CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Rm3,600 Masuk Kategori Miskin

20-10-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13975| Komen: 111

Gaji Rm3,600 Masuk Kategori Miskin

SHAH ALAM -  Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera mengubah sikap supaya menjadi masyarakat yang lebih berjaya, bagi mengelak mereka daripada menjadi pengemis di negara sendiri.

Ku Li berkata, perubahan itu perlu dilakukan kerana standard dunia telah berubah, dan sekiranya masyarakat kita masih lena dibuai mimpi tidak mustahil kita senasib dengan masyarakat ‘Red Indian’ di Amerika Syarikat.

“Saya sebut dalam masalah yang dihadapi oleh orang kita, orang Melayu/Bumiputera adalah sikap kita… jadi selagi kita tidak ubah sikap selama inilah kita akan ketinggalan. Saya ingatkan orang kita supaya ubah sikap, letakkan nilai yang patut supaya kita tidak jadi pengemis di negara sendiri.

“Ingat nasib ‘Red Indian’… keadaan kini sudah berubah,  nilai ringgit sudah jatuh dan World Bank telah tetapkan ukuran yang baru kepada kita untuk tentukan kita sudah atasi kadar kemiskinan.

“Dikhabarkan sekarang untuk Malaysia, mereka yang berpendapatan kurang RM3,600 adalah golongan miskin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Transformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Institusi Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam, semalam.

Justeru, Ku Li mengingatkan masyarakat kita supaya berpijak di bumi yang nyata, dan jangan bersikap seperti orang kaya.

“Kita berlagak,  tapi poket kita kosong, nilai ringgit sudah mengecil, inflasi kos hidup atasi kemampuan sikap tetapi  kita tetap tidak berubah… tetap  boros berbelanja,” katanya.

2

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 17-10-2014 11:09 PM
Ye ke??? Makin azob tinggal di bumi Melayu ni ye.
Quote AHMADVW 17-10-2014 11:11 PM
tanah melayu pun dah lamo tergadai
Quote aechae 18-10-2014 12:16 AM
okeh....aku miskin

jgn merungut, kna bersyukur ada lg yg lg miskin....
Quote vespa_oren 18-10-2014 12:29 AM
Gaji atas sikit jer dari tu, kira hmpr2 lah nie
Quote dragger 18-10-2014 12:34 AM
masih sekin...
Quote munchkin 18-10-2014 12:45 AM
Oh wow. Unbelievable. Nak kena believe lah jugak
Quote mommymonster82 18-10-2014 01:13 AM
Haritu kata gaji 2500 pon cukup..ni kata 3500 pon miskin...
Peliknya....
Kalu gtu masih ramailah penjawat awam yang keja dah 10-20 tahun tapi masih bawah paras kemiskinan?
Quote masa_lalu 18-10-2014 01:13 AM
aku lebih dari tu tapi rasa tersiksa juga
mcm mana dgn orang yg tergolong dalam kategori tu
Quote faraway1 18-10-2014 01:15 AM
well pakat pakatlah bagitau anak memasing belajar
rerajin tinggikan martabat hidup supaya in future
dorang hidup tak miskin...
Quote tekoyong 18-10-2014 01:15 AM
mommymonster82 posted on 18-10-2014 01:13 AM
Haritu kata gaji 2500 pon cukup..ni kata 3500 pon miskin...
Peliknya....
Kalu gtu masih ramai ...

hai mommy

miskin tak bererti tak mampu

berbelanjalah ikut kemampuan

Quote mommymonster82 18-10-2014 01:21 AM
tekoyong posted on 18-10-2014 01:15 AM
hai mommy

miskin tak bererti tak mampu

Yep belanja ikut kemampuan...
Tapi Harga barang x terkawal...
Quote tekoyong 18-10-2014 01:24 AM
mommymonster82 posted on 18-10-2014 01:21 AM
Yep belanja ikut kemampuan...
Tapi Harga barang x terkawal...

insyaAllah GSt nanti akan kawal harga barang

sama2 doakan GST akan berjaya

jangan doakan kegagalan GST demi politik sempit
Quote tanganbercakap 18-10-2014 01:26 AM
kalo kawasan bandar tinggi lagi pun kategori miskin gak
Quote clarizsa 18-10-2014 01:31 AM
biarla miskin pun... jadi gelandangan pun xpe, lg best...
Quote mnaa 18-10-2014 01:36 AM
bangsa lain sekarang berlumba2 nak masuk oil & gas industry sbb itu menjanjikan gaji yang tinggi.. melayu masih bertahan dalam industri pon sbb pengaruh petronas.. so, apa lagi tingkatkan pengetahuan & skill, keluar dari comfort zone.. kalau tak nak keje makan gaji, cari tempat berniaga.. kalau bertahun duduk dalam company sama, memang agak payahla gaji nak meningkat...keje tak tunggu kita, kita yang kejar keje..
Quote mommymonster82 18-10-2014 01:46 AM
tekoyong posted on 18-10-2014 01:24 AM
insyaAllah GSt nanti akan kawal harga barang

sama2 doakan GST akan berjaya

Ntahlah bang yong..
tak tau nak komen per bab gst ni
Quote asamfish 18-10-2014 02:00 AM
baru verangan nak beli franck muller
walopon gaji nan hado
Quote jazaa 18-10-2014 06:55 AM
aechae posted on 18-10-2014 12:16 AM
okeh....aku miskin  

jgn merungut, kna bersyukur ada lg yg lg miskin....

utk single tak kott...

yg dah brfsmily...ank 4 org, mcmaana lah nk hidup dgn gaji mcm tu skrg..


Quote jazaa 18-10-2014 07:07 AM
clarizsa posted on 18-10-2014 01:31 AM
biarla miskin pun... jadi gelandangan pun xpe, lg best...

dpat mkn free ek....


hari tu i gi atm bank kat dpan maajid kg baru...adalah dlm 7-8 org bsekumpul...hbis ambik duit tgok yg berkumpul tu beratur...lebih le pulak dari 7-8 org.
ingat nk tgok sampai habis tapi x dpt sbb naya je nanti org hon sbb parking kat tepi jln mcn tu...


sian lah  clarisza...yg ambik tu memang nampak miskin...ada mcik umur dlm 50an...pcik., orng tak siuman, srmuanya memanng nampak elok dibamtu...dorang dah tak larat nk kerja


Semuga yg beri sedekah tu di rahmati Allah...



Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048115 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top