CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pembuli Insaf

12-11-2014 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9559| Komen: 35

Bekas Pembuli Insaf


KUALA KANGSAR - Budaya membuli dalam kalangan pelajar sekolah telah lama berlaku dan kini menjadi viral disebabkan pengaruh teknologi dalam kehidupan masa kini.Dahulu, kejadian buli yang berlaku hanya berlegar dalam kawasan sekolah, namun disebabkan teknologi, insiden buli kini mudah tersebar ke alam maya dan mendapat reaksi pelbagai pihak.

Bekas pembuli, Fendi, 21, berkata, kehidupan sebagai pembuli hanya seronok ketika zaman sekolah dan perasaan bersalah akan menghantui diri pembuli selepas tamat belajar.

Menurutnya, saiz badannya yang agak besar membuatkan pelajar lain takut dan itu menjadi tiket untuk dia membuli pelajar lain, apatah lagi kegiatannya mendapat sokongan daripada rakan.

Menurutnya, pelajar tingkatan dua dan tiga antara yang sering menjadi mangsa kerana bertubuh kecil dan lebih senang dibuli.

“Biasanya saya tidak buli pelajar tingkatan satu kerana kurang mencabar. Saya membuli hanya untuk mendapatkan kepuasan dan ingin mencipta nama di kalangan rakan.

“Bila jadi pembuli, orang akan pandang kita dan kita pun boleh bermegah di sekolah. Masa itu, semua orang kata kita ‘taiko’ sekolah dan memang bangga pada masa itu,” katanya.

Dunia luar lebih mencabar

Fendi berkata, apabila tamat belajar, segala perasaan megah itu hilang begitu sahaja, terutama apabila mula melihat dunia luar yang lebih mencabar.

“Saya sedar kesilapan dan rasa bersalah, terutama apabila terserempak dengan mereka.

"Masa itu saya cari mereka dan minta maaf, mana yang saya sempat jumpa, saya minta maaf. Bagi yang belum, saya harap mereka dapat memaafkan segala kesalahan saya," katanya.

Menurutnya, pembuli sebenarnya mempunyai masalah dalam diri menyebabkan mereka membuli.

"Berhentilah membuli kerana kita tidak akan dapat sebarang manfaat daripada perbuatan itu,” katanya.

Pengakuan mangsa pembuli

Sementara itu, seorang bekas mangsa buli, Daniel, 25, memberitahu dia masih mengingati wajah dan nama senior yang menamparnya hingga menyebabkan dia cedera di mulut.

Menurutnya, dia ketika itu 13 tahun ditampar seniornya yang berusia 17 tahun di sebuah sekolah dalam Kuala Lumpur.

"Semuanya bermula apabila seorang penghuni dorm sama dengannya memberitahu senior bahawa dompet hilang dan mengesyaki penghuni dorm itu juga mencurinya.

"Semua pelajar dalam dorm dikumpulkan pada waktu malam dan dari situ bermulalah adegan terajang-menerajang.

“Ketika lampu dipadamkan, saya mula rasa tidak sedap hati dan beberapa saat kemudian, saya rasa satu tendangan hinggap di belakang saya dan menyebabkan saya terjatuh.

“Dalam keadaan samar-samar itu, saya dapat melihat seorang senior melakukan flying kick terhadap rakan saya dan menyebabkannya terjatuh. Kemudian, kami dikumpulkan dan semuanya ditanya sama ada mencuri dompet itu atau tidak.

“Bila dia tanya pada saya, saya tidak mengaku dan terus ditampar. Akibatnya, bibir saya pecah dan apabila saya tunduk, saya lihat banyak darah di kaki saya,” katanya.

Tambah Daniel, dia diarahkan untuk berehat seketika kerana mulutnya berdarah, namun apabila darah tidak lagi keluar, dia terpaksa menyertai semula adegan sepak terajang bersama rakannya.

“Disebabkan kecederaan itu, ibu saya melaporkan perkara ini kepada pengurusan sekolah namun malangnya  sekolah seakan mahu melindungi pembuli berkenaan.

“Selepas pelajar lain tahu perkara itu diadukan kepada sekolah, saya dipulaukan. Setiap hari senior akan menghina saya dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan harapan saya akan keluar dari sekolah tersebut.

“Akhirnya, keluarga saya memindahkan saya ke sekolah lain kerana bimbang dengan keselamatan saya apatah lagi terpaksa bersemuka dengan pembuli yang seakan mendapat layanan istimewa pula dari sekolah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Daniel sempat memberitahu dia tidak akan memaafkan pembuli tersebut selagi  tidak datang berjumpa dengannya dan meminta maaf atas kesalahan lampau mereka.

13

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger_attack 12-11-2014 11:54 AM
Again...orgasmic way of spamming the board......

Quote Modngengade 12-11-2014 11:57 AM
stinger_attack posted on 12-11-2014 11:54 AM
Again...orgasmic way of spamming the board......

so , do you wanna do it again?

Quote stinger_attack 12-11-2014 12:02 PM
Modngengade posted on 12-11-2014 11:57 AM
so , do you wanna do it again?

Kalau iya pun nak bukak tred jangan jadi lahanat nakharom.....setakat copypaste je.....budget budget pun kat bawah tuh letak ler satu dua liners...your view or what not with regards to article yang kau copypaste kan?

Ye dak?

Ini purely nasihat serta teguran dari aku....Tapi Kalau lahanat jenis tak boleh terima teguran...then I have nothing more to say....



Quote chinta89 12-11-2014 12:04 PM
apesal sekolah nak lindung sgt pembuli2 ni?


takut jatuh keprofesioanan skola ke? kalau kena kat anak cikgu sendiri, mau meletup skolah agaknya silap hari bulan masuk paper,...
Quote Modngengade 12-11-2014 12:06 PM
stinger_attack posted on 12-11-2014 12:02 PM
Kalau iya pun nak bukak tred jangan jadi lahanat nakharom.....setakat copypaste je.....budget budg ...

ko saper?  moderator?  hahaha....so pathetic...attention seeker

Quote blackred99 12-11-2014 12:07 PM
chinta89 posted on 12-11-2014 12:04 PM
apesal sekolah nak lindung sgt pembuli2 ni?

pada pendapat aku, budak2 jahat ni selalunya akan main sport utk sekolah, so that might be a reason. tapi tak semua la.
Quote chinta89 12-11-2014 12:12 PM
blackred99 posted on 12-11-2014 12:07 PM
pada pendapat aku, budak2 jahat ni selalunya akan main sport utk sekolah, so that might be a reaso ...

hmmm.btl tu. ak tringat kat skola dulu.. reason ni la.. sb diorg main sukan.  or mak pak org berpengaruh. skolah ak dlu skolah elit, jd mesti nak cover nama baik school la..

mcm ko ckp, tak smua yg main sport tu wat pangai tp sebenarnya mereka dilindungi sb ade kepentingan utk skolah. cikgu2 dlm forumer jgn lahar ak plk, sb kes ni mmg ade..
Quote Modngengade 12-11-2014 12:16 PM
@stinger_attack

sila keluar dari tered ini..you are not welcomed here
Quote bellaa 12-11-2014 12:58 PM
Modngengade posted on 12-11-2014 12:06 PM
ko saper?  moderator?  hahaha....so pathetic...attention seeker

itu la pasai. dah la kurang kasih sayang.[size=14.6666669845581px]syok sendiri pulak tuu..momod pon xde halang akak nak bukak thread ci gini.
menyebuk jee
Last edited by bellaa on 12-11-2014 01:15 PM

Quote Modngengade 12-11-2014 01:17 PM
bellaa posted on 12-11-2014 12:58 PM
itu la pasai. dah la kurang kasih sayang.syok sendiri pulak tuu..momod pon xde halang akak nak buk ...

tak per dik..dia dah blah dah...akak dah hincitkan dia dari tered ni...
Quote jazaa 12-11-2014 01:19 PM
chinta89 posted on 12-11-2014 12:04 PM
apesal sekolah nak lindung sgt pembuli2 ni?



Memang punca buli ni dari srkolah lah...

Bila org report...buat tak tau...
Quote bellaa 12-11-2014 01:22 PM
Modngengade posted on 12-11-2014 01:17 PM
tak per dik..dia dah blah dah...akak dah hincitkan dia dari tered ni...

hehehe. akak siram air panas kat dia kot..
mencicit dia lari.



Quote Modngengade 12-11-2014 01:47 PM
bellaa posted on 12-11-2014 01:22 PM
hehehe. akak siram air panas kat dia kot..
mencicit dia lari.

haah...mencicit lari
kesiankan makhluk alien kurang kasih sayang tu


@stinger_attack

Quote mbhcsf 12-11-2014 01:58 PM
Baguslah Fendi dah insaf...
Quote niceghost2005 12-11-2014 02:16 PM
jazaa posted on 12-11-2014 01:19 PM
Memang punca buli ni dari srkolah lah...

Bila org report...buat tak tau...

Ini terjadi pabila Pentadbir Sekolah mula nak jaga NAMA SENDIRI.
WARDEN pung mcm haremmmmmmmm

Cikgu cikgu yg AMANAH, tentu x suka ucapan me.
Quote umi_indah 12-11-2014 02:27 PM
Modngengade posted on 12-11-2014 01:17 PM
tak per dik..dia dah blah dah...akak dah hincitkan dia dari tered ni...

die ni slah sorang mangse buli kot kak kt sekolah dulu..asyik crik pasal je dgn akk..hahaha...
Quote chinta89 12-11-2014 02:32 PM
jazaa posted on 12-11-2014 01:19 PM
Memang punca buli ni dari srkolah lah...

Bila org report...buat tak tau...

zaman tu xde bukti2 mcm nk rakam video skg ni..budak2 yg tgk pun takut nak tampil jadi saksi, kang tak psl2 diorg lak kena aniaya n dipulaukan..

zmn skg jangan la cri psl, bila dah rakam dah sebar,... 10 keturunan pun org ingat..
Quote melia_star 12-11-2014 02:33 PM
aku harap pembuli2 ni semua kene buli jugak bila keluar sekolah, biar dia rasa merananya dibuli....what goes around, comes around kan...rasakan.....
Quote Modngengade 12-11-2014 02:34 PM
umi_indah posted on 12-11-2014 02:27 PM
die ni slah sorang mangse buli kot kak kt sekolah dulu..asyik crik pasal je dgn akk..hahaha...

tula....akak tgk segenap ummah dia kacau...mungkin revenge kot..dulu masa kat sekolah dia ni nerd, so kena buli dgn rakan2....skrg dah dewasa hakak pulak buli dia...boleh?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044833 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top