Kadang-kadang silap makan pasti akan mengunang sendawa, perut kembung, sakit bahagian perut, lemah seluruh badan dan rasa sangat letih ...ini lah pengalaman antara mereka yang hadapi angin perut. Puncanya MAKANAN !!!
CUBA ELAKKAN MINUM KOPI , TEA.
MEE , KOEW TEOW & ROTI.
AMALKAN MINUM AIR SUAM ..ELAKKAN BUAT MASA NI AIR MANIS DAN SEJUK.
Angin yang banyak dalam badan, terutamanya di usus besar, pun boleh menyebabkan sakit belakang. Mungkin sakit belakang ini tidak sama dengan sakit belakang disebabkan oleh saraf yang tertekan atau terhimpit di antara tulang-tulang vertebra. Sakit belakang yang disebabkan angin dalam usus akan hilang apabila angin tersebut dikeluarkan.
Di antara petua yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan angin berlebihan
dalam usus ini ialah:
1. Banyak minum air supaya ruang tersebut diganti oleh air bukannya angin.
2. Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di
paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang
rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri,
turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa
semua angin keluar.
3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak terdapat dalam
pasaran bagi mengeluarkan angin dengan cara kentut dan sendawa besar.
Apa Itu Medu Angin / Hernia / Uluran?
1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1:
Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2:
Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1. Makanan/Minuman yang Sejuk
Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2. Makanan/Minuman Masam (berasid)
Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
Daging kerbau.
3. Makanan/Minuman Bergas
a. Durian.
b. Tapai.
c. Air botol/tin bergas.
4. Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b. Rokok.
5. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a. Petai, jering dan kerdas.
b. Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU
Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut. Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong. Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin. Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas. Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah