CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tunggal Kematian Suami Susukan Anak Dengan Air Gula

5-11-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20733| Komen: 241

Kesempitan hidup, susukan anak air gula


Anak-anak Norazlina masing-masing bersama botol susu yang diisi air gula buat minuman mereka.

KOTA BHARU - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu tunggal terpaksa memberi dua anaknya yang berusia lima dan tiga tahun minum air kosong dicampur dengan gula.

Ibu tunggal terbabit, Norazlina Razid, 35, berkata, dia sudah tiada pilihan lain kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dua anaknya itu dan terpaksa memberi mereka minum air gula bagi mendapatkan tenaga.

Wanita berkenaan baru kematian suami April lalu dan menjaga dua anaknya itu bersendirian selepas keluar dari rumah sewanya sejak dua minggu lalu. Norazlina turut mempunyai seorang lagi anak yang berusia 11 tahun dan masih bersekolah.

Katanya, selepas kematian suami, hidupnya dirundung malang apabila tidak mempunyai wang untuk menjelaskan sewa bulanan sehingga terpaksa keluar dari rumah tinggal yang disewa selepas pemiliknya datang merobohkan rumah itu.

Sejak itu, dia bersama tiga anaknya itu hidup merempat dan tidur di mana sahaja yang difikirkan boleh dijadikan tempat tidur.

Norazlina berkata, dia mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun jumlah RM300 tersebut tidak mencukupi bagi menampung perberlanjaan seharian mereka sekeluarga.

“Bulan ini saya sudah ambil duit itu dan digunakan untuk belanja makan anak-anak serta semuanya sudah habis. Sekarang hanya ada RM5 di dalam poket dan saya perlu mengemis selepas ini untuk dapatkan duit bagi membeli makanan anak-anak," katanya.

14

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-11-2014 08:18 AM
Patut yang suka bini banyak tolong ibu tunggal mcm ni
Bukan anak dara
Quote krustykrab 5-11-2014 08:30 AM
aku harap sangat bung mokhtar pinang akak ni
Quote mrsav 5-11-2014 08:30 AM
PBT sila ambil tindakan..
Quote haryatie 5-11-2014 08:31 AM
sampai mcam tu sekali susahnya hidup
xde makbapak sendiri/mertua ker ..utk tumpang buat sementara waktu
pe lg..yg nak sgt tmbah cawangan, nak berbini ramai tu....elok la buat amal jariah
dpt pahala jugak..murah rezeki...
Quote jazaa 5-11-2014 08:33 AM
Sampai hati org tu robohkn rumah...
Quote fifie_olin 5-11-2014 08:33 AM
zmn skg ni kalo bole biar la isteri kerja gak...x bole hrpkan duit somi je..
bila dah jd mcm ni ank jd mangsa...kesian...
Quote magnus 5-11-2014 08:35 AM
Kesiannya.....gomen kota baru silala bantu..
Quote FanTasyCreaTioN 5-11-2014 08:35 AM
pembuangan sisa2 makanan bertimbun2 kat Malaysia ni
kesian masih ada yang merempat tak cukup makan

- maner keluarga akak ni / keluarga sebelah arwah suami

bagus lagi kalau akak ni mohon kerja sebagai pembantu rumah / pengasuh budak
tak yah lah mintak gaji besar
sebab ..
kurang2
makan minum pree
tempat tinggal pree
anak2 boleh jager sendiri






Quote Loxlaxman 5-11-2014 08:37 AM
Lox sedih .. tapi sedih aje Lox rasa tak guna...kita kena tolong anak2 tu ... kesian kat depa ... anak-anak kita montel, sihat, manja ... anak2 dia menderita..

JOM KITA SEMUA PAKAT PAKAT DONATE SORANG SIKIT.

Sedih aaaa....!!
Quote asyriqa 5-11-2014 08:41 AM
Loxlaxman posted on 5-11-2014 08:37 AM
Lox sedih .. tapi sedih aje Lox rasa tak guna...kita kena tolong anak2 tu ... kesian kat depa ... an ...

apa kata abang lox jadikan budak2 tu anak tiri... insha allah lagi murah rezeki abang lox lepas nih... mak n budak2 tu pun terjamin masa depan dia... abang lox kan pencinta wanita...
Quote Suchi 5-11-2014 08:46 AM
FanTasyCreaTioN posted on 5-11-2014 08:35 AM
pembuangan sisa2 makanan bertimbun2 kat Malaysia ni
kesian masih ada yang merempat tak cukup makan
...

utk ibu2 tunggal ni kena cari kije di mana blh bawak ank sekali sbb dorang xde duit nk upah pengasuh bagai..

Quote Suchi 5-11-2014 08:50 AM
haryatie posted on 5-11-2014 08:31 AM
sampai mcam tu sekali susahnya hidup
xde makbapak sendiri/mertua ker ..utk tumpang buat sementara w ...

nak tau sedagher magher kita berapa ramai tunggulah bila kita ditimpa musibah
time tu taulah kita brp ramai kawan2 n sedara mara kita yg ade..
hrp xde org amik kesempatan kt akak nih smp kena kije yg bukan2 dahlah
kalo ade yg niat baik eloklah buat bini.
Quote FanTasyCreaTioN 5-11-2014 08:54 AM
Suchi posted on 5-11-2014 08:46 AM
utk ibu2 tunggal ni kena cari kije di mana blh bawak ank sekali sbb dorang xde duit nk upah pengas ...

ha`ah
sebab tu kita sarankan akak tu mohon kerja sebagai pembantu rumah / live in pengasuh


Quote Suchi 5-11-2014 09:00 AM
FanTasyCreaTioN posted on 5-11-2014 08:54 AM
ha`ah
sebab tu kita sarankan akak tu mohon kerja sebagai pembantu rumah / live in pengasuh

skrg ni maid yg local masih ade org nk ambil ke ye? yela kang kena bg gaji mahal plak..
dulu ade kenalan yg ade kedai brg2 baby n ibu
staff dia kije bawak baby sekali.
sbb baby dia masa lahir pramatang so perlukan jagaan khusus tak sesuai nk tinggalkn ngn pengasuh ke apa..
so dia bawak sekali baby g kije.
mujur boss pun mmg jenis ok dan beri galakkan..

Quote TulenBang 5-11-2014 09:01 AM
akak ni duk kota bharu.. makanan semua murah2... maybe perlu diselidik lagi kakak ni.. takut fabricated story...
Quote lavalive 5-11-2014 09:02 AM
sian ibu tunggal ni...

ada laki orang ajak kawin pun gerenti dia tak nak sebab tak sanggup dengar mulut2 puaka pompuan anti sunnah kawin lebih mesti melalak tak tentu pasal..

Quote myvios 5-11-2014 09:04 AM
dah masuk dlm media n i, harap keluarga di dpt la bantuan.
Quote Loxlaxman 5-11-2014 09:06 AM
asyriqa posted on 5-11-2014 08:41 AM
apa kata abang lox jadikan budak2 tu anak tiri... insha allah lagi murah rezeki abang lox lepas ni ...

As..

Tak tertahan sebak di dalam dada abang bila terkenang nasib anak-anak malang di dalam cerita di atas. Kebetulan nasib abang jauh lebih malang dari anak2 tu sebelumi ni. Abang ini anak yatim piatu sejak berusia 7 bulan, itulah apa yang disampaikan oleh Pak Hamzah yang memungut abang hanyut di atas sekeping upih pinang di tengah-tengah Laut Cina Selatan ketika Pak Hamzah keluar menangkap ikan bersama isterinya. Abang ini hanya anak pungut As, sekurang-kurangnya anak2 di dalam kisah di atas masih beribu walau tanpa ayah. Apa yang ibu bapa abang tinggalkan bersama abang ketika abang dihanyutkan di lautan hanyalah setongkol jagung dan sekeping nota... nota yang langsung tidak difahami oleh Pak Hamzah, sehinggalah Pak Hamzah menemui seorang pensyarah kolej yang menterjemahkan bahasa tulisan pada kertas nota tu kepada Bahasa Malaysia .. rupa-rupanya abang ini anak keluarga bangsawan di Italy. Ibu abang seorang gadis desa berasal sebuah daerah pendalaman Sepanyol yang melarikan dirinya dari suaminya yang bengis, ke Filipina... demikianlah kisah sedih abang As.



Quote cloudy_83 5-11-2014 09:08 AM
Loxlaxman posted on 5-11-2014 11:06 AM
As..

Tak tertahan sebak di dalam dada abang bila terkenang nasib anak-anak malang di dalam ceri ...

ni cerita betul ke
mohon abam lox jangan steal the limelight ok
baru je nak layan sedih tengok muka kaka kat post #1

Lihat semua komen(241)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068689 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top