Bayangkan jika kita melihat seorang nenek berusia 77 tahun, pasti kita akan bayangkan seorang yang bongkok, lemah dan bertongkat. Namun tidak bagi Willie Murphy,77 tahun, tempat kegemarannya sudah semestinya gim. Tidak sama seperti wanita di kebanyakkan usianya, wanita yang layak digelar nenek ini mampu untuk melakukan senaman yang sukar dilakukan lelaki. Sebagai contoh melakukan teknik ‘push-up’ dengan menggunakan jari. Wanita 105 paun ini juga mampu mengangkat bebanan seberat 215 paun, dan baru-baru ini memenangi ‘World Natural Powerlifting Federation 2014’ di Riverdale, Georgia. Willie yang tidak mengambil sebarang steriod melakukan rutin senaman 3 hari seminggu dan berpendapat amatlah penting orang muda melihat dia bersenam
sumber:HuffPostNews
|
ADVERTISEMENT