CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Ingin Kahwin Wajib Hadiri 'Smart Start'

28-11-2014 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10958| Komen: 80

Pasangan Ingin Kahwin Wajib Hadiri 'Smart Start'



KUALA LUMPUR - Kursus 'Smart Start' yang selama ini dihadiri secara sukarela akan diwajibkan bagi semua pasangan dari semua kaum yang ingin berkahwin, sebelum akhir tahun depan.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian kini dalam proses perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan institusi keagamaan lain, bagi mewajibkan kursus ini.

Kursus itu bertujuan mencegah berlakunya perceraian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 'Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014' di sini, hari ini.

"Modul ini telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak Mei 2003 untuk semua kaum bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru berkahwin atau yang akan berkahwin," katanya.

"Kementerian yakin dengan adanya kursus ini masalah rumah tangga dapat dikurangkan," tambahnya.

Rohani berkata, kursus itu memberi fokus kepada pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan, selain memberi sokongan psikososial kepada pasangan bagi menempuh alam perkahwinan dan rumah tangga agar lebih sejahtera.

Beliau juga berkata, rekod polis menunjukkan 3,673 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat 43.6 peratus berbanding 2,558 kes pada tahun lepas.

"Ini menunjukkan meningkatnya tahap kesedaran wanita untuk tampil melaporkan keganasan rumah tangga yang dialami," katanya. 


1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 26-11-2014 12:18 AM
Makin bertambah kos perkahwinan...
Quote lavasalmon 26-11-2014 12:20 AM
mommymonster82 posted on 26-11-2014 12:18 AM
Makin bertambah kos perkahwinan...

Ha ah..baik buat silibus kat sekolah menengah..

Biar cikgu yg ajar start smart kan..?

Tu pun kalau cikgu pun smart gak la..

Quote MengkuduMasam 26-11-2014 12:25 AM
dari ko buat smart start nih...

baik ko sekolah kan parents yg bakal menerima menantu...

terangkan apa itu syariat... apa itu adat...

ramai pasangan muda terbeban sbb nak memenuhi tuntutan adat...

paling cikai kene ade 30k tuk kawen yg biasa2 jer kat KL nih....
Quote mommymonster82 26-11-2014 12:27 AM
lavasalmon posted on 26-11-2014 12:20 AM
Ha ah..baik buat silibus kat sekolah menengah..

Biar cikgu yg ajar start smart kan..?

Kalu org islam kursus perkahwinan dah ada..kt sekolh dlm silibus pendidikn islam pon dah ada..nk buat cmne budak skrg ni subjek pendidikn islam pon boleh failed... Mak bapak pon xsolat...
Quote lavasalmon 26-11-2014 12:29 AM
mommymonster82 posted on 26-11-2014 12:27 AM
Kalu org islam kursus perkahwinan dah ada..kt sekolh dlm silibus pendidikn islam pon dah ada..nk b ...

Tu pasal ramai yg antar anak p sekolah agama sampai SPM..

Nak harap cikgu kat sekolah biasa..ermmmmm ntah la..

Quote mommymonster82 26-11-2014 12:53 AM
lavasalmon posted on 26-11-2014 12:29 AM
Tu pasal ramai yg antar anak p sekolah agama sampai SPM..

Nak harap cikgu kat sekolah biasa..er ...

Melentur buluh biarlah dari rebungnya....

Mak bpak juga yg btanggungjawab bg ank tu jd apa..kata Rasulullah saw.. Bukn cikgu sepenuhnya
Quote otai_g 26-11-2014 01:52 AM
mcm ni baik kawen kat siam. senang, mudah, pantas.

x payah pg mcm2 kursus mak nenek.
Quote mbhcsf 26-11-2014 02:23 AM
smart start - i see, baguslah usaha ini , ada kerjasama JAKIM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ye  - ok , yup. bagus.

Last edited by mbhcsf on 26-11-2014 02:25 AM

Quote ais_kosong 26-11-2014 07:25 AM
bila banyak proses yg nak lalui
masyarkat akan amik jalan mudah..
yg p kursus kahwin pun cerai gak
Quote aechae 26-11-2014 07:59 AM
Smart x smart, nk cerai,cerai jugak....lg2 kawin dlm keterpaksaan or kawin sbb org lain kawin,kita nk kawin jugak pdahal x layak kawin pn
Quote Innrukia 26-11-2014 08:01 AM
Semua mula dr makpak....
Quote yusryimran 26-11-2014 08:06 AM
x perlulah course mcm ni kak ani oiiii
Quote kentel 26-11-2014 08:11 AM
otai_g posted on 26-11-2014 01:52 AM
mcm ni baik kawen kat siam. senang, mudah, pantas.

x payah pg mcm2 kursus mak nenek.

bukan kalo kawin kat siam orang cakap anak tak dapat mykid??
Quote haryatie 26-11-2014 08:11 AM
mcam2 hal pulak..
alaaa kalau da x serasi bersama..cerai2 jugak..
hati manusia ni bila2 jerk boleh berubah..
x kan la nk bertahan sampai ada yg mati terjun bangunan..

Quote Athrun.Zalaa 26-11-2014 08:14 AM
Smart Start for Cerai akan wujud lps ni oleh NGOs...
Quote magnus 26-11-2014 08:18 AM
Start smart....kalau ajar mengurus perbelanjaan lps kawin ok jugak....takkan dah kawin nak tumpang rumah parents lg..itu start menyemak namanya...
Quote xAthenax 26-11-2014 08:30 AM
Manusia tu yang kena sekolahkan dengan ilmu dari kecik
kena instill ilmu agama dan moral values yang mulia dan baik
daripada buat smart smart bagai baik ko test bakal pengantin on
ilmu tanggungjawab dalam rumahtangga
sapa fail, pergi kelas refresher  
Quote akusukaq 26-11-2014 08:47 AM
MengkuduMasam posted on 25-11-2014 04:25 PM
dari ko buat smart start nih...

baik ko sekolah kan parents yg bakal menerima menantu...

Mengapa tak cadangkan mas kawin dlm bentuk surah Al iklas lagi mudah utk golongan lelaki tak mampu tapi nak berbini
Quote tungkai 26-11-2014 08:51 AM
Kenapa nak menyusahkan lagi?? Adakah dgn ada Smart Start ni kes cerai akan merudum?

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.265074 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top