CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tetiba Stesen Minyak Kehabisan Stok Minyak Ron97

2-12-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14808| Komen: 101

Tetiba Stesen Minyak Kehabisan Stok Minyak Ron97

Perbezaan antara harga RON95 dan RON97 yang semakin menyusut telah menyebabkan permintaan terhadap minyak RO97 meningkat seterusnya mengakibatkan stok berkurangan.

Sinchew Daily melaporkan, Shell mengakui permintaan yang meningkat terhadap RON97 telah menyebabkan kekurangan berlaku di sesetengah stesen minyak di Semenanjung.

``Kami sedang berusaha menambah bekalan ke stesen-stesen minyak berkenaan, keadaan kekurangan dijangka pulih dalam beberapa hari lagi," kata jurucakap syarikat minyak tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Petron pula memberitahu bekalan RON97 di sesetengah stesen minyak telah berkurangan disebabkan permintaan yang meningkat secara mendadak.

Sementara itu, jurucakap BHPetrol memberitahu, walaupun permintaan terhadap RON97 meningkat namun bekalan di stesen-stesen minyak tersebut masih mencukupi.

``Permintaan terhadap RON97 lazimnya tidak tinggi, ia hanya dibeli oleh pemandu yang memiliki kereta berprestasi tinggi," kata jurucakap BHPetrol.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kordi 1-12-2014 01:07 PM
memang betul.. td pagi nak isi minyak kat petron, ron97 xdak
Quote kentel 1-12-2014 01:15 PM
hew hew...sorok stok kah???nak naikkan balik rega...mcm gula...hew hew...
Quote DCrystal 1-12-2014 01:16 PM
Tengah malam semalam aku siap kena tunggu lagi nak isi minyak. Kat ngan rumah aku tu ada 2 pam jer yang ada 97. Biasa tak ada orang pun tiap kali aku isi minyak.
Quote Esmiria 1-12-2014 01:19 PM
hah???????
Quote OmJualGas 1-12-2014 01:20 PM
kalau kereta dah lama guna 95 tiba-tiba guna 97 ada masalah ka?...
Quote hyldia 1-12-2014 01:21 PM
dh lama kot tak de stok..masa ron95 naik hrg ke rm2.30...byk stesen minyak yg kehabisan ron97...adakah permintaan melebihi penawaran??
Quote afira 1-12-2014 01:27 PM
yela semua nak isi 97 sbb beza cuma 20sen je ngn 95
Quote spiderman80 1-12-2014 01:35 PM
OmJualGas posted on 1-12-2014 01:20 PM
kalau kereta dah lama guna 95 tiba-tiba guna 97 ada masalah ka?...


Tak ada masalah. Kereta lagi bertambah power. Lagipun ia boleh membersihkan sistem kereta anda.
Tapi kalau kereta awak rosak sebab tukar ke RON 97, sila beritahu saya. Saya akan suruh bini saya tolong repair kan. Dia dulu kerja repair kenderaan.
Quote Cik_Andak 1-12-2014 01:40 PM
Patut la banyak stesen Shell yang habes RON97...
Quote kucing_gebu 1-12-2014 01:43 PM
Pagi ni nk isi minyak di caltex....xde stok juga...pelik betul...
Quote mat_krai 1-12-2014 01:43 PM
rakyat msia dh kaya...
Quote mat_krai 1-12-2014 01:43 PM
petani dan nelayan je pakai moto isi 95..
Quote ctaz 1-12-2014 01:44 PM
sib baik aku pakai minyak org miskin....
Quote kecimpret 1-12-2014 01:49 PM
baru je isi ron97 20 liter...time kasih Najib sbb prihatin kat orang kaya
Quote Muntz 1-12-2014 01:53 PM
First time aku isi RON97 balik selepas paling last isi tahun 2009 gitu.
Quote hanezzafirah 1-12-2014 01:58 PM
bkn nyorok stock...tp memang setiap petrol station tak amik stock byk tuk ron 97 sbb sebelm ni kurang org beli...sy buat account tuk 4 petrol station..kekadang sebulan 2-3 kali order je..
Quote Changa 1-12-2014 02:07 PM
OmJualGas posted on 1-12-2014 01:20 PM
kalau kereta dah lama guna 95 tiba-tiba guna 97 ada masalah ka?...

selama ini mana ada minyak RON95 pun sis? dahulu ada RON92 dan RON97 jah.
so??
dah berapa banyak kereta rosak lepas guna ron95 last time?
Quote Changa 1-12-2014 02:08 PM
Muntz posted on 1-12-2014 01:53 PM
First time aku isi RON97 balik selepas paling last isi tahun 2009 gitu.

akak dari sabtu nak isi ron97, sabtu ari tu pam ron97 full dan malas nak queue, hari ahad nak isi kat shell habis ron97, pagi tadi baharu dapat isi ron97 kat BHP
Quote sheetRock 1-12-2014 02:14 PM
patut la tadi kat petron 97 takdak... tapi dia letak sign "offline"...

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041511 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top