CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Amuk Syak Isteri Ada Skandal

18-11-2014 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5762| Komen: 17

Suami Amuk Syak Isteri Ada Skandal

Gambar hiasan


Chukai: Berang selepas mengesyaki sahabat baik mempunyai hubungan sulit dengan isteri, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila bertindak memukul rakan terbabit menggunakan objek keras dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 22 tahun dikatakan parah sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami kecederaan teruk akibat tindakan suspek terbabit.

Menurut sumber, kejadian jam 8.30 malam itu dipercayai disedari penduduk kampung itu yang kemudian memaklumkan nasib malang menimpa mangsa kepada abangnya yang ketika itu berada di rumahnya di kampung sama. Katanya, terkejut dengan berita itu, abang mangsa yang bekerja sebagai buruh berusia 24 tahun bergegas ke rumah suspek bagi melihat kejadian itu.

Namun, sebaik tiba di rumah suspek, abang mangsa terkejut mendapati adiknya terbaring dalam keadaan separuh sedar dan segera membawa mangsa ke Hospital Kemaman sebelum membuat laporan polis.

“Mangsa yang cedera di bahagian selaput mata dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut pada jam 10 malam,” katanya. Menurutnya, susulan laporan berkenaan, polis ke rumah suspek bagi melakukan tangkapan pada jam 12.10 tengah malam, semalam, tetapi suspek tidak ditemui, dipercayai   melarikan diri.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan bertindak demikian apabila tidak puas hati dengan mangsa yang disyaki ada hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9858#sthash.CwH3V0WB.dpuf


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stilla 18-11-2014 08:22 AM
ramai yg mental
Quote tinkiwinki 18-11-2014 08:42 AM
gila punya orang!
Quote makneng 18-11-2014 08:42 AM
edisi sailang menyailang membawa derita dekkkk
Quote Esmiria 18-11-2014 10:57 AM
Dunia ini gilerr!
Quote namirulmukminin 18-11-2014 11:04 AM
Patutnya bini ko yang sundal tu ko balun sampai mampos... bodow punya jantan..
Quote mawarmatahari 18-11-2014 11:17 AM
kalo dh tk suka cerai talak 800 je..pukul2 ni hanya kepuasan sementara..
Quote hani2103 18-11-2014 11:23 AM
teringin nak jumpa lelaki mithali...wujud lagi ke atau dah pupus ????
Quote capiloton 18-11-2014 11:29 AM
hani2103 posted on 18-11-2014 11:23 AM
teringin nak jumpa lelaki mithali...wujud lagi ke atau dah pupus ????

hampir pupus..
kalau gigih try la carik.. ada 1 dalam 100.. or 1% dari population..

btw, lelaki mithali tu macam mana character dier?

Quote musangcomel 18-11-2014 11:42 AM
makneng posted on 18-11-2014 08:42 AM
edisi sailang menyailang membawa derita dekkkk

tau takpe
pastu pandai plak ko lari ek
lenkali berani buat berani tanggung la
dah belasah org nak lari mencicit plak
tak jantan arr camni
Quote musangcomel 18-11-2014 11:45 AM
namirulmukminin posted on 18-11-2014 11:04 AM
Patutnya bini ko yang sundal tu ko balun sampai mampos... bodow punya jantan..

lelaki pon dah cam pompuan skrg ek
pompuan ni klu laki buat hal dia tak marah laki tp g serang pompuan lain tu
lalaki pon sama, g serang laki lain, bukan nak confront bini
apa pesen pon aku tak tau
Quote makneng 18-11-2014 12:45 PM
musangcomel posted on 18-11-2014 11:45 AM
lelaki pon dah cam pompuan skrg ek
pompuan ni klu laki buat hal dia tak marah laki tp g serang po ...

erm komen uollsss...hahaha makes me remember few people
Quote musangcomel 18-11-2014 12:55 PM
makneng posted on 18-11-2014 12:45 PM
erm komen uollsss...hahaha makes me remember few people

biasa la tu noks
its happen around us gitew
ramai je org sakit jiwa camni
pasangan kantoi curang tp pi serang pihak ketiga tu
bukan nak confront pasangan sndiri, bongok

Quote boyagombak 18-11-2014 12:58 PM
hani2103 posted on 18-11-2014 11:23 AM
teringin nak jumpa lelaki mithali...wujud lagi ke atau dah pupus ????

kat sini ada sorang poremer, nama dia abeykuc @kucimtomei. Dia selalu warwarkan bahawa dia adalah bakal lelaki/ somi mithali
Hogoh kucim hogoh

Quote hani2103 18-11-2014 01:08 PM
capiloton posted on 18-11-2014 11:29 AM
hampir pupus..
kalau gigih try la carik.. ada 1 dalam 100.. or 1% dari population..

yg 1% tu la susah nak jumpa....yg 99% merata2.....
nanti ada pulok yg ckp...." ko tu sendiri pompuan mithali ke?'' hohohoho...
sbb tu la ciri2 mithali tak sama dr sudut pdgn n penilaian diri masing2....adios...
Quote hani2103 18-11-2014 01:12 PM
boyagombak posted on 18-11-2014 12:58 PM
kat sini ada sorang poremer, nama dia abeykuc @kucimtomei. Dia selalu warwarkan bahawa dia adalah  ...

   Hi abeykuc@kucimtomei....good luck to be a mithali man....
Quote makneng 18-11-2014 03:17 PM
musangcomel posted on 18-11-2014 12:55 PM
biasa la tu noks
its happen around us gitew
ramai je org sakit jiwa camni

Ia menunjukkan darjah kebimboan seseorg itu.
Moga kita tidak tergolong dlm golongan ini. Aminnn eh?
Quote FanTasyCreaTioN 18-11-2014 03:25 PM
namirulmukminin posted on 18-11-2014 11:04 AM
Patutnya bini ko yang sundal tu ko balun sampai mampos... bodow punya jantan..

walaupun ayat bang mirul ..
tapi
kita sokong komen abang Mirul

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.080780 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top