Kerana Biskut Habis, 2 Anak Jadi Mangsa Dera Majistret Nor Azura Murah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan RM4,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Suhaimie Ahmad Tahir, 36, dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat di Pantai Dalam pada 2.35 petang, 19 Oktober lepas. Mohd Suhaimie yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Menurut fakta kes, ketika kedua-dua mangsa berada di rumah pada hari kejadian, tertuduh bertanya kepada mereka: "Siapa yang habiskan biskut?" Apabila anak-anaknya saling menyalahi antara satu sama lain, tertuduh berang dan mengambil air panas di dalam periuk lalu meletakkannya di hadapan mereka sambil mengulangi soalan mengenai biskut itu. Setelah kedua-dua beradik itu masih tidak mengaku, Mohd Suhaimie menarik tangan kiri anak lelakinya yang berusia lima tahun lalu mencelupnya ke dalam air panas selain menampar muka mangsa. Mohd Suhaimie mengulangi perbuatan itu terhadap anak perempuannya yang berusia lapan tahun serta menampar muka mangsa beberapa kali. Pegawai Pendakwa, ASP Nom Phot Prakdit memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh kerana hukuman denda tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami mangsa dan mendera kanak-kanak adalah kesalahan serius. Sebelum itu ketika rayuan, Mohd Suhaimie memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan turut meminta maaf atas perbuatannya kerana dia dalam keadaan marah ketika itu.
|
12
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mak_wa95 posted on 24-10-2014 10:42 PM
giler bangang kerana biskut tergamak dera anak..
bodoh nak mampos..tau ada anak bagi la makan..
noor2 posted on 24-10-2014 10:51 PM
hilang mood i terus bila baca kisah ni...sedih gila..sakit hati sangat2
Orange1 posted on 24-10-2014 11:14 PM
Ada sesuatu yg tak kena dlm budaya melayu psl ibubapa ni. Ye memang kita kena hormatkan ibubapa tp i ...
noor2 posted on 24-10-2014 11:19 PM
berebut biskut sebab biskut tu tak cukup...kesian sangat...dah lapar tu berebut...kalau kenyang ta ...
noor2 posted on 24-10-2014 11:17 PM
ehhh..pendapat kita sama...i selalu kata kat anak2...cer tgk cerita batu belah batu bertangkup tu. ...
Orange1 posted on 24-10-2014 11:23 PM
Kan noor bukan bodoh saja tp jenis tergamak tu buat anak yg masih kecil sampai mcm tu sekali. Apal ...
ADVERTISEMENT