CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembu Ternakan Didera

17-11-2014 11:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3926| Komen: 15

Lembu Ternakan Didera

Pakar perubatan swasta sedang merawat kecederaan yang dialami lembu peliharaan Vasu di ladang berkenaan.

KAPAR - Seorang penggembala lembu kecewa ada pihak  disyaki secara sengaja mencederakan lembu peliharaannya di Ladang Harpenden, di sini, Ahad lalu.

Tambah menyedihkan apabila kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sudah berulang kali dan kejadian kali ini disifatkan lebih serius.

Mangsa, A Vasu, 56, berkata, 10 ekor lembu peliharaannya mengalami kecederaan akibat ditoreh dengan senjata tajam disyaki sabit pengait kelapa sawit.

Beliau yang menggembala lembu sejak 30 tahun lalu berkata, dia menyedari kejadian itu sekitar jam 2 pagi apabila secara tiba-tiba bunyi bising kedengaran datang dari kandang lembu yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

“Sebaik terdengar bunyi itu, saya segera ke kandang secara diam-diam untuk mengintip.

"Sehari sebelumnya, kejadian yang sama berlaku menyebabkan saya tidak senang duduk.

“Tetapi pada malam itu, saya bertindak untuk mengintip bagi melihat apa yang terjadi sebenarnya di kandang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mendakwa, sebaik menghampiri kandang, dia terkejut melihat kelibat seorang lelaki yang dikenali berusia 30-an sedang menoreh lembunya menggunakan sabit.

“Saya tak berani hendak  menjerit sebab takut diserang lelaki itu. Saya lihat dia seperti sedang mabuk.

“Saya membuat laporan polis di Balai Sungai Kapar Indah dan saya harap agar tindakan lanjut diambil terhadap lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sudah lama dikenalinya yang juga bekas pekerjanya.

“Dia sudah berhenti kerja dua tahun lalu dan saya perhatikan dia kerap mabuk dan pernah bertindak sedemikian.

“Ini bukan kejadian pertama, sebelum ini, dia pernah cederakan kambing peliharaan saya,” dakwanya.

Katanya, pihaknya berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan.

“Saya kerugian lebih RM1,000 untuk kos rawatan ke atas 10 lembu peliharaan saya menerusi agensi swasta.

“Pada saya ini perbuatan khianat tetapi mujurlah haiwan peliharaan saya terselamat,” katanya.

11

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 14-11-2014 12:49 PM
lembu dia berkeliaran merata ke?

i slalu heran nape india hindu ternak lembu? dorang jual ke utk org lain makan?
Quote musangcomel 14-11-2014 12:51 PM
jahanam punya manusia
apa la dosa lembu tu
kejamnya, ngeri aku tgk badan lembu kene toreh
cuba toreh kat badan dia plak bg dia rasa

Quote famri7 14-11-2014 01:00 PM
Itulah sis..saya heran dengn  degree of terroism di kalangan ummah skrang......sambil2 cederakan lembu sambil2 boikot mcd demi keganasan..hipokrit sungguh sis..
Quote ellZack 14-11-2014 01:06 PM
clarizsa posted on 14-11-2014 12:49 PM
lembu dia berkeliaran merata ke?

i slalu heran nape india hindu ternak lembu? dorang jual ke utk  ...

untuk susu kot..

Quote Jagendas 14-11-2014 01:08 PM
tak berperikebinatangan
Quote Mary_jane 14-11-2014 01:18 PM
Bekas pekerja tu xpuas hati dgn u kot, mr vasu. Ni bkn dera sesaja ni kalau smpai dua hari berturut2 dia aim ternakan mr vasu sorang je.
Quote prettyuglybabe 14-11-2014 01:30 PM
ada dendam lama ke?

Quote FanTasyCreaTioN 14-11-2014 01:45 PM
kes dendam ..
tak puashati sebab d berhentikan kerja
pekerja asyik mabuk buat pa ja nak simpan
Quote makneng 14-11-2014 02:04 PM
musangcomel posted on 14-11-2014 12:51 PM
jahanam punya manusia
apa la dosa lembu tu
kejamnya, ngeri aku tgk badan lembu kene toreh

lembu tu berak depan rumah dia agaknya noks...
apa2 pun x dtg pekdah toreh badan lembu nih, darah yg keluar tak boleh dijual
toreh la pokok getah sajork..ada gak hasil
Quote musangcomel 14-11-2014 02:16 PM
makneng posted on 14-11-2014 02:04 PM
lembu tu berak depan rumah dia agaknya noks...
apa2 pun x dtg pekdah toreh badan lembu nih, darah ...

bekas pekerja mr vasu tu mmg sesaja toreh lembu tu noks
dah mabuk2 pi toreh lembu
ni ala2 marahkan nyamuk kelambu dibakar agaknya (boleh ke guna peribahasa ni?)
lembu punya org
geram haku
Quote kentel 14-11-2014 02:20 PM
famri7 posted on 14-11-2014 01:00 PM
Itulah sis..saya heran dengn  degree of terroism di kalangan ummah skrang......sambil2 cederakan lem ...

yindia pon ade terrosis ke sis???
Quote iman_aly 14-11-2014 02:53 PM
kesian lembu x bersalah...
Quote mute 7-2-2017 09:01 AM
kasihan lumbu2.....berani die toreh.....nanti dapat tulah baru tau....harap mr Vasu bertabahlah
Quote nononcrux 7-2-2017 09:47 AM
kesiannye lembu tu kena toreh sakit tau
Quote kaspar0v 7-2-2017 09:51 AM
yg mabuk tu pun india ke? kalau india, berani dia cederakan tohan sndiri

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.045896 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top