CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendapatan Rm10,000 Ke Atas Tak Jamin Hidup Selesa

30-10-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2655| Komen: 2

Pendapatan Rm10,000 Ke Atas Tak Jamin Hidup Selesa

Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menetapkan kategori subsidi berbeza bagi golongan berpendapatan di bawah RM5,000 sehingga RM10,000 ke atas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat, sekali gus mengkritik langkah yang bakal menjejaskan kehidupan mereka.
          
Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (Emas), Mohamad Azhar Hashim berkata, keputusan kerajaan ini tidak memperlihatkan keadilan kepada golongan berpendapatan RM10,000 ke atas kerana seperti kelompok lain, mereka juga terkesan dengan peningkatan kos sara hidup akhir-akhir ini.
          
"Tiada jaminan untuk hidup selesa jika pendapatan mereka RM10,000... dengan kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Baharu tidak cukup, lainlah kalau mereka tinggal di kampung-kampung tambahan pula harga rumah semakin meningkat.  
          
"Bagi anak-anak dan belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sudah semestinya tidak memperoleh jumlah pinjaman penuh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ibu bapa mereka berpendapatan RM10,000 ke atas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perhalusi Semula Mekanisme

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa golongan berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM10,000 sebulan tidak akan menerima subsidi perlu dan perlu membayarnya mengikut harga pasaran.
          
Rakyat berpendapatan kurang RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh manakala mereka yang berpendapatan menengah bermula RM5,001 hingga RM10,000 sebulan menerima subsidi pada kadar lebih rendah apabila sistem rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan mulai tahun depan.
          
Justeru, Mohamad Azhar berkata, kerajaan harus memperhalusi semula mekanisme pelaksanaan ini memandangkan mereka yang tidak berstatus warganegara Malaysia turut menikmati pemberian subsidi ini.
          
"Walaupun sekarang ini mereka (bukan rakyat Malaysia) yang menggunakan plat nombor negara mereka sendiri dan hanya layak menggunakan petrol RON97 sahaja, oleh itu penguatkuasaan perlu diperketatkan agar tidak berlaku ketirisan," katanya.
            
Perkenalkan Sistem Kad Debit
            
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar kerajaan dapat mewujudkan sistem kad debit yang boleh membantu rakyat Malaysia untuk mengisi petrol RON95 yang telah disubsidikan namun sistem ini memerlukan kajian menyeluruh.
          
"Mereka yang layak menerima kad debit ini adalah warganegara Malaysia, berpendapatan RM10,000 ke atas mengikut kawasan (bandar atau pinggir bandar) dan jenis kenderaan yang digunakan," katanya.
          
Mengulas lanjut, beliau berkata ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, justeru mekanisme ini bukan hanya akan membantutkan semangat motivasi rakyat bahkan semangat untuk memajukan diri kian merosot.
          
"Rakyat Malaysia akan menjadi semakin malas untuk berusaha dan hanya mengharapkan subsidi kerajaan semata-mata lebih parah lagi sekiranya rakyat menjadi takut jika gaji mereka dinaikkan kerana bimbang mereka tidak layak menerima sebarang subsidi daripada kerajaan.
          
"Jika dibandingkan dengan individu berpendapatan RM5,000 ke bawah, kerajaan memberi bermacam bentuk bantuan antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)," katanya. - Bernama


Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 29-10-2014 06:25 PM
Pening ahhhhhh......
Quote nalis 29-10-2014 06:28 PM
Kalau nk banding dgn yg melarat kais pagi mkn pagi kais petang mkn petang, dah kira sgt2 beruntung la yg incne >10k ni. Betul la kata orang, makin besar periuk makin tebal keraknyakeraknya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.042461 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top