Di China, 500,000 Disahkan Ada Penyakit Hiv, Aids
Seorang wakil WHO di China, Bernhard Schwartlaender berkata, banyak yang perlu dilakukan Beijing untuk mencegah dan membantu pesakit yang menghidap penyakit maut tersebut. “Apa yang paling penting, kita mesti menghapuskan sikap diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan penyakit ini dan golongan yang be-risiko tinggi terdedah kepada HIV seperti pelacur dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan,” katanya dalam satu artikel di akhbar China Daily. Tambahnya, dia melihat beberapa rakannya yang berkecimpung dalam bidang perubatan turut menyisihkan pesakit yang dijangkiti penyakit bahaya tersebut. “Sikap itu tidak boleh diterima dan ia perlu dihentikan,” tegasnya. Kira-kira 497,000 penduduk di China disahkan menghidap HIV/AIDS sejak kes pertama direkodkan di China pada tahun 1985. Bagaimanapun, angka itu meningkat dari September 2013 apabila 434,000 orang disahkan menghidap HIV/AIDS. Lebih 500,000 penghidap HIV/AIDS di China kini menerima rawatan antiretroviral. Kebanyakan kes HIV/AIDS di China berlaku disebabkan hubungan seks tidak selamat diikuti jangkitan daripada ibu kepada anak dan perkongsian jarum suntikan dadah.
|
2
Bagus |
5
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
taikor posted on 2-12-2014 03:28 PM
benda ni kena sampaikan kpd @spiderman80
ADVERTISEMENT