CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Banjir Lumpur Di Cameron Highland 20 Rumah Hanyut

6-11-2014 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12240| Komen: 68

Banjir Lumpur Di Cameron Highland 20 Rumah Hanyut


CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan sehingga kini sekurang-kurangnya dua penduduk cedera ringan dalam kejadian lewat petang tadi.

Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur paras lutut itu ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu Merah.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian tahun lalu, empat orang terbunuh selain aliran air yang membawa sampah sarap, pokok dan pasir itu turut menyebabkan 80 rumah di tebing sungai terjejas, serta memusnahkan puluhan kenderaan, kedai dan Surau An Nur Lembah Bertam.

Banjir itu berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar (SAB) berikutan kenaikan mendadak paras air sehingga 0.6 meter sejam dan berbahaya kepada struktur empangan berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.

"Selain itu beberapa kenderaan turut terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Lesley berkata, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga jam 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet, Looi Chin Chin, berkata lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.

Katanya, kebanyakan kawasan terjejas yang berada di tebing Sungai Ringlet.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 petang tadi.

25

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 5-11-2014 11:08 PM
semoga warganegara bangla & pakistan selamat hendaknya......
Quote sepiITUindah 5-11-2014 11:09 PM
Acong posted on 5-11-2014 11:08 PM
semoga warganegara bangla & pakistan selamat hendaknya......

aminnnnn
Quote zorrro_03 5-11-2014 11:11 PM
Gambar plss..
Quote mommymonster82 5-11-2014 11:12 PM
Takziah.....
Quote Modngengade 5-11-2014 11:14 PM
zorrro_03 posted on 5-11-2014 11:11 PM
Gambar plss..

Ngengade nk gambar bagai...nah amik ni aku dah tepek...gi main jauh2
Quote sepiITUindah 5-11-2014 11:15 PM
komen dari pihak berkuasa ..sama seperti kejadian tahun lepas kan
Quote melia_star 5-11-2014 11:20 PM
mak aihhh....teruknya banjer sampai ke bumbung tuh....
Quote Artemesiaa 5-11-2014 11:20 PM
Takziah pada keluarga yang terlibat.  Time musim hujan ni yang duduk kawasan tanah tinggi mesti tak lena tidur bimbang kalau2 tanah runtuh tak pun banjir lumpur cam ni.  
Quote mommymonster82 5-11-2014 11:21 PM
Ni td baru tanya kabar sahabt kt sana.. Teruk banjirnya...
Quote rospinki 5-11-2014 11:22 PM
duk tanah tinggi pun banjir..bahye tanah runtuh lagi.
Quote alahai 5-11-2014 11:28 PM
tahun lepas kat kawasan ni jugak kan?
Quote tobby 5-11-2014 11:29 PM
lagi mau heran.  dah jenuh ditarah bukit bukau itu la akibatnya.
Quote kucingTomey 5-11-2014 11:35 PM
kemerun punya pembangunan bagus tapi saliran teruk.....dulu empangan punya kes...skang ni jadi lagi ......tapi berjimak dekat kemerun mmg best..ehmmm
Quote edoraixora 5-11-2014 11:36 PM
Kesian kt penduduk
Org lain yg meraih keuntungan hasil menggondol
Penduduk yg kne hadap akibatnye
Quote zorrro_03 5-11-2014 11:36 PM
Modngengade posted on 5-11-2014 11:14 PM
Ngengade nk gambar bagai...nah amik ni aku dah tepek...gi main jauh2

Tak dapat pahala laa kau tempek.  Merungut.  


Btw tq jugak laaaa.
Quote Modngengade 5-11-2014 11:37 PM
kucingTomey posted on 5-11-2014 11:35 PM
kemerun punya pembangunan bagus tapi saliran teruk.....dulu empangan punya kes...skang ni jadi lagi  ...

Tiada lain selain drp jimak yg terlintas di hati kucem yer
Quote kucingTomey 5-11-2014 11:38 PM
Modngengade posted on 5-11-2014 11:37 PM
Tiada lain selain drp jimak yg terlintas di hati kucem yer

bende sedap....nak buat camne jon
Quote Modngengade 5-11-2014 11:38 PM
zorrro_03 posted on 5-11-2014 11:36 PM
Tak dapat pahala laa kau tempek.  Merungut.  



Ahhh  byk pahala lain yg aku boleh kutip spt mendoakan agar kau jgn byk songeh tetapi sebaliknya banyakkan bersyukur
Quote alahai 5-11-2014 11:40 PM

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top