CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perkosa Anak Sendiri Hingga Lahir 2 Anak

10-11-2014 12:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15219| Komen: 101


Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.

Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 7-11-2014 08:02 PM
just wondering, yang kawasan tinggi statistik nya merogol darah daging sendiri nih tak takut bala ke ape... atau cuma kesalahan dan dosa terpilih jah yg kena.
semoga jantan bangkai nih mereput di dlm jel. Keji gile merosakkan masa depan anak. Dahlah anak sampai sembilan, tambah lg 2 anak dgn ANAK sendiri. Setan!
Quote mak_wa95 7-11-2014 08:05 PM
setan giler betul...

bni dia yang betul mana..anak pun nak dibuat bini
Quote noor2 7-11-2014 08:05 PM
@#$! betul perangai bapak ni...
Quote noor2 7-11-2014 08:06 PM
Awat dgn org Ganu ni???
Quote endus 7-11-2014 08:07 PM
terlalu sedih aku dengan kisah mcm ni ...
tak tahu lah apa akan jadi pada nasib sianak dan anak anak luar nikahnya ...
moga allah melindungi nya dan mempermudahkan segala urusannya ...amin ya allah ..amin
Quote famri7 7-11-2014 08:07 PM
Ummah fasik saya tidak terkejut sedikit pon sis.
Quote Risma 7-11-2014 08:12 PM
Lelaki gika seks...dah tak kenal dah, anak sendiri pun dibalun
Quote cap_ayam 7-11-2014 08:13 PM
Neraka lah tempatnya lelaki ni
Quote CrowneGlory 7-11-2014 08:27 PM
Maknya mana... Adik beradik? Peknen yg pertama takkan dorg x soal siasat budak tu ..siapa yg bertanggungjwp membenih
Quote mommymonster82 7-11-2014 08:30 PM
Quote Badut.Sarkas 7-11-2014 08:33 PM
Meleis ke ni.. x terkejut pun
Quote protonpersona 7-11-2014 08:35 PM
Kepelikang tanpa batasang...set2 nelayang mabuk ketum la ni...
Quote batmana 7-11-2014 08:42 PM
campak kt utan je, biar kene makan ngn rimau..
Quote spiderman80 7-11-2014 08:47 PM
Bapak setan...
Quote cemolot 7-11-2014 08:47 PM
ketahian apakah ini... anak sendiri, dalam semak belakang sekolah?

mereputlah dikau dalam penjara..
Quote myvios 7-11-2014 09:07 PM
sanggup dia pancut dalam kat anak dia..
Quote xAthenax 7-11-2014 09:11 PM
dani-rox posted on 7-11-2014 08:02 PM
just wondering, yang kawasan tinggi statistik nya merogol darah daging sendiri nih tak takut bala ke ...

aiyo dun say arr
takut nya kaka
sekarang kaka masih di Tranung lagi..


Quote lasagnaklcc 7-11-2014 09:12 PM
2 kali rogol tempat yg sama -- dlm semak blakang sekolah. Ntah2 byk kali dah kot.
Harap bkn suka sama suka.
Quote voiletiris 7-11-2014 09:13 PM
yg merogol anak sendirik mcmni yg harus di BOGELKAN dan suruh dia duduk di jentolakkesian budak ppuan tu lagi kesian dgn anak2 nya keliru..nak paqngil atok or bapa

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.307871 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top