CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Setiap Petang Hingga November - Jabatan Meteorologi

20-10-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9364| Komen: 46

Hujan Setiap Petang Hingga November - Jabatan Meteorologi



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati supaya tidak berada di kawasan lapang ketika musim hujan sekarang yang berlaku disebabkan peralihan monsun.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, berkata ini kerana hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang akan sering kali berlaku semasa tempoh berkenaan, selain boleh menyebabkan berlaku puting beliung.

Beliau berkata, walaupun tempoh hujan dan ribut petir berlaku antara setengah jam hingga tiga jam, namun sebarang aktiviti luar adalah merbahaya.

Mengulas mengenai kejadian puting beliung di Pendang, Kedah kelmarin, beliau berkata ia terjadi apabila berlaku pertembungan jisim udara sehingga menyebabkan jumlah lembapan terkumpul dan menghasilkan awan kumulonimbus yang turut dikenali sebagai awan ribut petir.

Bagaimanapun, katanya, iklim Malaysia yang bersifat panas dan lembap sepanjang tahun tidak akan mengakibatkan angin puting beliung yang teruk seperti di negara lain.

"Kejadian puting beliung amat sukar diramal. Namun kawasan di Pendang yang lapang dan luas memungkinkan kejadian itu berlaku, diikuti fenomena hujan dan ribut petir dalam tempoh peralihan monsun," katanya.

Malaysia melalui tempoh peralihan monsun bermula hujung September hingga pertengahan November yang menggantikan fasa akhir monsun barat daya.

Selepas tempoh berkenaan, negara dijangka mengalami monsun timur laut (musim tengkujuh) pula pada pertengahan November dan berakhir Mac tahun depan.

16

Bagus
21

Marah
25

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 17-10-2014 11:11 PM
hujan best..sejuk je..
Quote Zamzari 17-10-2014 11:16 PM
Alhamdulillah! Semoga semua pusat takungan air di dalam negara mendapat bekalan yang secukupnya
Quote winterwhite39 18-10-2014 12:02 AM
hujan skg melimpah2 macam nak banjir

serem
Quote zjen 18-10-2014 12:06 AM
iols pon risau banjir
heharap hujan jgn over
semoga tahun ni takde banjir besar
Quote clarizsa 18-10-2014 01:26 AM
bestnya hujan.. rasa bahagia bila hujan...
Quote tekoyong 18-10-2014 01:28 AM
asal petang je, hujan

trafik memang slow le

tapi alhamdulillah, sebelum ni pasang kipas nombor 2 baru rasa sejuk, sekarang pasang number 1 pun dah ok

Quote tanganbercakap 18-10-2014 01:29 AM
hujan boleh kurangkan penggunaan letrik
Quote spiderman80 18-10-2014 03:31 PM
mak_wa95 posted on 17-10-2014 11:11 PM
hujan best..sejuk je..

Yahoo!! Saya suka cuaca sejuk. Bolehlah saya memeluk Puan Botakchinpeng sewaktu tidur. Beliau banyak lemak yang mampu memanaskan badan saya.
Quote R2D2 18-10-2014 04:01 PM
petang ni pun dah hujan lebat
Quote bdkminangn9 18-10-2014 04:11 PM
musim cuti nelayan2 dah nak sampai

kaki pancing pun sama

bulan 2-3 nanti baru ok balik
Quote arasham 18-10-2014 04:13 PM
bandar baru bangi  sedang  hujan  selebat-lebatnya
Quote mak_wa95 18-10-2014 04:14 PM
spiderman80 posted on 18-10-2014 03:31 PM
Yahoo!! Saya suka cuaca sejuk. Bolehlah saya memeluk Puan Botakchinpeng sewaktu tidur. Beliau bany ...

haippppp..shhhhhh

pandai noo..hantar liang liang balik mainland,
ngorat pn Botakchinpeng pula
Quote mesmerize 18-10-2014 04:26 PM
alhamdulillah.. aku pun suka hujan.. rahmat Allah .. it's like teardrops from heaven gitu
Quote nalis 18-10-2014 04:38 PM
Tiap ptg la aku basah kuyup redah ujan
Quote batmana 18-10-2014 04:39 PM
wktu hujan, ramai yg mengawan..
tgk lagi 9 bulan, nnti penuh spital
Quote MissNigga 18-10-2014 04:43 PM
mmg suka musim hujan sekarang... kuar umah, cuaca terasa pleasant ya amat...
yang tak reti nak manage andhandle empangan tu .. tak reti reti nak manage air properly lepas nie ..
Quote myvios 18-10-2014 07:30 PM
teringat lagu November rain...
Quote zjen 18-10-2014 07:34 PM
iols suka cuaca mendung,  tapi jgn hujan besar
Quote kivio 21-10-2014 02:10 AM
Sini pun dah start setiap petang hujan.
Baru plan nak jog tiap petang.
-Johor

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064032 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top