CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan Laksana Hudud 2015

16-10-2014 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9729| Komen: 72

Kelantan Laksana Hudud 2015



KOTA BHARU 15 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Pas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

"Orang bukan Islam tidak boleh tidak setuju sebab mereka tidak terlibat dalam undang-undang Islam ini. Misalnya hukum bersunat wajib kepada orang Islam, takkan bila kita hendak bersunat hendak minta kebenaran orang bukan Islam.

"Jadi soal orang bukan Islam tidak setuju tidak perlu, sebab kita tidak perlu sokongan dia. Insya-Allah kita berdoa agar hudud akan dapat dilaksanakan tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pergulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu Mohd. Nassuruddin turut menegaskan, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan terutama daripada sekutu mereka, DAP untuk melaksanakan hukum hudud ini.

"Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana," katanya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai perkembangan jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri yang ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan hudud, Mohd. Nassuruddin berkata, proses perbincangan melalui jawatankuasa itu berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan positif.

"Sekarang kita sudah melalui dua kali mesyuarat. Ia berjalan dengan lancar. Kita doakan pada 2015 undang-undang Islam ini akan dapat direalisasikan," katanya.

4

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akughi 16-10-2014 02:30 PM
semalam ade kes suami main lubang belakang isterinye.....

si bini buat report n laki dah kene tangkap....

dalam ati aku berkata  "alangkah bagus kalo hudud pas digunapakai, kompom si suami lepas dari kesalahan meliwat isteri spt kes di terengganu dulu, sbb dlm hudud pas, meliwat adalah haram kecuali isteri"@bangcak  
Quote kejoraria 16-10-2014 02:34 PM
akughi posted on 16-10-2014 02:30 PM
semalam ade kes suami main lubang belakang isterinye.....

si bini buat report n laki dah kene tan ...

benarkah statement mu ini
klau benar abislah isteri2 kat sana lobos.....
Quote akusukaq 16-10-2014 02:36 PM
Dah berbulu telinga dengar pasal hudub buat saje yg belum. Kalau betul serius jalankan terus jgn ada alasan.
Quote roy3 16-10-2014 02:51 PM
aritu ada org umno kat johor nk buat hudud kat johor xsilap..kene tengking ngan soi lek porno mca terus terkedu
Quote damian_lee 16-10-2014 02:57 PM
baguslah ada niat ... tp dah lama niatnye tu ....
Quote dauswq 16-10-2014 03:12 PM
geng2 UG buat hudud susah nak dipercayai
Quote AHMADVW 16-10-2014 03:15 PM
omong kosong, selagi ade umno mna mungkin hudud akan dibuat
Quote tekoyong 16-10-2014 03:17 PM
tahniah PAS kelantan

kalau sesiapa yang menghalang hudud di kelantan, AKU JANJI AKU AKAN PERTAHANKAN PAS KELANTAN WALAUPUN TERPAKSA BERPERANG DI KELANTAN

tak kisah kalau umno ka, amareka ka, yahudi ka, dajal ka yang nak halang, gua akan sokong 110%

tapi jangan sekadar cakap je yeeee
Quote tekoyong 16-10-2014 03:18 PM
AHMADVW posted on 16-10-2014 03:15 PM
omong kosong, selagi ade umno mna mungkin hudud akan dibuat

umno tak bagi buat???? lu sewel ke?

Quote penyo 16-10-2014 03:19 PM
Tompang tanya...kalau hukum mencelop, takde saksi tapi cuma ada video disabit hudud tak?
Quote NeoMatrix 16-10-2014 03:21 PM
ni adalah tanda2 PAS akan kalah teruk di Kelantan pada PRU 2017.
Quote akughi 16-10-2014 03:21 PM
tekoyong posted on 16-10-2014 03:17 PM
tahniah PAS kelantan

kalau sesiapa yang menghalang hudud di kelantan, AKU JANJI AKU AKAN PERTAHAN ...

sekarang ni DAP tak bagi buat...iaitu sekutu pas....hat ni cam ner pulak
Quote tekoyong 16-10-2014 03:24 PM
akughi posted on 16-10-2014 03:21 PM
sekarang ni DAP tak bagi buat...iaitu sekutu pas....hat ni cam ner pulak

katanya:

"Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana,"

tapi dah ada tanda-tanda nak salahkan umno pulak, bro

Quote Anak_Nogori 16-10-2014 03:44 PM
Mmmmm...tahun 2015 baru pas nak laksanakan hudud...ingatkan nak laksana sebelum ayam berkokok.

Jd dasar negara kebajikan Hadi tu mcm mana pula?..
Quote akughi 16-10-2014 03:48 PM
tekoyong posted on 16-10-2014 03:24 PM
katanya:

"Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana,"
...

masalah skrg ni parti bersekutu dia sendiri pun tak de yg setuju
Quote akughi 16-10-2014 03:49 PM
Quote akughi 16-10-2014 03:49 PM
Quote akughi 16-10-2014 03:49 PM
Quote akughi 16-10-2014 03:50 PM

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052955 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top