CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beratur 6 Jam Demi Iphone6

6-11-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12620| Komen: 100

Beratur 6 Jam Demi Iphone6

Petaling Jaya: Kira-kira 200 peminat telefon pintar iPhone 6 mula beratur di depan kedai BlueCube Celcom Axiata Berhad (Celcom) di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini sejak 6 petang tadi untuk menjadi antara pembeli pertama gajet terbabit di Malaysia.

Meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam nanti, rata-rata peminat tidak berganjak dari barisan masing-masing di bawah khemah yang disediakan Celcom.

Wakil Celcom memaklumkan, kaunter jualan akan dibuka sehingga 6 pagi untuk individu yang sudah menempah iPhone lebih awal.

Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih.

iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia secara rasmi pada 6 November ini.

Apple melancarkan bukan satu tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci.

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080.16.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 5-11-2014 11:25 PM
Syoknya...
Quote rospinki 5-11-2014 11:26 PM
tak koserrr mak..
Quote edoraixora 5-11-2014 11:33 PM
Kenapa mesti beli pada hari pertama dilancarkan
Murah ehh
Quote Suchi 5-11-2014 11:34 PM
tp tgk org lain dah ade dah iphone 6 ni
dorang beli kat obersi eh
Quote ikan_kaghing 5-11-2014 11:38 PM
200 orang ? 6 jam ?....alahai sendunya.

Haruslah malu dengan 1000 angkatan tentera makcik parida yang sanggup tidoq bermalam-malam di dalam khemah....istiqamah gitu.
Quote zorrro_03 5-11-2014 11:39 PM
Bodohnya.
Quote aechae 5-11-2014 11:44 PM
gigih sgt mcm xleh tggu esok...duk berembun kt ctu  knapa? akak aku rilek je tdo esok amek cuti nk g sunway piramid...


oh ya, rupa ipon 6 xmenarik di mata aku, ipon5 lg smart n nice...
Last edited by aechae on 5-11-2014 11:46 PM

Quote dragger 5-11-2014 11:58 PM
mcm la phone tu limited edition sangaatttt
Quote Orange1 6-11-2014 12:14 AM
Pprt sgtttt
Quote BotakChinPeng 6-11-2014 03:55 AM
Lantak lah.
Quote Vellfire 6-11-2014 05:15 AM
Haha peliklah dorang ni
mcm hari tu jer jual
benda tu sama jerlah
Quote Al-Patih 6-11-2014 05:18 AM
yang bertudung poong samo....hebat..hebat...
Quote Vellfire 6-11-2014 05:26 AM
Dah suka minat sanggup la
Quote applemy 6-11-2014 05:29 AM
Ai pernah pegi launching awal2 pagi camni.. ai nampak dua perbezaan:

1. Harry Potter book 5 @ KLCC 2003.. semuanya innocent gitu.. kita bergelak ketawa dgn stranger, oh som tepuk amai2 dgn stranger.. hooray dgn stranger & breakfast dgn stranger.. one of the best morning of mai life u!

2. Iphone 5 @CAP square.. bahang kiasu, merebut2 makin menebal, terpekik terlolong jgn push la, ada org raba la.. semua tak sabar & marah2 each other.. sekor2 perangai rempit & kiasu. I hate adults tak sedar diri.. perangai lebih baboon dari kanak2!!
Quote applemy 6-11-2014 05:37 AM
ikan_kaghing posted on 5-11-2014 11:38 PM
200 orang ? 6 jam ?....alahai sendunya.

Haruslah malu dengan 1000 angkatan tentera makcik parida  ...

200 je? sikit sgt tu.. last event utk ip5 beribu2 tau.. nampaknya ip6 model pertama yg akan menyuramkan maruah Apple from now on.
Quote vespa_oren 6-11-2014 06:26 AM
edoraixora posted on 5-11-2014 11:33 PM
Kenapa mesti beli pada hari pertama dilancarkan
Murah ehh

Dapat diskaun rm600 dan hadiah sehingga bwenilai rm1000

*aku bca tdi, celcom bgi iphone percuma pembeli terawal yang beratur
Quote mirage_46 6-11-2014 08:14 AM
zorrro_03 posted on 5-11-2014 11:39 PM
Bodohnya.

Subang: Penat menunggu hampir 30 jam ternyata berbaloi bagi enam pembeli pertama iPhone 6 yang ditawarkan Celcom Axiata Berhad (Celcom) apabila syarikat telekomunikasi terbabit membuat kejutan dengan menjual peranti terbabit pada harga hanya RM6 seunit.
Enam individu terbabit yang mempunyai latar belakang berbeza mula beratur seawal jam 6 petang pada 5 November 2014 meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam pada 7 November 2014.
Pembeli pertama, Max Liew Zi Yi, 24, memaklumkan beliau sanggup beratur awal untuk mendapatkan iPhone 6 64GB warna perak yang diidamkannya sejak diumumkan Apple dua bulan lalu.
"Penat tapi ternyata berbaloi," katanya.
Sementara itu, pembeli kedua, Sofrizalee Hardwick, 34, sanggup terbang dari Sabah semata-mata untuk beratur mendapatkan gajet baru Apple itu.
"Saya tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu kemudian terus berkampung untuk mendapatkan iPhone 6 yang ditunggu," katanya.
Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih


dapat harga rm6 untuk iphone 6.. sapa yg bodoh?
Quote fifie_olin 6-11-2014 08:16 AM
lorr br kuar..apsal aku tgk dlm ig dh belambk org jual...AP set ka
Quote mimi77 6-11-2014 08:20 AM
fifie_olin posted on 6-11-2014 08:16 AM
lorr br kuar..apsal aku tgk dlm ig dh belambk org jual...AP set ka

aku pon konfius. singapore punya kot

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.099779 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top