CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Bingung Nombor Plat Kereta Sama

18-11-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16845| Komen: 71

Pemilik Bingung Nombor Plat Kereta Sama

TELUK INTAN - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.

Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain.

Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada.
Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan.

16

Bagus
16

Marah
20

Terkejut
27

Sedih
27

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kejoraria 18-11-2014 08:56 AM
nasib tak sama ngan plet kete aku..ntah salah satu tu kete curi...then org tu letak jer no. plet sebarang
Quote ren0_0 18-11-2014 08:58 AM
pandai pulak tu pilih kereta warna sama dan jenis sama
Quote jengkoil 18-11-2014 09:12 AM
Nak buat mcm mana...dah lahir kembar kat opis jpj...

paling xleh blah...moto kapcai LC bleh sama no plet nga CBR
Quote batusembilan 18-11-2014 09:19 AM
ren0_0 posted on 18-11-2014 08:58 AM
pandai pulak tu pilih kereta warna sama dan jenis sama

batch model je berbeza
Quote star_anisse 18-11-2014 09:29 AM
cantik lak parking bersebelahan... hehehe
Quote tinkiwinki 18-11-2014 09:30 AM
pandai pencuri ni
Quote missyqaldina 18-11-2014 09:31 AM
dgr cite keta golf maroon tu dr singapore..tatau la btol ke x...
Quote PEPPERMAN 18-11-2014 09:36 AM
Salah JPJ tak?
Quote Mulan 18-11-2014 09:38 AM
plat kereta lama i pun pernah kena clone... pastu kena saman.

buang karan sungguh nak kena pergi setel clearkan rekod.

m'sia is going to the dogs. seriously.
Quote cef_gango 18-11-2014 09:41 AM
Apabila gambar berbicara..... nampaknya rakyat malayasia mengalami strees yang sangat-sangat. Korup sana sini. rasuah sana sini. Jenayah sana sini.

JPJSIAL.jpg



JPJSIAL1.jpg

Harap semua bawa bertenang
Quote CiliPadiSedap 18-11-2014 09:45 AM
Mulan posted on 18-11-2014 09:38 AM
plat kereta lama i pun pernah kena clone... pastu kena saman.

buang karan sungguh nak kena pergi ...

negara koboi
Quote cef_gango 18-11-2014 10:01 AM
CiliPadiSedap posted on 18-11-2014 09:45 AM
negara koboi

apabila gambar berbicara.... VOL2

JPJSIAL.jpg
Quote cef_gango 18-11-2014 10:03 AM
JPJSIAL1.jpg

honda merah tu baekk sangat tu!
Quote MissMamamia75 18-11-2014 10:09 AM
IC kita pun blh diklon...
inikan lagi plat kereta...
Quote martiena 18-11-2014 10:10 AM
same mcm mak iols kene dodulu
plat kerete kt trg
alih2dpt saman moto kt Sabah ......
Quote WawaRaRa 18-11-2014 10:12 AM
uiiii takutnyer.... x pasal2 kete clone buat onar... kita pemilik asal lak kena...
Quote qronaldo7 18-11-2014 10:14 AM
bahaya betul.. naya orang je ni
Quote annehuda 18-11-2014 10:14 AM
pas arwah abah aku meninggal tetiba sampai surat saman. salah parking kt klcc. bile masa plak abah aku bangkit dr kuburan meronda naik motor kt klcc?
Quote FOTHER-MUCKER 18-11-2014 10:17 AM
Kalau betul mk5 tu R32 mesti keretA tu kereta klon.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.182748 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top