CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Bongkar Paranormal Kota Singa

14-11-2014 12:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10819| Komen: 22

Bongkar Paranormal Kota Singa

Program dokumentari bercorak realiti, Paranormal Zone musim pertama mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton dengan mencecah rating 3.4 juta ketika bersiaran di ntv7 pada 2012.

Musim kedua program terbitan produksi tempatan, Kechara ini yang membongkar pelbagai kejadian misteri dan paranormal di Thailand turut mendapat sambutan ramai. 

Kini, siri Paranormal Zone yang membongkar pelbagai kejadian misteri di negara Asia diteruskan pula untuk musim ketiga dan bakal bersiaran pada tahun depan.

Menerusi siri Paranormal Zone, penonton juga dapat mencari jawapan apa yang berlaku sebenarnya dalam dunia paranormal seperti fenomena di tempat berhantu, terkena sumpahan dan kad menilik nasib.



LI Kim selaku hos Paranormal Zone.



Peminat siri ini juga berpeluang menonton musim pertama dan kedua siri Paranormal Zone yang bakal bersiaran di saluran Syfy (HyppTV 611) pada 29 September ini.

Program ini menampilkan pengacara berkaliber dari Kuala Lumpur, Phng Li Kim, 43.
Secara peribadi, Li Kim mengakui dia puas kerana program itu mendapat sambutan hangat sejak musim pertama.

“Selaku hos, pasti-nya saya sangat teruja untuk mengacarakan musim baru Paranormal Zone yang bakal bersiaran pada tahun depan.

“Bukan sekadar pengacara kerana saya memang berminat untuk membong-kar dunia mistik dan paranormal sejak dulu.

“Bagi musim terbaru ini, saya dan barisan kru produksi sudah memulakan penggambaran dan setakat ini ia sudah membabitkan 50 peratus.

“Jika musim pertama dulu, kami sudah membongkar pelbagai kejadian misteri dan paranormal di serata Malaysia dan musim kedua pula membabitkan lokasi di sekitar Thailand.

“Lebih menarik, siri Paranormal Zone untuk musim ketiga akan membongkar pelbagai kejadian misteri dan sukar dijelaskan membabitkan Singapura,” katanya.

Ditanya harapannya pada program itu, kata Li Kim, dia sangat berharap penonton tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menonton musim pertama dan kedua yang bersiaran di saluran Syfy itu.

Li Kim ditemui pada sidang media program Paranormal Zone di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai program Paranormal Zone, kata Li Kim, ia bukan sekadar membongkar pelbagai kejadian misteri dan paranormal, sebaliknya turut memberi pengetahuan dan maklumat berguna kepada penonton.

“Ramai yang bertanya sama ada saya sendiri pernah mengalami kejadian misteri dan pelik sepanjang mengacarakan program ini. Hakikatnya, saya tidak pernah mengalaminya atau berdepan sebarang gangguan sepanjang penggambaran siri ini.

“Apapun, saya anggap program ini sebagai proses pembelajaran kerana ia memberi maklumat kepada penonton dalam dua aspek iaitu alam mistik dan dunia saintifik.

“Pada masa sama, saya juga banyak belajar daripada sifu iaitu Tsem Rinpoche dalam hal berkaitan kejadian paranormal ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, kata Li Kim, dia turut me-nyelitkan beberapa temu bual dengan pelbagai golongan masyarakat yang berkongsi pengalaman dan kejadian paranormal serta mistik dialami mereka dalam program berkenaan.

“Antaranya, temu bual dengan golongan selebriti seperti Datuk Sheila Majid yang turut berkongsi pengalamannya dalam siri pertama Paranormal Zone sebelum ini.

“Ia turut membabitkan sesi temu bual dengan golongan penyelidik aktiviti paranormal dan mereka yang percaya dengan kejadian alam mistik, sekali gus menjadikan program ini lebih menarik untuk ditonton,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koliba 25-9-2014 10:47 AM
kawasan mana ? studio jalan ampas ker ?
Quote Dark_Vampire 25-9-2014 12:21 PM
koliba posted on 25-9-2014 10:47 AM
kawasan mana ? studio jalan ampas ker ?

ade g ke studio tu
Quote hafieza 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas bekas perkuburan..

tp mnde tu lama2 ilang..awal2 je kene kaco..

Quote MeeSai 25-9-2014 02:17 PM
hafieza posted on 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas be ...

ayah kaka pija tinggal di sgpore ke ?  
Quote CrowneGlory 25-9-2014 05:42 PM
Ok la li kim ni sbb berani.. Ada tgk satu episod tu pengarah balik seram panggil dia balik dr tmpt dia ddk dlm hutan... Dh nmpk dah akak Pon kain melayang2 terbang depan dia...dia relaks jah
Quote adidas2010 26-9-2014 01:59 AM
Dulu mcm ada thread citer2 antu singapura..best2 citer situ..
Pnh baca citer pocong kat Tampines ke mana tah...tetiba bilik aku bau pacai kafan mayat..
Quote CiliPadiSedap 26-9-2014 05:02 AM
kt singapore villa nabila seram sampai hilang budak tu
Quote aufa 27-9-2014 11:53 PM
hafieza posted on 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas be ...

Ganggu tempat tinggal dia, sure dia akan marah
Quote mizzmimi 28-9-2014 07:42 AM
dulu siap ada buku bersiri.. true singapore ghost stories..
best ceritanya.. tak ada ke yang nak buat compilation camni
untuk cerita hantu kat malaysia ni.. sure best selling..

Quote afira 28-9-2014 09:33 AM
CiliPadiSedap posted on 26-9-2014 05:02 AM
kt singapore villa nabila seram sampai hilang budak tu

villa nabila kat spore??? apekah??


Quote cloudy_83 28-9-2014 01:03 PM
nape tak collaborate je dengan team wujud singapore
Quote ch3ngkoy 29-9-2014 05:10 PM
teringat cerita hantu s'pore, the ghost must be crazy..heehe
Quote Shahreen74 2-10-2014 10:18 AM
ada org singapore atau sedara mara dul kt sana leh kongsi cerita...

Saya ada pakcik & sedara mara yg duk sana.. tp x terpikir lak nak tanya pasal hantu2 kt sana...
Quote cokelatrawkz 3-10-2014 12:42 AM
suka dgr kt youtube Misteri Jam 12 yg radio singapore tu...
dgr kat ofis lak tu.. pedulik hapa dengan boss hahaaha..
Quote Darsitadara25 27-10-2014 03:02 PM
ada jugak tempat keras kat spore ek ?
Quote skgerl 27-10-2014 04:50 PM
hafieza posted on 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas be ...

HDB dah lancarkan projek buat flat atas tapak perkuburan Bidadari. Sape2 in the know lah yg tau dalam banyak2 kubur, Bidadari ni lah yg paling anker.

Tak taulah projek ni successful atau tak. Memang semua jenazah dah dipindahkan laa..now flat land je mcm tanah lapang. Ada berani ke nak tinggal situ.
Quote hafieza 27-10-2014 05:18 PM
skgerl posted on 27-10-2014 04:50 PM
HDB dah lancarkan projek buat flat atas tapak perkuburan Bidadari. Sape2 in the know lah yg tau da ...

bukn da lama ke diorg pindh kn kubur Bidadari tu ...sbb moyang i and other relatives pon ade kubur kt situ dah di pindh kn..
time tu i still study kt U lg kalo x silap,diorg pnggil waris keluarga dtg utk pengecaman bagai...

mmg terkenal la kubur Bidadari tu..
Quote skgerl 27-10-2014 07:37 PM
hafieza posted on 27-10-2014 05:18 PM
bukn da lama ke diorg pindh kn kubur Bidadari tu ...sbb moyang i and other relatives pon ade kub ...

Memang dah lama diorang pindahkan kubur tu.. cuma part buat flat kat sana macam they taking own sweet time. Tak silap projek ni late last yr or early this yr...

I'm sure ada sambutan gak (I'm guessing among foreigners) tapi among my peers, most stayed away la.. Mana taknya zaman kubur ni masih wujud memang macam2 cerita..antaranya kubur ada suara orang menyanyi...
Lebih ramai yg apply flat Punggol Matilda(yang ada Matilda house tu). Ada kata berhantu tapi pada I takde apa2 coz its just a dilapidated house. My uncle tinggal depan sana where his bedroom mengadap Matilda house tu, aman je..
Quote hafieza 28-10-2014 08:40 AM
skgerl posted on 27-10-2014 07:37 PM
Memang dah lama diorang pindahkan kubur tu.. cuma part buat flat kat sana macam they taking own sw ...

dilapidated house? bkn slalu umah cmtu mmg angker ke...tpt tinggal diorg slalu tu...

mnde2 ghaib ni mmg wujud pon..kt mane2 pon ade..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.117549 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top