Airasia Untung Rm26.466 Juta, Airasia X Rugi Rm224.45 Juta KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai AirAsia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2014 meningkat kepada RM26.466 juta berbanding RM25.111 juta pada suku yang sama tahun lalu. Pendapatan meningkat tiga peratus kepada RM1.316 bilion berbanding RM1.280 bilion yang dicatat setahun lalu, disokong oleh peningkatan 0.5 peratus jumlah penumpang dan penambahan tiga peratus hasil dalam unit penumpang, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Mengenai prospek, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata bagi pasaran Malaysia, ia mencatat pemulihan dalam asas tambang berbanding tahun sebelumnya, yang mencerminkan disiplin harga dalam pasaran. Sementara itu, AirAsia X Bhd pula mencatat kerugian lebih tinggi, RM224.45 juta dalam suku ketiga daripada RM18.94 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Syarikat penerbangan jarak jauh itu bagaimanapun mencatat pendapatan lebih tinggi, RM698.76 juta dalam tempoh dikaji berbanding RM601.49 juta dalam tempoh sama 2013. - BERNAMA
|
bluemenx posted on 20-11-2014 01:44 AM
lawa la
kelana36 posted on 20-11-2014 01:49 AM
Selama ni pun AAX memang kena support by AA..., so nothing new.
so far so good la, tak ada la sam ...
Kittie posted on 19-11-2014 10:05 PM
Nih betul ke?
"AirAsia X Bhd will freeze domestic capacity expansion and cut flights to Austral ...
kelana36 posted on 20-11-2014 02:21 AM
Yup, the frequency to Australia will be reduced, tapi tak banyak la.. sebab nak ke destination bar ...
kelana36 posted on 20-11-2014 02:21 AM
Yup, the frequency to Australia will be reduced, tapi tak banyak la.. sebab nak ke destination bar ...
ADVERTISEMENT