Mak Nyah Mengaku Melacur Gambar hiasan Melaka: Seorang mak nyah didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah melacur di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah, awal bulan ini. Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap VB Vaishnavi, 41, dari Setapak, Kuala Lumpur yang mengaku salah selepas pertuduhan terdapatnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini, kira-kira jam 4.30 petang pada 7 November 2014. Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Norina memerintahkan tertuduh didenda RM1,700 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
|
Cik_Andak posted on 24-11-2014 04:20 PM
rm 1 700.00 je???
spiderman80 posted on 24-11-2014 03:18 PM
Saya tengah membayangkan wajah jelitanya... Adakah VB Vaishnavi tu mirip seseorang?
MissNigga posted on 24-11-2014 04:54 PM
... sampai hatiiii ...
p/s tolong kasi pelempang kat si laba lahabau labahaw
mak_wa95 posted on 24-11-2014 04:53 PM
hari ni anda berteka teki pula..
tapi kali ini saya agak bukan beliau,,sebab beliau mesti putih ...
spiderman80 posted on 24-11-2014 05:10 PM
Hahahahaha...... Saya tergelak sakit perut baca komen sis.
ADVERTISEMENT