CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Buru Alvin Tan hingga ke ‘lubang cacing’ !

15-10-2014 12:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15872| Komen: 67

Polis akan cari Alvin Tan hingga ke ‘lubang cacing’, kata Khalid 


Polis akan cari penulis blog seks Alvin Tan dan siasatan sedang dilakukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2014.Polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut sudah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.





Bulan lepas sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Tan, 26, dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini berkata, meninggalkan Malaysia adalah "satu-satunya tindakan rasional" kerana dia tidak berdaya melawan "kezaliman dan kejahilan".

Beliau turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.


Dalam temubualnya bersama The Malaysian Insider, Tan mempertahankan posting Ramadannya yang mengandungi bak kut teh sebagai satira politik.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahaya menggunakan Islam untuk "mentadbir hidup orang ramai" dengan menjadikan moral peribadi sebagai undang-undang tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.

Tan berkata, beliau percaya dirinya bukan pengecut dengan memohon suaka di AS, tetapi dia hanya "bijak, pragmatik, berkira dan bijak dengan wang."


13

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 2-10-2014 12:52 PM
Quote magnus 2-10-2014 12:55 PM
Cilaka punya cina...puiiiii
Quote nazsh 2-10-2014 12:57 PM
Ini manusia celaka..pergi berambus lg bagus..
Quote dubuk 2-10-2014 01:02 PM
dah berlepas ke amerika ke belum
Quote mattzzx 2-10-2014 01:14 PM
Penjenayah lain tak nak cari sampai lubang cacing gak kee?
Quote tagas 2-10-2014 01:15 PM
Kasi tembak sharpshooter jer dr jauh abis citer..
Quote isseliparjepun 2-10-2014 01:32 PM
Mungkin itu satu medium dia menyelamatkan diri. Not everyone is brave enough to face what he's done. So same goes to him. Plus, he use other words to cover his 'cowardness'...should i say. The good thing is, dia tak terjejas dengan kenaikan RON.

Did he read this forum? Kemon people, kalau dia boleh buat kat pemimpin malaysia macam ni, tak mustahil kat us pun dia buat perkara yang sama.  
Quote Modngengade 2-10-2014 01:34 PM
padan muka cinkies tk sedar diri ni...
Quote Gnot 2-10-2014 01:49 PM
biarkan dia saja,

skrg kena bimbang dulu harga minyak yg sudah naik secara mendadak...
Quote ellZack 2-10-2014 02:44 PM
gambar sebelum IGP tu, gambar siapa?
Quote mariahna 2-10-2014 02:50 PM
menyampah la tengok die ni
Quote AHMADVW 2-10-2014 05:40 PM
anak org kuat  mca sepupu namawee kebal undang2
Quote ira_229 2-10-2014 05:48 PM
dubuk posted on 2-10-2014 01:02 PM
dah berlepas ke amerika ke belum

dah selamat sampai ke sana melalui singapura..

Quote mjla 2-10-2014 05:51 PM
Knapa Polis taknak buat keja senyap2 kasi lenyap ini olang...
Quote R2D2 2-10-2014 05:52 PM
dulu pun dengarnya Ayah Pin pun nak diburu ke lubang cacing
kesudahannya....?
Quote bit 2-10-2014 06:38 PM
Terroris Malaysia yg attack warga new zealand hari tu bila nak hantar balik new zealand? Nak cari alvin bukan main sampai lubang cacing.

Yg dekat lubang hidung x nak pulak hantar untuk pengadilan.
Quote kudajantan77 2-10-2014 07:11 PM
comel plak gambar2 tuh ...
Quote hzln 2-10-2014 07:16 PM
cari lam lubang cacing mananya lah nak jumpa

pihak yg bertanggungjawab atas tragedi bas genting tu pun dicari lam lubang cacing juga...senyap sampai sudah

Quote noor2 2-10-2014 08:10 PM
angkuhnya muka dia....

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066372 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top