CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita diserang ‘penunggu’ almari

30-5-2013 03:52 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7982| Komen: 42


Anggota JPAM Kerian menunjukkan ular tedung yang ditangkap di rumah mangsa


SELINSING - Seorang suri rumah terkejut apabila diserang dan nyaris dipatuk ular tedung yang melingkar di dalam almari di bilik utama rumahnya di Kampung Tebuk Haji Dollah, di sini, ketika mahu menyusun pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa hanya dikenali Rosmah, 30, baru selesai melipat pakaian dan membuka almari baju untuk menyusun pakaian berlipat, namun terkejut setelah dia terpandang objek berwarna kelabu terkeluar sedikit dari almari itu.

Menurutnya, ketika hendak melihat objek itu dengan lebih dekat, tiba-tiba dia terdengar bunyi seakan mendengus dari arah dalam almari itu.

“Pada mulanya, saya sangka ia kayu dan cuba menggerakkannya dengan kayu sebelum mendapati objek itu lembik dan bergerak tetapi senyap. Saya keluar sebentar sebelum masuk semula selepas beberapa minit kerana tak sedap hati.

“Saya terperanjat dan menjerit sekuat hati kerana benda itu rupa-rupanya ular tedung sepanjang kira-kira tiga meter lebih yang cuba bertindak menyerang saya setelah pintu almari dibuka sepenuhnya.

“Mujur saya sempat menutup semula dan segera menjerit memanggil suami yang ketika itu berada di luar untuk mendapat bantuan,” katanya kepada media di sini, kelmarin.

Suami mangsa, Mohd Zaki, 33, berkata, sejurus mendengar jeritan isterinya, dia bergegas masuk ke dalam bilik untuk melihat perkara yang berlaku.

“Selepas dimaklumkan isteri terdapat ular tedung selar menjadi penunggu di dalam almari bilik kami, saya segera menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

“Dengan pantas sekumpulan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian tiba di rumah saya lebih kurang 20 minit kemudian untuk menangkap ular itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi dan Latihan JPAM Kerian, B Sugumaran berkata, sepasukan skuad operasi menangkap ular diketuai Abdul Sani mengambil masa lebih 20 minit untuk menangkap ular berkenaan kerana ia sangat agresif.

“Panjang haiwan berbisa itu lebih tiga meter dan berat lebih kurang tiga kilogram


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Djagur 30-5-2013 11:42 AM
Kalau rumah dah macam tongkang pecah inilah akibatnya.
Quote mbhcsf 30-5-2013 11:55 AM
hmm bagus jugak cerita ni buat iktibar ...agar well...hmm bilik kita sentiasa err kemas. gosh ..scarry .
Quote prettyuglybabe 30-5-2013 12:08 PM
mujur tak terpatuk
Quote redz85 30-5-2013 12:11 PM
teringat kes aku pulak.. almari kosong tapi ada benda yang mengamuk kat dalam dari malam sampai pagi ..
Quote makkenits 30-5-2013 04:09 PM
hmmm... teringat kes sedara di kg dulu... ular sawa masuk dlm kain pelikat dia time dia tgk tv di umah.. kesian dia x sedar coz dia lumpuh dr bhgn pinggang ke bwh.. anak dia yg mjerit tgk ekor ular dlm terkeluar dr kain ayah dia..
Quote ex_klia 30-5-2013 04:14 PM
makkenits posted on 30-5-2013 04:09 PM
hmmm... teringat kes sedara di kg dulu... ular sawa masuk dlm kain pelikat dia time dia tgk tv di um ...

mak aihhh dasat nye
Quote MissNigga 30-5-2013 04:19 PM
makkenits posted on 30-5-2013 04:09 PM
hmmm... teringat kes sedara di kg dulu... ular sawa masuk dlm kain pelikat dia time dia tgk tv di um ...

euw..skerinyaaaaaa.....
tak kan dia tak perasan ular tu menyusup masuk...sebab ular sawa kan besau
ker yang menyusup tu anak ular sawa???
Quote makkenits 30-5-2013 04:22 PM
ex_klia posted on 30-5-2013 04:14 PM
mak aihhh dasat nye

kalo kat kg arwah nenek tu, kes mcm tu bukan pelik sgt pun.. sbbnya kg tu kat bwh bukit, tmpt fave ular... kalo musim hujan je, mmg selalu dgr kes ular masuk umah ni.. x ular sawa, ular tedung.. besar2 lak tu.. tu tak kira kes ular sawa nak tumpang selimut lg... org tua tu heran apsal bantal peluk dia sejuk dan berlendir.. tgk2 terpeluk ular sawa!!! sakit gak le.. yg sorg lagi lak dah siap kena belit.. cuma ekor  ular tu x sempat tutup lubang idung dia dan anak dia sempat kapak ular tu..
Quote makkenits 30-5-2013 04:24 PM
MissNigga posted on 30-5-2013 04:19 PM
euw..skerinyaaaaaa.....
tak kan dia tak perasan ular tu menyusup masuk...sebab ular sawa kan besa ...

ular sawa remaja kot ntah le.. time dgr nenek aku citer pun dah rasa seram sejuk.. tp yg penting ular sawa besar atau kecik ttp scary hokeyyy.. geli aku!!!
Quote bianglala 30-5-2013 04:24 PM
musim panas ular cari tempat sejuk-sejuk, gelap-gelap.

mesti lepas ni trauma nak bukak pintu almari tu..

terbayang-bayang je..
Quote edoraixora 30-5-2013 04:27 PM
gelinye citer pasal ular2 ni
Quote MissNigga 30-5-2013 04:36 PM
makkenits posted on 30-5-2013 04:24 PM
ular sawa remaja kot ntah le.. time dgr nenek aku citer pun dah rasa seram sejuk.. tp yg pent ...

mujur ular sawa yang menyusup.. kalo ulor berbiso... sekali kena patut, euwwww... gelinya nak membayangkan...

Quote wafeenaulia 30-5-2013 04:38 PM
MissNigga posted on 30-5-2013 04:36 PM
mujur ular sawa yang menyusup.. kalo ulor berbiso... sekali kena patut, euwwww... gelinya nak memb ...

Erkkkk tp kt ats tulis ular tedung..
Quote MissNigga 30-5-2013 04:40 PM
wafeenaulia posted on 30-5-2013 04:38 PM
Erkkkk tp kt ats tulis ular tedung..

iols reply porumer punya komen ler kaka.... kisah sedara kat kpg, ulo sawo menyusup dalam kain pelikat...
Quote lavacall 30-5-2013 04:41 PM
MissNigga posted on 30-5-2013 04:19 PM
euw..skerinyaaaaaa.....
tak kan dia tak perasan ular tu menyusup masuk...sebab ular sawa kan besa ...

ular tedung la...

baca biar faham..paham?
Quote MissNigga 30-5-2013 04:45 PM
lavacall posted on 30-5-2013 04:41 PM
ular tedung la...

baca biar faham..paham?

sebelum komen.. baca dulu dari atas ke bawah
jgn nak entam sembrono jer
aku lempang kang... mau patah riuk ..dah ler cekeding jew
Quote PanjangCool 30-5-2013 05:13 PM
MissNigga posted on 30-5-2013 04:45 PM
sebelum komen.. baca dulu dari atas ke bawah
jgn nak entam sembrono jer
aku lempang kang... mau  ...

hahaha
Quote MissNigga 30-5-2013 05:15 PM
PanjangCool posted on 30-5-2013 05:13 PM
hahaha

apa gelak gelak...
nak kena pelempang gak ker
Quote PanjangCool 30-5-2013 05:17 PM
MissNigga posted on 30-5-2013 05:15 PM
apa gelak gelak...
nak kena pelempang gak ker

xdelaa aku baca dari atas dngn muka penuh serius tambah seriau..tiba2 bercakau plak korng yer..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.082024 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top