Teh O cuma 50 sen
PORT DICKSON - Ketika segelintir orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barang, sebuah kedai makan terletak berhampiran dengan Masjid Khariah Bagan Pinang mengambil iniasitif segelas teh O dengan harga 50 sen. Kedai diusahakan Rohaizat Abd Khalid, 34, bersama isterinya, Yusmarina Mokhtar, 32, baru saja seminggu beroperasi. Menurut Rohaizat, idea meletakkan harga 50 sen bagi secawan teh O datang secara spontan. "Ini bukannya bermusim atau sekadar untuk promosi sempena pembukaan kedai ini, sebaliknya harga ini adalah untuk selama-lamanya. “Malah, kedai teh O 50 sen diangkat sebagai nama kedai ini yang setakat ini beroperasi dengan menyediakan hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari dengan harga berpatutan. “Saya juga berhasrat untuk memanjangkan waktu operasi kedai ini hingga waktu malam dan mempelbagaikan lagi hidangan menu makanan,” katanya ketika ditemui, semalam. Rohaizat berkata, ada sesetengah pelanggannya tidak percaya harga secawan teh O yang dikenakan. “Ada pelanggan tetap membayar RM1.20 dan terpaksa saya kejar hingga ke kereta mereka untuk memulangkan baki duitnya. “Malah, ada segelintir pelanggan terperanjat dengan harga itu dan memberitahu ia terlalu murah dengan harga barang yang semakin mahal hari ini. Tapi ada juga yang menasihatkan saya menaikkan sedikit harganya,” katanya. Rohaizat berkata, walaupun teh O di kedainya jauh lebih murah berbanding kedai lain, namun kualiti serta rasa masih sama. “Menjual 50 sen untuk secawan teh O, ia tidak akan jejaskan perniagaan, malah kami juga sebenarnya berniat untuk berniaga sambil bersedekah,” katanya.
|
kucingTomey posted on 23-10-2014 05:20 PM
aku bengang sungguh dengan kedai naik rege teh o...sebab gula mahal...aku rasa teh tu makin takdak g ...
encikWawad posted on 23-10-2014 05:31 PM
ada gak dulu near opis i - air murah teh singgit jahh apa air pun singgit je
tapi harga makanan lai ...
kucingTomey posted on 23-10-2014 05:26 PM
marohla...bukan nok bekire samah ke 50 ya ke ...doh tu barang jua maha..kenela air nye sedap...ni ...
melinda_kerr posted on 23-10-2014 06:21 PM
Hmm setakat teh o buat kat rumah ajelah.laki ni kalau Bini buat air Kat rumah jrg nk minum kalau kat ...
kucingTomey posted on 23-10-2014 06:50 PM
masalahnye wa ada bini ke?
ADVERTISEMENT