Jirat Cina Sebelum masuknya bulan puasa yang lepas, aku dan member *** (group paranormal hehe) pergi la touch and go kat satu jirat cina di kuala lumpur. Kiteorang kumpul dalam jam berapa tah dah tak ingat. Tapi dah awal pagi lah. Kiteorang naik 2 buah kereta. Masuklah kat kawasan jirat cina tu. Jalan kiri kanan gelap dan ada jirat cina. Aku jakun sikit sebab sebelum ni tak pernah pergi ronda kat jirat cina macam tu. Jalan pun sempit, sebuah kereta je boleh lalu. Difahamkan jalan situ memang jalan shortcut dari mana dan ke mana aku tak tau. Tapi gelap sangat takde la banyak kereta kan.
Masa memula tu, kiteorang terus drive laju je kedepan. Dan berhenti. Amik la gambar-gambar dan video sikit. Pastu tetiba ada bunyi anjing dari atas jirat. fuhh kusss semangat. Dia menyalak kat kiteorang. Hahaha. Dah amik-amik gambar tu, kiteorang tertengok salah satu gambar pokok memang obviously ada macam rupa pocong. Memang dup dap jugak time tu. Hahaha. Tapi bila tengok lagi dan lagi dan tengok lagi pokok tu dekat-dekat, memang batang pokok tu menyerupai pocong dalam keadaan gelap macam tu. Huhuhuu.. Buat suspen je.
Lepastu, abg E tanya aku nak pi belah mana lagi seram? Aku cakap jum kita patah balik naik kat atas sana tadi. Kiteorang patah balik pergi ke bahagian tengah-tengah jalan jirat cina tu. Sebab aku rasa situ lagi spooky kot. And ada satu pokok besar ni memang macam semacam. so kiteorang park kereta situ dan ambik ambik gambar dan video lagi. Pastu tengah sibuk amik gambar bagai, tetiba aku nampak ada kaki orang berlari kat atas jirat cina tu. Gelap tapi aku nampak ada orang berlari. Aku terus bagitau Sham dengan Abg E. Ada orang kat atas jirat berlari. Abg E cakap, orang kot. Pastu aku terfikir kot ada orang nak takutkan kiteorang atau ada orang lalu kawasan tu or Mat Pit kot. Pastu biar je lah. Dalam syok2 nak amik video tu, member2 yang lain nak pergi naik ke atas jirat tu nak buat video sikit. Tapi tengah dorang sibuk berbincang, aku pulak snap sana sini kat pokok-pokok besar tu. Tapi telinga aku dengar sesuatu. Macam pokok bergoyang. I mean digoyangkan dengan sangat kuat. (Cuba bayangkan korang berdiri di atas dahan pokok, pastu korang menggoyang2kan dahan tu sambil berayun.) Macam tu lah bunyi yang aku dengar. Kiteorang sume dengar. Selang 30 saat (masa yang agak lama) pokok tu bergoyang dengan agak kuat dan di depan mata (kiteorang boleh nampak pokok tu digoyangkan) tiba-tiba dahan pokok yang bergoyang tadi jatuh. Bedebukkk! ke atas tanah. Tak logik tak logik. Sebab dahan yang jatuh bukan dahan yang kecik cenonet. Tapi dahan besar. Memang dahan besar! Aku terus melompat masuk dalam kereta. HAhahaha. Nampak sangat penakut. Hahahaaah. Kiteorang terus terdiam Huuhuhuuu.. Sebab terkejut. Tapi still terus snap gambar lagi. Dah semua koleksi wartawan berkumpul memang macam tu la jadinya. Hahahaa.. Cerita full dia tengok dalam cerita group TOC. Ni aku cerita dari pandangan dan perasaan aku. Cerita penuh pengalaman member TOC dalam laman web nya sendiri ok. Sekian. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=841843
|
ADVERTISEMENT