CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Jualan Bmw Malaysia Naik 18%

16-10-2014 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7049| Komen: 17

Jualan Bmw Malaysia Naik 18%

BMW Malaysia Sdn Bhd menjual sebanyak 6,629 kenderaan dalam suku ketiga 2014, peningkatan 18 peratus daripada 5,616 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Model BMW menyumbang 5,782 daripada kenderaan itu, diikuti 473 kereta MINI dan 374 kenderaan BMW Motorrad.

Pengarah Urusannya Alan Harris berkata prestasi itu merupakan satu lagi penanda aras bagi BMW di negara ini.
    
"Kami mencatatkan pertumbuhan sejak permulaan tahun ini, yang mengukuhkan lagi kekuatan perniagaan di Malaysia.
   
"Dan dengan itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada pelanggan Malaysia kami yang dihargai," katanya dalam satu kenyataan.  
    
Sejak Januari 2014, BMW Group Malaysia memperkenalkan 11 kereta premium dan tujuh motosikal premium.
    
BMW Group Malaysia juga memasang BMW 3 Series Gran Turismo, BMW X3, BMW X5, dan edisi ke-55 MINI Cooper Countryman di kemudahannya di Kulim, Kedah, menjadikan jumlah model yang dipasang di kilang tempatannya sebanyak 17 varian, kata Harris. 



Adakah ianya ada kaitan dengan plat negeri selangor yang baru keluar BMW 1 - BMW 9999 

2

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 15-10-2014 08:49 PM
Byk duit org Malaysia ni
Quote cadarblogsot 15-10-2014 09:17 PM
Yo lah...berkopok2 hutang...
Quote mikasa 15-10-2014 09:28 PM
Tgok je la jualan tender plate BMW.
.
Quote AbukRokok 15-10-2014 09:41 PM
alhamdulillah berkat pendapatan perkapita rakyat naik 5900
Quote AHMADVW 15-10-2014 10:08 PM
smua psal plate BMW tender tempoh hari
Quote spiderman80 15-10-2014 10:40 PM
Betul kata menteri kita aritu. Pendapatan seisi rumah Malaysia tinggi. Sekarang BMW dah keluarkan data mereka, saya semakin percaya.
Quote NyuNyu 15-10-2014 11:00 PM
kuasa membeli makin meningkat?
Quote HOHA 15-10-2014 11:01 PM
kalau aku jadi beli hari tu, jadi 19 peratus.
Quote mbhcsf 15-10-2014 11:30 PM
hmm...as the tag says

the joy is bmw
Quote masa_lalu 15-10-2014 11:38 PM
pakai 5 tahun lepas tu jual... biar ummah pprt pulak merasa pakai bmw sekenhen
lepas tu baru ko tahu mentenen bmw sekenhen mcm mana

Quote yellowfin 16-10-2014 12:57 AM
Pendapat aku kenaikan sales disbbkan current model F10 & F30 terlalu menggiurkan berbanding model2 sblum ni...
Quote 5229 16-10-2014 01:06 AM
ape barang BMW.. layan cls550 arr.aku ada sebijik diecast nyee
Quote bangcak 16-10-2014 01:16 AM
ianya mungkin berkait dgn tender lebuhraya pan-borneo dan lrt3.
kroni dpt duit, bmw dan syarikat2 yahudi lain dpt untung.

rakyat diperah sampai kering.

Quote garnet 16-10-2014 10:23 AM
Mungkin jugak.  Nak match kan plet number dgn kete BMW
Quote caul 17-10-2014 09:56 AM
Ramai geng MLM pakai BMW ni.. Status la konon...
Quote yeepi_33 17-10-2014 09:59 AM
Tp awek tu nak.honda je.

Wakakakaka
Quote nalesa 20-10-2014 04:46 PM
bagus.. bagus rakyat M'sia... beli jgn x beli.. tahun dpn boleh dpt bonus lebih lagi.. muahahahaha

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.086382 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top