CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Riezman Jawab Tuduhan Berbalah Dengan Afiq Muiz

14-11-2014 05:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13623| Komen: 36

Riezman Jawab Tuduhan Berbalah Dengan Afiq Muiz

Riezman Khuzaimi



PETALING JAYA: Pelakon Riezman Khuzaimi menjelaskan tuduhan kononnya dia bertikam lidah dengan aktor muda, Afiq Muiz di hadapan orang ramai dalam sembuah seminar baru-baru ini adalah fitnah.

Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 44, berkata, dia terkejut selepas mendapat tahu gosip tersebut memandangkan dia dan Afiq tidak pernah berbalah seperti yang didakwa.

"Saya tak perlu komen tentang perkara ini kerana dakwaan tersebut langsung tidak benar. Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan keakraban kami sehingga timbulnya isu saya dan Afiq bergaduh. Bagi saya, itu fitnah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan perselisihan antara Riezman dan Afiq ketika mereka sama-sama terbabit dalam sebuah seminar perniagaan.

Afiq dikatakan tidak dapat menerima teguran Riezman kerana dia hadir berseluar pendek ke seminar tersebut. Situasi itu membuatkan Afiq terasa hati dan bengang memandangkan artis-artis lain yang hadir turut bersetuju dengan pandangan Riezman.



























Sementara itu, Riezman yang merupakan Timbalan Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni mengakui Afiq pernah memakai seluar pendek ke seminar anjurannya dan ditegur secara gurauan oleh salah seorang artis yang terlibat.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi isu memandangkan ketika itu Afiq baru saja pulang daripada penggambaran drama.

"Memang benar ada yang menegur Afiq tentang pemakaiannya yang tidak sesuai ketika menghadiri seminar tersebut tetapi ia berbentuk gurauan dan saya langsung tidak terlibat dengan perbualan itu.

"Pelik ya, macam manalah cerita palsu sebegini boleh timbul sedangkan saya dan Afiq akrab," ujarnya.

Dalam pada itu, Afiq atau nama sebenarnya Afiq Muiz Azman Shah, 21, yang dihubungi mStar Online turut terkejut dengan gosip berkenaan dan menyifatkan ia adalah tuduhan palsu.

"Saya dan Riezman seperti adik-beradik, tak mungkin kami bergaduh hanya untuk perkara yang kecil. Bagi saya apa yang dilaporkan itu hanyalah sebuah gosip murahan semata-mata," tuturnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 11-11-2014 12:49 AM
pegi seminar pakai seluar pendek?
Quote beta_carotene 11-11-2014 12:55 AM
macam adik beradik? ko dah boleh jadi pangkat ayah dengan budak tu hurkeh !!
Quote j3m4h 11-11-2014 01:04 AM
Reporter kak nam je yg ske twist citer..saman. Je la reput tu riezman kalo citer tu fitnah..kasi ajo reput caprut mcm tu..patot reput gi tny kt riezman@afiQ dulu..ni trus publish kt akhbar..
Quote putehkundor 11-11-2014 05:40 AM
beta_carotene posted on 11-11-2014 12:55 AM
macam adik beradik? ko dah boleh jadi pangkat ayah dengan budak tu hurkeh !!

Term anak beranak lebih sesuai

Kechewa mak teh dgn riezman ini.....Dulu wife dia kartina kata riezman ni sangat sopan, sering tersenyum dan tak pernah meninggi suara kat family mahupun sahabat handai.
Quote makneng 11-11-2014 06:46 AM
Erm...gusip murahan sgt. Reputz sendu mana yg up gusip ni?
Quote chinta89 11-11-2014 08:14 AM
beta_carotene posted on 11-11-2014 12:55 AM
macam adik beradik? ko dah boleh jadi pangkat ayah dengan budak tu hurkeh !!

baru nk komen sedemikian rupa..
Quote hantu_poyos 11-11-2014 08:23 AM
Afiq ni makin gemok
Quote cicicumel 11-11-2014 08:28 AM
21 baru?rasa 2 tahun lepas pon 21..
Quote menjad 11-11-2014 09:44 AM
afiq muiz nmpk mcm dah 30an
Quote tomet05 11-11-2014 01:47 PM
kahkahkah kelakar tul lah
Quote 4cupcakes 11-11-2014 03:56 PM
cukup2 la ngan gosip ni afiq muiz.. blakon tak ke mana pon
Quote mizzmimi 11-11-2014 04:07 PM
owh. sendu betul gosip ini..
Quote mitnick 11-11-2014 04:43 PM
hmm.. ape2 jelahh
Quote miss_baby 11-11-2014 04:47 PM
dah gemuk pulak budak nih..
dlm drama apa ntah dgn anzalna tuh..encem jer jadi mekanik
Quote cruisekeanu 11-11-2014 05:12 PM
adik-beradik tu boleh disalahertikan sebagai pasangan "gayah"
Quote sepitsiput 11-11-2014 05:40 PM
dah pangkat pakcik2 hurkeh...xde makna nak beradik abang dgn si tanggang ni.


afiq ni meols ramal lagi 10 tahun bakal gemok mcm zed zeldom voleyyyy?
Quote beatgirlX 11-11-2014 05:42 PM
saja je nak lagakan org...
tak baik tau...
Quote liyamariska 11-11-2014 06:25 PM
deduanya model turn actor...
Quote Changa 11-11-2014 06:51 PM
akak syak ini mesti gurauan yg WPH salah anggap.

ada orang yg jenis gurau kasar,namun bukan bermaksud ianya adalah sesuatu yg serius.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.247137 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top