CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Surau Presint 9b Musnah Terbakar, Al-Quran Tetap Elok

28-11-2014 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8364| Komen: 31

Surau Presint 9b Musnah Terbakar, Al-Quran Tetap Elok


MASJID Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di Putrajaya pernah menerima julukan Masjid Besi, berlainan pula dengan sebuah surau yang terletak di Presint 9B, Putrajaya yang juga dikenali sebagai Surau Kayu. Surau Al Iman di Presint 9B, pula dikenali sebagai Surau Kayu.

Panggilan klasik kepada Surau Al Iman itu berkemungkinan disebabkan hampir 80 peratus binaan surau yang mula digunakan pada 2011 itu adalah berteraskan kayu.

Lebih menarik lagi, dikatakan pembinaan surau tersebut mengambil kira konsep binaan Masjid Kampung Laut di Tumpat, Kelantan yang dibina pada kurun ke-18.

Begitu pun, setelah tiga tahun menyumbang bakti sebagai tempat penyatuan ummah dan penyebaran ilmu, malang tidak berbau, surau yang dibina hasil derma orang ramai itu telah ditimpa musibah dijilat api. Kejadian yang tidak diduga itu mengejutkan penduduk sekitar.


Menurut iman ketiga surau itu. Ir. Mohd. Hazery Md. Shamsi, hampir keseluruhan dewan solat utama surau itu telah terbakar yang dikatakan berpunca daripada litar pintas.

“Kejadian itu berlaku pada 29 Oktober lalu pada pukul 3 pagi dan ia disedari oleh seorang jiran yang tinggal berhampiran surau tersebut.

“Hasil tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, api dapat dikawal daripada memusnahkan seluruh surau terbabit,” katanya ketika ditemui di surau itu, baru-baru ini.

Tragedi kebakaran itu telah menyebabkan pihak jawatankuasa surau terbabit menganggarkan lebih kurang RM3 juta diperlukan bagi tujuan membaik pulih surau yang hampir musnah.

Usaha untuk mendapatkan dana itu telah pun digerakkan dan ia juga turut dibantu oleh MTMZA dan beberapa surau sekitar Putrajaya, seperti menyediakan tabung derma di setiap lokasi masjid bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan.

Perlukan dana

“Memang kita memerlukan dana bagi membina semula apa yang sudah musnah dan sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah melakukannya melalui akaun Surau Al Iman Putrajaya (CIMB Islamic - 8600308550),” kata Mohd. Hazery.

Walaupun ditimpa musibah itu, aktiviti surau, termasuk solat fardu tidak pernah terputus apabila pihak surau telah membina tapak surau sementara yang terletak bersebelahan dengan lokasi kebakaran itu.

“Selain solat fardu, aktiviti lain seperti kuliah agama, bacaan al-Quran dan lain-lain turut berjalan seperti biasa,” katanya.

Walau bagaimanapun, di sebalik musibah itu, terjadi satu kejadian yang cukup luar biasa iaitu kitab al-Quran yang dibaca oleh iman pada setiap kali solat fardu, langsung tidak terkena jilatan api kebakaran.

Lebih menakjubkan, apa sahaja yang berdekatan dengan kitab suci itu, hangus terbakar termasuk rak besi tempat kitab suci itu berada.

Mohd. Hazery yang menjadi individu pertama menemui kitab suci, mengakui apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang cukup bermakna buatnya, apa lagi ini adalah satu kejadian yang cukup luar biasa dan penuh pengajaran bagi mereka yang berfikir.

Walaupun kisah-kisah keajaiban dan mukjizat al-Quran itu terlalu banyak diketengahkan sama ada menerusi media massa atau penceritaan dari mulut ke mulut, namun tegas Mohd. Hazery, peluang menyaksikannya secara langsung telah menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan seumur hidupnya.

“Saya menemui kitab suci itu ketika anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

“Memang saya kenal kitab al-Quran itu dan apabila saya membukanya, alangkah terkejut, lembaran surah itu masih dalam keadaan baik sekali,” katanya.

Katanya lagi, hanya bahagian tepi kitab suci itu yang terbakar, manakala bahagian lain, termasuk lembaran surah langsung tidak terjejas.

“Walaupun setelah lebih dua minggu kejadian itu, lembaran surah itu masih dalam keadaan basah walaupun saya simpannya di tempat yang kering,” katanya.

3

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 27-11-2014 09:59 AM
gambar ada?
Quote ResellerMaxis 27-11-2014 10:23 AM
Walau bagaimanapun, di sebalik musibah itu, terjadi satu kejadian yang cukup luar biasa iaitu kitab al-Quran yang dibaca oleh iman pada setiap kali solat fardu, langsung tidak terkena jilatan api kebakaran.


iman pun dah pandai baca quran..sungguh kagum aku dengan kekuasaan tuhan selepas baca berita ni..
Quote pittjie 27-11-2014 10:25 AM
lepas ni nak buat kutipan derma tuk bina surau baru tak? kalau ada .. mohon diwar-warkan.
Quote kucen_miang 27-11-2014 10:27 AM
dah dekat sebulan terbakar baru kluar cerita ?
Quote Badut.Sarkas 27-11-2014 10:36 AM
Isele telah menang!
Quote JohnDeSouza 27-11-2014 10:44 AM
alhamdulillahhh syukurlah x terbakar
Quote edoraixora 27-11-2014 10:45 AM
pittjie posted on 27-11-2014 10:25 AM
lepas ni nak buat kutipan derma tuk bina surau baru tak? kalau ada .. mohon diwar-warkan.

kan dah dibagitau dlm artikel tu
no akaun pun dah bagi sekali

Quote pittjie 27-11-2014 10:49 AM
edoraixora posted on 27-11-2014 10:45 AM
kan dah dibagitau dlm artikel tu
no akaun pun dah bagi sekali

ya ampun. tak baca kesemuanya tadi. . thank you cik edora.

Quote famri7 27-11-2014 10:52 AM
Tahniah isele menang besar kali ini..
Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2014 10:55 AM
ResellerMaxis posted on 27-11-2014 10:23 AM
iman pun dah pandai baca quran..sungguh kagum aku dengan kekuasaan tuhan selepas baca berita ni. ...

Mungkin iman tu nama dia kot? Hehehehehe
Quote ResellerMaxis 27-11-2014 11:02 AM
FOTHER-MUCKER posted on 27-11-2014 10:55 AM
Mungkin iman tu nama dia kot? Hehehehehe

lupa besarkan huruf I yer..
Quote PerKasa 27-11-2014 11:19 AM
dulu aku ada gi surau ni memang cantki

masa tu melawat jenazah Dr student yg xcdent kat Moscow

aku ingat ada sorang Bilal nama dia Khalil atau Khalid

dia cakap seminggulah tunggu jenazah tu

siang malam dia kat surau tu kerana ditugaskan

menerima jenazah tu.

dia kata dialah orang pertama yg tau pasal xcident tu

sbb bapa arwah yg jumpa dia minta nasihat apa yg perlu dilakukan.

aku rasa ada gambar surau tu nanti aku cari jap ya.



Quote PerKasa 27-11-2014 11:23 AM
PerKasa posted on 27-11-2014 11:19 AM
dulu aku ada gi surau ni memang cantki

masa tu melawat jenazah Dr student yg xcdent kat Moscow




Quote mak_wa95 27-11-2014 11:27 AM
tanda2 kekuasaan Allah..

Quote nikaido 27-11-2014 11:28 AM
Dulu sebelum surau dlm sekolah agama tu buka, aku mmg semayang kat sini. X sangka dah terbakar. (nak g masjid putra jgn haraple,parking takde)
Quote PerKasa 27-11-2014 11:32 AM
ResellerMaxis posted on 27-11-2014 10:23 AM
iman pun dah pandai baca quran..sungguh kagum aku dengan kekuasaan tuhan selepas baca berita ni. ...

salah taip kot
imam bukan iman
yg nama surau tu AL Iman ok

aku rasa si IR H,,tu goreng sikit kot

korang taukan kertas jika kena api pasti terbakar

banyak kali aku tengok orang bakar Quran lama

semua terbakar dan hangus.


melayu jika tak buat cerita tak masuk sokabarkan
Quote iniaroonz 27-11-2014 11:41 AM
dekat umah aku ni....
Quote R2D2 27-11-2014 11:49 AM
iniaroonz posted on 27-11-2014 11:41 AM
dekat umah aku ni....

so sekarang apa status surau tu?

Quote iniaroonz 27-11-2014 11:51 AM
R2D2 posted on 27-11-2014 11:49 AM
so sekarang apa status surau tu?

nanti aku gi tgk...dah lama aku tak lalu sana...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.114556 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top