CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cameron Highlands - Campur Tangan Politik Turut Jadi Punca

10-11-2014 12:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10142| Komen: 75

Cameron Highlands - Campur Tangan Politik Turut Jadi Punca


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Campur tangan politik dan amalan rasuah yang sehingga kini masih belum dapat dihapuskan di Cameron Highlands dipercayai menjadi penyumbang kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di tanah tinggi itu.


Satu sumber memberitahu Mingguan Malaysia, Cameron Highlands tidak akan berada dalam kea-daan sekarang jika penguatkuasaan undang-undang benar-benar dijalankan termasuklah memastikan mereka yang didapati terlibat dalam rasuah dibawa ke muka pengadilan.

“Kegagalan bertindak tegas itu menyebabkan penerokaan tanah secara haram tidak dapat dikawal lagi sehingga akhirnya membawa bencana dua tahun berturut-turut ke kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Sumber itu mendakwa, walaupun boleh dikatakan setiap hari adu-an berhubung penerokaan tanah secara haram dilaporkan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil.


“Sebab itulah kita minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat segera bagi menghentikan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands yang dikaitkan dengan pemberian habuan kepada segelintir pegawai tanah,” katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut mendakwa, campur tangan ahli politik turut menyebabkan usaha membanteras pembukaan kebun sayur secara haram gagal.

“Contohnya, sehingga ke hari ini masih ada kebun sayur yang dibuka di tepi sungai. Sebelum ini ada tindakan mahu diambil tetapi dibatalkan ekoran campur tangan politik.

“Sepatutnya sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan berhampiran sungai tetapi akibat campur tangan politik, semuanya ‘boleh dihalalkan’,” dakwanya.

Sementara itu, satu lagi sumber mempertikaikan bagaimana pihak berkuasa boleh membiarkan kebun sayur dibuka dengan begitu meluas di Blue Valley sehingga menjejaskan alam sekitar.

“Saya tidak mempersoalkan haram atau tidak, tetapi tidakkah pejabat tanah atau pejabat daerah tidak melihatnya dari segi ancaman kepada alam sekitar?

“Saya percaya Blue Valley hanya menanti masa sahaja ditimpa bencana, kalau tindakan tegas tidak dilakukan bagi menghalang lebih ba-nyak kebun sayur dibuka,” katanya.

24

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
37

Sedih
37

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 9-11-2014 08:39 AM
Rasuah 0.4 hektar = RM10,000
Punca penerokaan haram di Cameron Highlands berleluasa
OLEH SITI ROHAIZAH ZAINAL  |  09 November 2014 3:25 AM
  194  0 Google +0
SUMBER menunjukkan kawasan penerokaan tanah haram yang dikesan sejak tiga bulan lalu dalam satu tinj
SUMBER menunjukkan kawasan penerokaan tanah haram yang dikesan sejak tiga bulan lalu dalam satu tinjauan di Pos Lemoi, Ringlet semalam. Kawasan penerokaan tanah haram itu dibiarkan tanpa tindakan susulan daripada pejabat tanah walaupun mengetahui terdapat aktiviti pembalakan dilakukan oleh kontraktor.
Advertisement
KUALA LUMPUR 8 Nov. Percaya atau tidak, untuk setiap 0.4 hektar (1 ekar) tanah yang diteroka secara haram di Cameron Highlands bagi dijadikan kebun sayur, sebanyak RM10,000 didakwa diberikan kepada segelintir pegawai kerajaan sebagai habuan ‘melindungi’ perbuatan itu.
Satu sumber mendedahkan jumlah rasuah yang begitu besar itu menyebabkan penerokaan tanah secara haram berleluasa sehingga menjejaskan alam sekitar dan mendorong berlakunya tanah runtuh serta banjir lumpur di tanah tinggi tersebut.
“Pegawai menerima habuan itu akan membiarkan sahaja penerokaan tanah-tanah walaupun dilakukan di kawasan yang berisiko terjadinya tanah runtuh,” dakwa sumber itu kepada Mingguan Malaysia.
Beliau membuat pendedahan mengejutkan itu sebagai mengulas tragedi terbaharu tanah runtuh dan banjir lumpur di Cameron Highlands yang setakat ini mengorbankan tiga nyawa dan menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan.
Mendedahkan lebih lanjut tentang amalan rasuah tersebut, sumber mendakwa, aktiviti tolak tanah atau penerokaan tanah haram itu tidak akan dapat ditangani selagi pegawai pejabat berkenaan menerima rasuah dan membiarkan sindiket atau kontraktor menjalankan penerokaan untuk membangunkan kebun sayur secara haram.
Tambah mengejutkan, dakwa sumber itu, aktiviti haram tersebut turut dilakukan oleh warga asing dan melibatkan seorang kontraktor yang menerima jolokan ‘penjenayah alam sekitar’ di Cameron Highlands.
“Kontraktor itu mengangkut tanah haram dan menjualnya kepada warga asing untuk dijadikan kebun, setakat ini dia didakwa mengaut keuntungan sekitar RM16 juta melalui perbuatan tersebut,” dakwanya.
Dalam pada itu, sumber turut mempersoalkan sikap pejabat tanah yang tidak mengambil sebarang tindakan seperti merampas kebun sayur dan bunga yang dibuka secara haram serta diusahakan oleh warga asing.
“Di Kuala Terla contohnya, dua tahun lalu hanya 10 kebun sahaja diusahakan oleh warga asing tetapi kini sudah hampir 80 kebun sayur dan sebahagian besar diteroka secara haram,” dakwanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.D7erBFtm.dpuf

Quote Anak_Nogori 9-11-2014 08:44 AM
'Kabel besar' punca penerokaan tanah berleluasa?
09 November 2014 2:38 AM
  1  0 Google +0
CAMERON HIGHLANDS 8 Nov. – ‘Kabel besar’ atau hubungan rapat dengan pemimpin politik didakwa menjadi punca individu yang bergelar ‘tauke’ begitu berani dan rakus meneroka tanah secara haram di daerah ini.
Malah, kabel besar ini dikatakan memeningkan kepala anggota penguat kuasa terma-suk daripada Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengambil tindakan kerana penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas arahan pihak atasan.
Dakwaan itu dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan sambil menyifatkan, selagi masalah kabel besar itu wujud, selagi itulah tanah tinggi di sini akan terus gondol.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kewujudan ‘kabel besar’ itu, beliau secara terus terang tidak takut untuk menyatakan apa yang berlaku di Cameron Highlands adalah disebabkan oleh penyelewengan.
Sebagai orang tempatan, katanya, beliau mengetahui perkara yang berlaku termasuk pihak yang terlibat, baik penerokaan tanah secara individu mahupun yang dilakukan oleh tauke besar.
Dakwa beliau, terdapat tauke yang sedang berdepan dengan kes di mahkamah, namun tetap meneruskan operasi mereka seperti biasa dengan meneroka tanah secara haram.
“Macam mana seorang yang kesnya sedang dibicarakan di mahkamah kerana pe-nerokaan haram boleh menjemput orang kenamaan untuk merasmikan kebun sayur yang juga diusahakan di atas tanah haram?.
“Dalam keadaan ini (kehadiran orang kenamaan), sudah tentu orang bawahan se-perti di Pejabat Daerah dan Tanah di sini tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tragedi banjir kilat dan tanah runtuh pada malam Rabu lalu yang mengorbankan lima nyawa di da-erah ini.
Tambah Ramakrishnan, keadaan di tanah tinggi itu persis ‘pekan koboi’ iaitu sesiapa yang memiliki kuasa boleh berbuat apa sahaja untuk meneroka tanah sesuka hati.
Kata beliau, sebagai contoh, terdapat kes apabila jentera yang digunakan untuk membersihkan hutan dirampas, namun akhirnya, dikembalikan semula kepada pemiliknya dalam masa dua atau tiga hari.
“Perkara ini menimbulkan kesangsian terhadap semua orang, seolah-olah mereka yang melakukan jenayah alam sekitar ini dilindungi selain kebal daripada tindakan undang-undang,” katanya.
Lebih membimbangkan, kata beliau, warga asing yang pada asalnya bekerja sebagai buruh ladang, turut melakukan penerokaan haram dengan menanam sayur.
Menurutnya, buruh asing itu bia-sanya menyewa tanah daripada pemilik lesen pendudukan sementara (TOL) untuk mengusahakan kebun sayur.
“Jika dahulu pendatang ini menjadi buruh, sekarang mereka sudah bergelar 'tauke' akibat penerokaan tanah yang tidak terkawal,” kata-ny
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.GJwjHdkk.dpuf
Quote batmana 9-11-2014 08:46 AM
kalau kt jepun, ketua jabatan berkaitan sudah letak jawatan dah..

tapi kt malaysia, masing2 senyap goyang telur..

dasar makn gaji bute..
Quote scorpionkiki 9-11-2014 08:54 AM
Adnan yaakob days are numbered....kalau utusan sendiri dah attacked dia
Quote Anak_Nogori 9-11-2014 09:13 AM
scorpionkiki posted on 9-11-2014 08:54 AM
Adnan yaakob days are numbered....kalau utusan sendiri dah attacked dia

hari tu dia angin pasal lambakan PATI disana..
Quote chinta89 9-11-2014 09:17 AM
entah2 jerung tlepas jugak lps ni.. yg jd mangsa, kambing hitam..
Quote boyagombak 9-11-2014 09:19 AM
Camero Highland runtuh tanda parti oerompak akn turut runtuh. Jgk PM dari negara Cameron darul runtuh highland bkl runtuh
Quote boyagombak 9-11-2014 09:22 AM
Anak_Nogori posted on 9-11-2014 09:13 AM
hari tu dia angin pasal lambakan PATI disana..

Kalau kt Selangor, kalau camni punya kes, tiap2 kali waktu berita akn dialunkan sampai jemu rakyat nk dengar. Negeri amengok, senyak sunyi. Ujung2, dtg banjir lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailh Cameron trus runtuh
Quote v(T.T)v 9-11-2014 09:40 AM
Ikut liputan China Press ada orang "menggunakan" nama orang kuat politik dan kerabat kerajaan, utk menjalankan kegiatan haram. Lucunya, tak berani kata mereka terlibat langsung.

Adakah perbuatan merosakkan kaw. perlancongan terkemuka mesia ini, dikira sbg mengkhianat?

Pegawai2 yg makan rasuah , ada muka lagi nak kata kaum pendatang tak patriotik?

5 Nyawa terkorban tu , dibunuh secara tidak langsung oleh pengkhianat2 tersebut




Last edited by v(T.T)v on 9-11-2014 09:43 AM

Quote nolya 9-11-2014 09:43 AM

kura2 dlm perahu, semut merayap merata2
pura2 tidak tahu, air mata buaya berdukacita
Quote missus_meow 9-11-2014 09:53 AM
Sprm pdrm dan segala agensi ber rm rm ni berani ke siasat ngan telus ... tok nan's hands r tied ... dia pon tau nk jd mb lelama what he shd do ....
Quote cmf_herrhughie 9-11-2014 09:54 AM
Siapa yg jadi DUN di Cameron? Simple question saja.
Quote Anak_Nogori 9-11-2014 10:03 AM
missus_meow posted on 9-11-2014 09:53 AM
Sprm pdrm dan segala agensi ber rm rm ni berani ke siasat ngan telus ... tok nan's hands r tied ...  ...

byk kes dah kena ngan SPRM ni...terbaharu KASTAM berbelas2 yg kena..SPRM menyamar selama satu setengah tahun diKastam..hang jangan takajut SPRM dah pun mula masukkan pegawainya di Pejabat2 Tanah pula..

tunggu masa dan ketikanya saja..

Utusan kalau dah campur...mesti dah dapat greenlight dari pihak atasan..
Quote sidewinder 9-11-2014 10:05 AM
cmf_herrhughie posted on 9-11-2014 09:54 AM
Siapa yg jadi DUN di Cameron? Simple question saja.

YB. Encik Leong Ngah Ngah....dr DAP

Quote cmf_herrhughie 9-11-2014 10:09 AM
sidewinder posted on 9-11-2014 10:05 AM
YB. Encik Leong Ngah Ngah....dr DAP

Sack him too. Habis cerita
Quote missus_meow 9-11-2014 10:09 AM
Anak_Nogori posted on 9-11-2014 10:03 AM
byk kes dah kena ngan SPRM ni...terbaharu KASTAM berbelas2 yg kena..SPRM menyamar selama satu sete ...

Yg dis one .... i dont think so. Open secret. Tanye org phg.
Quote cmf_herrhughie 9-11-2014 10:15 AM
Enforcement kena denda sesiapa yg buka tanah sewenang2nya, Dan kena start tanam Balik hutan start from now.

Cameron dah habis rosak sekarang.
Quote Anak_Nogori 9-11-2014 10:21 AM
cmf_herrhughie posted on 9-11-2014 10:09 AM
Sack him too. Habis cerita

Whatttt?..Guan Eng mahu sack him ka?..
Quote cmf_herrhughie 9-11-2014 10:22 AM
Anak_Nogori posted on 9-11-2014 10:21 AM
Whatttt?..Guan Eng mahu sack him ka?..

Use ur brain, is guan eng jaga sana. Sack the dun there and also Pahang authority who never do the right job.

and start to do the job now

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.135991 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top