pengarah boleh menggambarkan keikhlasan sukarelewan yang bekerja siang dan malam, peranan kerajaan yang bersikap positif ketika berdepan dengan keluarga mangsa nahas serta media asing ataupun istiadat penerimaan mayat mangsa yang dilaksanakan dengan penuh tertib", katanya.

Jelas beliau, walau apa bentuk medium yang bakal dipaparkan, namun cerita keperitan, rintihan dan kesedihan ahli keluarga mangsa boleh divisualkan asalkan jalan ceritanya tidak lari daripada kisah sebenar.

Fiksyen   

"Bagaimanapun, perlu diingat, pengkarya hanya mengambil 10 peratus daripada kisah sebenar manakala selebihnya adalah melalui fiksyen yang lahir daripada kreativiti pengarah dan pelakon", katanya.

Jurey menegaskan walaupun melibatkan kos yang tinggi namun beliau yakin hasil kerja mengenai tragedi MH370 dan MH17 mampu diangkat sebagai naskah agung serta tidak mustahil mampu menyertai Festival Filem di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

Pengarah teater, Khusiary Mahayuddin berkata beliau berminat untuk memindahkan tragedi MH370 dan MH17 ke pentas teater namun memahami kesukaran yang bakal dilalui untuk pementasan itu direalisasikan.

Khusairy berkata kualiti skrip yang telah dinilai oleh pihak berwajib perlu dititikberatkan sebelum berani mengambil risiko mementaskan tragedi MH370 dan MH17 dalam konsep 'monodrama'.

Jelas beliau, elemen kemanusiaan dalam tragedi MH370 dan MH17 akan dapat diketengahkan supaya mesej positif dalam kisah itu dapat diluahkan dengan baik.

Teater   

"Ini akan dibantu melalui aspek visual, audio, pencahayaan serta kekuatan pelakon itu sendiri menterjemahkan setiap watak dalam teater berkonsepkan kesedihan ini", katanya.

Khusiary berkata menghasilkan teater daripada kisah benar memerlukan kos yang agak tinggi iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi memastikan konsep teater bercorak diingini mencapai matlamat.

Pelakon yang sering memegang watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Musly Amir Mohammed Ramli atau Musly Ramlee berkata beliau bersetuju sekiranya tragedi yang menimpa syarikat penerbangan negara divisualkan namun hendaklah dilakukan dalam tempoh lima tahun lagi.

Menurut beliau, tempoh itu cukup bagi mengembalikan semula ingatan kepada masyarakat terhadap peristiwa yang meninggalkan detik hitam kepada rakyat negara ini.

"Tidak sesuai jika pembikinan filem, drama atau teater dilakukan sekarang, kerana waris mangsa masih bersedih atas kehilangan orang yang tersayang, biarlah ketika ini situasi waris diutamakan", katanya.   

Musly, yang sudah 20 tahun 'menjelmakan' watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam dirinya, berkata, menghidupkan watak individu yang telah meninggal dunia memerlukan cabaran dari segi mental kerana tidak semua orang akan menyukainya.

11

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a_gen2 1-10-2014 05:12 PM
Malaysia nak buat filem kapalterbang terhempas???????

dah boleh imagine dah ghupa CGI scene kapalterbang terhempas camner...

Quote clarizsa 1-10-2014 05:20 PM
sedihlaa nk tengok... terutama dgn mh370 yg masih misteri tu...
Quote berun 1-10-2014 05:34 PM
a_gen2 posted on 1-10-2014 05:12 PM
Malaysia nak buat filem kapalterbang terhempas???????  

dah boleh imagine dah ghupa CGI scene ...

cuba tepek gmbar sikit
Quote Modngengade 1-10-2014 05:49 PM
Tak yah lah FINAS nk buat....potong stim jer...

Hollywood  tgh gigih buat research tu....pasti meletop mcm titanic...
Quote voiletiris 1-10-2014 05:57 PM
clarizsa posted on 1-10-2014 05:20 PM
sedihlaa nk tengok... terutama dgn mh370 yg masih misteri tu...

aku pun sama dgn kau..setiap kali aku dgr bunyi kapal terbang mas..aku akan teringat mh370..kemana .dimana,apa yg terjadi dgn kapal tu. dan bila akan jumpa.walaupun tak sorang pun penumpang2 dlm tu yg aku kenal.
Quote berun 1-10-2014 06:04 PM
Modngengade posted on 1-10-2014 05:49 PM
Tak yah lah FINAS nk buat....potong stim jer...

Hollywood  tgh gigih buat research tu....pasti me ...

filem macam ini lah yang orang nanti2 kan! macam filem MONA Fendi
Quote ice_sky92 1-10-2014 06:10 PM
OT sat. Jom tgk Anabelle malam ni. Tmpat aku dah full house da. Hehe.
Quote Modngengade 1-10-2014 06:34 PM
berun posted on 1-10-2014 06:04 PM
filem macam ini lah yang orang nanti2 kan! macam filem MONA Fendi

Akak ketinggalan zaman ke dik? Dah keluar ek cerita mona fendi
Quote solstice 1-10-2014 07:12 PM
Modngengade posted on 1-10-2014 06:34 PM
Akak ketinggalan zaman ke dik? Dah keluar ek cerita mona fendi

Tajuk pilim tu dukun (2007)
lakonan umie aida
Inspired katanya
Bukan direct pasai MF
Sampai sekarang kena haram

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038190 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top