CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pemilik Pengsan Motosikal Berkuasa Tinggi Terbakar

5-11-2014 03:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11938| Komen: 60

Pemilik Pengsan Motosikal Berkuasa Tinggi Terbakar

Pelabuhan Klang: Seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri apabila mengetahui motosikal yang baru dibelinya enam bulan lalu dibakar dalam kejadian di Flat Sri Perantau, pagi semalam.

Menurut Muhammad Ikhmal Jamaluddin, 18, anak kepada pemilik motosikal berkenaan yang dikenali sebagai Jamaluddin Muhammad, 44, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, jiran mereka memaklumkan bahawa kenderaan milik bapanya itu terbakar.

“Ayah kemudian meluru keluar untuk melihat motosikal jenis Benelli RKV 200 miliknya sebelum terperanjat dan tidak sedarkan diri apabila mendapati motosikal berkenaan hangus sama sekali.

“Orang ramai terpaksa membawa ayah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui semalam.


Difahamkan, tiga motosikal terbakar akibat perbuatan khianat serta turut mengakibatkan dua letupan berlaku yang menyebabkan penduduk di sekitar flat berkenaan cemas seketika.


Menurut saksi kejadian, Mohd Shawal Sabtu, 33, individu yang bertanggungjawab membakar kenderaan berkenaan bukan penghuni dari flat berkenaan dan datang ke kawasan itu sebelum mula membuat kecoh.

“Saya dapati lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan sudah menasihatkannya dengan cara baik supaya beredar dari flat ini kerana bimbang dia melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Bagaimanapun, selepas kira-kira 10 minit beredar, lelaki terbabit yang berusia 30-an datang kembali,” katanya.

Katanya, dia yang dimaklumkan mengenai kehadiran semula lelaki itu kemudian membuat tinjauan dan terkejut apabila mendapati lelaki berkenaan sedang membakar sebuah motosikal.

“Lelaki itu cuba melarikan diri namun sempat ditangkap beberapa penduduk yang melihat kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat pula berkata, pihaknya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

KEADAAN motosikal yang dibakar, pagi semalam.


10

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 3-11-2014 12:56 PM
Jaki dia dgn owner bike besar ni.
.
Quote mattzzx 3-11-2014 12:59 PM
Tak boleh claim insuran ke?
Quote edee_91 3-11-2014 01:03 PM
apa busuk sangat perangai bakar motor orang. bakar dia balik. eh silap, lecurkan dia...
Quote asyriqa 3-11-2014 01:04 PM
aiyooo... kesiannya... malaun mana la yang bakar nih...  
Quote artcrime 3-11-2014 01:07 PM
200CC? Berkuasa besar?
Quote enchikfitz 3-11-2014 01:08 PM
Dengkilah tu. Bertabahlah pak cik. Boleh claim insurans tak?
Quote lazaruz6024 3-11-2014 01:13 PM
Mesti ada sebab.takkan suka2 nk bakar.
Quote chinta89 3-11-2014 01:15 PM
apesal dia buat mcm ni? ade tak puas hati ape?
Quote fizroy 3-11-2014 01:20 PM
kesian pakcik tu.....
Quote tri-max 3-11-2014 01:23 PM
itu antara masalh nyer bila duduk rumah flat/apartment/kondo
sama je w/pon panggilan berbeza
belilah motor @ keta mahal sekalipon, bukan boleh parking depan pintu umah
nun jauh dibawah dan jauh dari pengawasan
ye.. paham kenkadang flat itu je kemampuan mereka
tp at the moment ada duit lebih jgn invest motor/keta yg mahal2
pg lah cari rumah yg bertanah...
hati senang

Quote kentel 3-11-2014 01:26 PM
hahahhaha...LC lagi mahal gamaknya...
Quote bby2124 3-11-2014 01:30 PM
motor x abis bayar...pakai pun x puas lagi....semoga betabahle ati
Quote makneng 3-11-2014 01:34 PM
keji perangai si pelaku..huh
Quote rikiruj 3-11-2014 01:35 PM
Moto Benelli RKV200 bukanlah dalam kategori motorsikal berkuasa tinggi... ni level moto 200cc and below.. apa2 pun kesian pakcik tu baru pakai 6 bulan...
Quote prettyuglybabe 3-11-2014 01:43 PM
kesian.. mungkin dalam kepala teringat loan pun belum habis. terus blackout
Quote ais_kosong 3-11-2014 01:47 PM
tumpang simpati kat pokcik..
Quote annehuda 3-11-2014 01:55 PM
mattzzx posted on 3-11-2014 12:59 PM
Tak boleh claim insuran ke?

mmgla boleh, tp ikut pengalaman aku dulu hilang motor yg baru 3 bulan bayar hutang tu, makan setahun la jugak nk tunggu claim insurans. pastu yg sadisnye aku still kene byr jugak hutang motor tu kalau taknak nama kene blacklist, smpi terlebih byr. seb baik dpt refund. tp trauma la jugak .....

Quote mattzzx 3-11-2014 02:05 PM
annehuda posted on 3-11-2014 01:55 PM
mmgla boleh, tp ikut pengalaman aku dulu hilang motor yg baru 3 bulan bayar hutang tu, makan setah ...

Kena selalu tanya lah syarikat insuran tu....
sedih juga dengar citer u.....

Quote zafira 3-11-2014 02:10 PM
kesian bro... bertabahlah..mujur tak heart attack...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.219837 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top