CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Mayat Terapung Di Sungai Tok Sardon Bukit Mertajam

28-11-2014 03:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5388| Komen: 18

Dua Mayat Terapung Di Sungai Tok Sardon Bukit Mertajam

Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di Sungai Tok Sardon, Kubang Semang di sini, hari ini.


Mayat terbabit ditemui pada 5 petang tadi oleh penduduk kampung yang menghubungi polis.

Menurut sumber, setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa.

"Anggota forensik masih berada di lokasi kejadian dan kita turut memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mayat dalam sungai terbabit," katanya.






Mayat dua lelaki ditemui terapung

BUKIT MERTAJAM - Mayat dua lelaki dipercayai warga  asing ditemui terapung dalam Sungai Kulim, di Kampung Tun Sardon di sini, hari  ini.

Polis menerima panggilan pada kira-kira 5 petang oleh seorang penduduk kampung yang memaklumkan pihak berkuasa mengenai mayat berkenaan.
           
"Lelaki itu melalui kawasan sungai berkenaan dan ternampak satu bungkusan kain berwarna biru terapung di permukaan sungai. Beliau melihat lebih dekat sebelum ternampak ia (bungkusan) menyerupai bentuk  manusia.
           
"Pemeriksaan polis mendapati dalam bungkusan itu ada mayat seorang lelaki. Bagaimanapun, tiada sebarang identiti ditemui bersamanya," kata jurucakap polis di sini, hari ini.
           
Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, polis mendapat maklumat daripada orang awam bahawa mayat seorang lelaki lagi ditemui kira-kira empat kilometer daripada mayat pertama di sungai sama.

Mayat itu ditemui dalam keadaan bogel dan terapung.
           
"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada kedua-dua mayat berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
           
Jurucakap polis itu berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk  dibedah siasat.-Bernama


9

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 27-11-2014 10:49 PM
Ummah dan keganasan bagai isi dgn kuku sis.

Tp ofc mereka salahkan nasoro dan zionis.
Quote clarizsa 27-11-2014 10:54 PM
erk...  seramnya... asyik jupe mayat di penang...
Quote mak_wa95 27-11-2014 10:58 PM
warga asing saja...

datang tempat orang,buat hal..

Quote manehnya 28-11-2014 10:51 AM
menyusahkah polis..

byk sgt warga asing kt bm tu, myanmar, vietnam, indon bangla semua ada.. terlalu byk!
Quote asyriqa 28-11-2014 11:04 AM
menyusahkan betul la dorang nih... nak mati gi ler berambus balik negeri sendiri....
Quote namirulmukminin 28-11-2014 11:27 AM
Kalu mati sebab gado sesama sendiri lantak pi la.. Polis tutup ke sje.. pastu simpan bawah karpet..
Quote Cik_Andak 28-11-2014 11:32 AM
Scaryynye.....
Quote zameyla 28-11-2014 11:40 AM
manehnya posted on 28-11-2014 10:51 AM
menyusahkah polis..

byk sgt warga asing kt bm tu, myanmar, vietnam, indon bangla semua ada.. terl ...

tambah2 kat Summit tu...


Quote miss_qasehs 28-11-2014 11:42 AM
warga asing terlalu banyak skrg ni...
Quote manehnya 28-11-2014 11:48 AM
zameyla posted on 28-11-2014 11:40 AM
tambah2 kat Summit tu...

tak jejak dah aku ke summit tu 8 taon.. pasifik pun sama naik..

x dak ketenteraman hidup, p market pun muka bangla n myanmar joh



Quote slavehunter 28-11-2014 11:53 AM
I realize skrg banyak mayat dan jenayah dari warga asing...mean mereka sesama rakan senegara tak segan silu bunuh membunuh di Malaysia. Eh apa citer mayat macam kokesen yang ada tattoo tu yea? Ada update tak?
Quote melzal 28-11-2014 12:13 PM
Tmpt ni byk kes...
Quote GhostWalking 28-11-2014 12:23 PM
slavehunter posted on 28-11-2014 03:53 AM
I realize skrg banyak mayat dan jenayah dari warga asing...mean mereka sesama rakan senegara tak seg ...

belum ada lagi
Quote pooh~key 28-11-2014 12:35 PM
Sekor je ke mayat yang berbogel atau kedua dua ekornya turut berbogel sama?
Quote cmf_premierleag 28-11-2014 01:27 PM
Mek speku ni mesti kes warga asing gaduh sesama mereka
Quote slavehunter 28-11-2014 09:19 PM
GhostWalking posted on 28-11-2014 12:23 PM
belum ada lagi

Tq...suspen juga menunggu...
Quote mak_wa95 28-11-2014 09:22 PM
ke yang macam kes..mati..kafan..buang tepi jalanraya..
ni pula kafan buang dlm sungai..

Quote jojo67 28-11-2014 09:25 PM
jln ni selalu somi akak guna sbb nak elak bayaq tol.....memang banyak warga asing....boleh nampak depa keluaq ramai2 bila hari cuti....dan kat situ pun ada satu watt siam yg besaq gak kawasannya......

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039071 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top