![]() Gambar hiasan
KERAJAAN akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa April tahun depan. Masyarakat tidak berhenti bercerita soal GST dan tercetusnya pelbagai reaksi. Lebih menarik khabarnya, ada pasangan ambil kesempatan untuk berkahwin sebelum GST dikuatkuasakan. Ada beranggapan kemungkinan belanja perkahwinan meningkat selepas GST dan tinjauan Sinar Harian ketika pameran perkahwinan di Shah Alam baru-baru ini mendapati kebanyakan penyedia katerer, khemah atau kanopi, pakaian pengantin dan pelamin memberitahu akan menaikkan harga barang serta perkhidmatan mereka selepas GST. Manakala beberapa bakal pengantin ketika ditemui berkata, akan melangsungkan perkahwinan sebelum GST. Untuk mendengar cerita kedua-dua belah pihak, ikuti kupasannya oleh Sinar Harian. Bakal pengantin bakal terbeban lepas GST? Kebanyakan golongan muda berhasrat menamatkan zaman bujang mereka sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1 April tahun depan. Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata orang ramai meluahkan kebimbangan terhadap kenaikan kos perkahwinan ekoran sistem percukaian baharu itu. Penganalisis media, Alima Ramli, 26, berkata, dia bersama pasangannya merancang berkahwin pada 28 Mac depan untuk mengelakkan terbeban akibat kenaikan kos perkahwinan selepas GST. “Saya pernah baca artikel ditulis Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) yang menasihati golongan muda supaya berkahwin sebelum GST kerana dikatakan akan membebankan bakal pengantin menanggung kos yang tinggi. “Walaupun GST belum dilaksanakan, tetapi hasil tinjauan saya di kedai-kedai perunding perkahwinan, saya dapati, berlaku kenaikan harga seperti untuk fotografi dan mekap. Untuk busana pengantin itu memang kita tahu mahal sebab ia bergantung kepada material kain yang kita gunakan,” katanya. Bagi menjimatkan kos, Alima dan tunangnya akan melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di Putrajaya pada hari yang sama. Kebetulan memang rumah keluarga kami berhampiran. Jadi, tidak perlulah kami mengadakan majlis resepsi dua kali. "Selain itu, untuk menangani kos perkahwinan semakin naik, kami ambil pakej kad kahwin bersama kotak cenderahati. Barang untuk diisi dalam kotak nanti akan kami beli sendiri. Cara itu lebih jimat berbanding jika kita beli 'doorgift' yang sudah siap," katanya. Bagi pasangan kepada Alima, Mohd Fuad Herman, 29, berkata, dia sudah menyediakan wang tambahan sekiranya berlaku kenaikan harga barang perkahwinan tahun depan. “Pelan kontingensi amat penting untuk kecemasan sebagai pelan sokongan jika memerlukan wang tambahan. “Apa pun, sebagai alternatif mengatasi kenaikan harga pakej perkahwinan itu, kami mengunjungi ekspo perkahwinan untuk mendapatkan tawaran harga promosi yang berbaloi,” katanya. Rancang bajet perkahwinan Pekerja swasta, Azureen Zulkifli, 21, berkata, niat asalnya mahu menamatkan zaman bujang sebelum GST dilaksanakan kerana mahu mengelak terpaksa tampung kos yang tinggi untuk perkahwinan. Namun, katanya, hasrat itu mungkin terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada tunangnya yang baru sahaja menamatkan pengajian. “Biarlah kami stabil dulu. Kami jangkakan akan berkahwin pada hujung tahun depan, Insya-ALLAH. “Masih ada masa kami buat tinjauan dan perbandingan harga untuk dapatkan pakej perkahwinan yang memenuhi bajet kami. Kami banyak kunjungi ekspo pengantin dan buat tempahan awal untuk dapatkan harga promosi,” katanya. Azureen tidak menafikan harga untuk pakej perkahwinan lengkap pada masa kini agak mahal dan memerlukannya berjimat untuk hari bahagianya. “Saya tengok, ada kenaikan 10 peratus untuk barang-barang perkahwinan seperti cenderamata dan kad kahwin. Itu saya lihat di kedai berhampiran rumah saya. “Sebelum kahwin, kita kena rancang bajet untuk elak pembaziran dan yang penting kena ada pelan alternatif atasi masalah kenaikan harga pakej perkahwinan ini,” katanya. Kahwin sebelum GST murah Sementara itu bagi seorang lagi bakal pengantin yang hanya ingin dikenali sebagai Lisya beranggapan, melangsungkan majlis perkahwinan sebelum GST murah dan menjimatkan. Menurutnya selepas GST dilaksanakan sewa dewan misalnya mungkin akan naik sekali ganda, sebagai contoh sekarang sewa RM1,000 bila GST dilaksanakan akan naik sehingga RM2,000. Menurutnya, berdasarkan pengalaman bertemu para peniaga semasa memilih perkhidmatan untuk perkahwinannya, rata-rata peniaga itu menyatakan bahawa akan mengambil kira kos dalam perniagaan mereka. “Kos pengangkutan, minyak naik dan semua benda jadi mahal, jadi untuk kahwin apabila ada GST mungkin perlukan belanja sehingga RM30,000,” katanya.
|
8
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
31
![]() Terkejut |
21
![]() Sedih |
11
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lkick2113 posted on 3-11-2014 01:35 PM
kad kawin pon nak fancy2...apakejadah...lepas kenduri org buang jugak...
lkick2113 posted on 3-11-2014 01:35 PM
kad kawin pon nak fancy2...apakejadah...lepas kenduri org buang jugak...
ilacantik posted on 3-11-2014 02:39 PM
pasangan zaman la ni lebih sibuk fikir persiapan nak jadi raja sehari drpd kehidupan slps kawin. per ...
shernazz posted on 3-11-2014 02:40 PM
Buat kenduri mewah x penting..
Yabg penting belanja lepas kawin.tu...
ADVERTISEMENT