CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

[Kemaskini] Arwah Mangsa Lemas Bukan Kerana Ditikam

17-11-2014 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13675| Komen: 96

[Kemaskini] Arwah Mangsa Lemas Bukan Kerana Ditikam

Wajah mangsa


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan kematian seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Tasik, Setapak di sini, malam Khamis lalu adalah disebabkan lemas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, hasil bedah siasat menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki ketika sedang duduk berbual bersama lima lagi rakannya yang lain.

“Hasil bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas, namun terdapat kesan kecederaan di belakang kepala mangsa. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati berlaku pergelutan di antara mangsa dan kumpulan penyerang sebelum mangsa terjatuh ke dalam lombong di lokasi kejadian.


Menurutnya, sehingga kini tujuh suspek berusia 15 hingga 18 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan dan polis masih memburu beberapa lagi suspek dipercayai terbabit dengan insiden berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Khairul Fadzmi Shahrulnizam bersama lima lagi rakannya dipercayai diserang 20 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan besi, kayu dan topi keledar disyaki cuba menyamun mereka.

Difahamkan, rakan mangsa yang cedera dibelasah memberitahu mangsa dipercayai dirodok dengan pisau sebelum ditolak ke dalam lombong kerana terdengar jeritannya mengerang kesakitan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 14-11-2014 11:30 AM
bangsat punya manusia!!! nak samun tu samun jelah...yang lahanat pegi tikam segala buat ape!!!!
Quote prettyuglybabe 14-11-2014 11:37 AM
kalau dah ramai tu toksah la melawan.. bagi je la melainkan ko ada darah pahlawan padaiyappa yang gerenti menang bertumbuk dengan 100 orang.. nyawa tu lagi berharga dari hp
Quote fcl29 14-11-2014 11:40 AM
20 penyamun... ba.bi la manusia2 tu!
Quote Changa 14-11-2014 11:42 AM
nampak mat rempit abang polis tembak jah smapai mampus sekor2.
Quote iman_aly 14-11-2014 12:20 PM
sudah tidak berhati dan perut...
Quote Esmiria 14-11-2014 12:24 PM
Kejam org skang ni..
Quote shernazz 14-11-2014 12:24 PM
Dia pertahankan harta dia...
Sian.dia
Quote crazecousa 14-11-2014 12:31 PM
celaka gila kes samun macam ni
Quote manehnya 14-11-2014 03:07 PM
jahatnya manusia...

bangsa apa yg buat ni
Quote Mary_jane 15-11-2014 02:50 PM
Patutlah mak pak xbagi anak2 kluar rumah lepas maghrib. Tapi zmn skg ni jenayah xkira masa, hati2 jela kat luar. Mungkin 5 6 org tu rasa ramai, if jadi pape bleh backup sama sendiri, skali diserang 20 org. Mmg xde hati perut, keje nk senang je.
Quote mommymonster82 15-11-2014 03:00 PM
thread da ada...
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote DianKdeja 15-11-2014 03:17 PM
Better thread Ni aman damai berforum .yg lagi satu duk jadi keyboard warrior pasal bangsa. Ni mmg mat rempit punya kerja harus terus Hakum gantung yg pi tikam aruah
Quote mak_wa95 15-11-2014 03:25 PM
Saja seronok nak tunjuk samseng je..kalau 20 orang nak samun hset..berapa sgt dapat..patut dah geng sampai 20 orang p rompak lembu fidot ijat la wei baru berbaloi..
Quote mak_wa95 15-11-2014 03:26 PM
Geram betul dengan samseng2 ni..ptut  tembak dgn m16 atau C4 kan je..
Biar mampus bergelimpangan
Quote mak_wa95 15-11-2014 03:27 PM
Ni kalau tngkap masuk penjara..dok makan tido free dok saja,duit pembayar cukai pula kena tanggung..
Quote GhostWalking 15-11-2014 03:38 PM
Budak2 lagi yang terlibat.elok lah dah tangkap.
Quote NAT_11 15-11-2014 03:53 PM
Yang aku muskil ni, apasal duduk kat taman tengah-ten gah malam....????
Quote GhostWalking 15-11-2014 03:59 PM
NAT_11 posted on 15-11-2014 07:53 AM
Yang aku muskil ni, apasal duduk kat taman tengah-ten gah malam....????

Biasa kot setgh2 geng2 production house depa malam baru 'hidup'.tambah pulak tengah takde job.melepak la tuh.jenis2 kelawo
Quote leezzaliza 15-11-2014 05:46 PM
Thread ni mmg dah ade tp menyampah pulak aku nk baca sbb dok melalut cite pasal melayu cina india. Bodo betul dok bertekak kat dalam forum

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.133736 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top