CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik BADAN Lihat artikel

Rahsia~Keputihan Berwarna Coklat

8-12-2014 06:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7113| Komen: 15


Dalam melayari kehidupan seharian seorang wanita,adakalanya berlaku pendarahan dari faraj secara tiba-tiba dan merupakan sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.Apa yang merisaukan mereka adalah keganjilan pendarahan tersebut tidak mengikut aturan biasa sewaktu haid  atau nifas.

Perkara sebegini selalunya menjadi tanda tanya buat diri mereka.Bukan sahaja gadis remaja malahan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga tidak terkecuali dari pendarahan yang tidak mengikut kadar waktu yang tetap serta dianggap ganjil.Pendarahan sememangnya membimbangkan setiap wanita tidak kira usia,status atau bangsa.

Pendarahan dikatakan  ganjil dan paling kerap dialami  oleh wanita lazimnya berwarna coklat terang atau gelap.Bagi membantu wanita memahami keadaan ini ,berikut adalah beberapa punca yang boleh menjadi penyebab keluarnya keputihan berwarna coklat.

Antara punca-punca keputihan warna coklat 



Turun naik hormon
Hormon adalah antara salah satu punca keluarnya keputihan warna coklat apabila seseorang wanita berhenti dari pengambilan pil pencegahan kehamilan.Lazimnya,ini disebabkan oleh perubahan hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika keputihan warna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih lagi mengamalkan pengambilan pil tersebut, ia boleh menandakan terdapat masalah lain yang mungkin serius.


Kelewatan haid
Selalunya, kelewatan haid juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid tersebut.Ini adalah disebabkan oleh saki baki lapisan tisu endometrium yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama serta tisu daripada rahim. Dalam kebanyakan keadaan, ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali jika ianya tidak berhenti dan aliran keluar bertambah banyak,maka langkah paling bijak adalah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.


Pendarahan Implantasi
Jika keputihan warna coklat di kesan 3 hingga 4 minggu selepas kitaran haid terakhir , terutamanya jika  baru-baru ini telah terlibat dalam hubungan kelamin tanpa perlindungan atau berhenti mengambil pil pencegahan kehamilan, ianya boleh menandakan pendarahan implantasi atau tanda awal kehamilan.


Jangkitan kulat yang berulang
Bagi mereka yang menganggap jangkitan kulat adalah jangkitan biasa dan tidak memudaratkan,ubahlah persepsi tersebut disebabkan antara keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria di dalam tubuh.Lazimnya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit, rasa terbakar,sakit ari-ari dan bau yang tidak menyenangkan.Jangkitan ini boleh dirawat dengan anti fungal atau rawatan alternatif herba yang berkesan dan seimbang.



Penyakit Radang Pelvik (PID)
Keputihan warna coklat disertai bau yang busuk,sakit abdomen dan sakit ketika hubungan kelamin adalah antara gejala penyakit radang pelvik atau PID yang melibatkan rahim, ovari atau tiub fallopio. Ramai wanita muda mengalami PID disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea, ketuat faraj, chlamydia dan sebagainya.


Vaginosis bakteria
Jangkitan vaginosis bakteria boleh dirawat dengan bantuan antibiotik atau rawatan alternatif herba.Pesakit biasanya bertindak balas dalam masa hanya beberapa hari rawatan. Jangkitan ini bukan berpunca dari hubungan kelamin tetapi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.Pengunaan produk penjagaan dan pH faraj yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca ketidakseimbangan bakteria.

Kanser serviks
Pendarahan selepas haid yang berlangsung selama lebih tiga kitaran, boleh menjadi sesuatu yang lebih serius daripada keputihan warna coklat yang biasa.Jika mengalami pendarahan atau keputihan warna coklat selepas hubungan kelamin,adalah lebih baik jika dilakukan pemeriksaan di klinik/hospital.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 8-12-2014 09:25 AM
aku tak kna.
Quote bellaa 8-12-2014 10:20 AM
bukan takat keputihan kaler coklat..

hijau mcm lumut pon ada.
yekkkkkkkkk
Quote jihah_kudat 8-12-2014 12:18 PM
bellaa posted on 8-12-2014 02:20 AM
bukan takat keputihan kaler coklat..

hijau mcm lumut pon ada.

...berlumut..??apekah
Quote bellaa 8-12-2014 12:19 PM
jihah_kudat posted on 8-12-2014 12:18 PM
...berlumut..??apekah

hahaha.bende betol.

aku tertengok kat bin pantyliner & pad tu.





Quote jihah_kudat 8-12-2014 12:25 PM
bellaa posted on 8-12-2014 04:19 AM
hahaha.bende betol.

aku tertengok kat bin pantyliner & pad tu.

hhahaha..menakutkan ko girlgirl ke boyboy
Quote bellaa 8-12-2014 12:27 PM
jihah_kudat posted on 8-12-2014 12:25 PM
hhahaha..menakutkan ko girlgirl ke boyboy

gegel lo..
Quote jihah_kudat 8-12-2014 12:38 PM
bellaa posted on 8-12-2014 04:27 AM
gegel lo..

hhaa...sebaik gigirl ..ak belom jumpe lagi yg berlumut

belom bertakdir nak terjumpe kot...eeee gelila...
Quote bellaa 8-12-2014 12:49 PM
jihah_kudat posted on 8-12-2014 12:38 PM
hhaa...sebaik gigirl ..ak belom jumpe lagi yg berlumut

belom bertakdir nak terjumpe kot...: ...

haha.. takot ea..

standed lah pmpn ada keputihan.
kalo masalah keputihan ringan, just amik air garam & basuh elok2. ni petua org dulu.

kalo masalah berat mcm cheese & berlumut. jumpa lah doc.
kalo segan, p je farmasi.

simple kan.





Quote jihah_kudat 8-12-2014 12:56 PM
bellaa posted on 8-12-2014 04:49 AM
haha.. takot ea..

standed lah pmpn ada keputihan.

..amek air garam..first time dengar..info yg bernas..

kene basuh sekali berapa kali..time bile kene buat..
Quote bellaa 8-12-2014 01:04 PM
jihah_kudat posted on 8-12-2014 12:56 PM
..amek air garam..first time dengar..info yg bernas..

kene basuh sekali berapa kali..time bile  ...

selain garam boleh amek daun sireh.
tapi stay bandar nak cari celah mana kan daun sireh?

setiap kali nak kencing, awk jirus lah.

tapi nak paling berkesan, rendam miss v dlm air garam tu..
camne nak rendam? kalo xde bathtub. erm pk sendiri.
Quote manganini 10-12-2014 01:18 AM
bellaa posted on 8-12-2014 12:49 PM
haha.. takot ea..

standed lah pmpn ada keputihan.

Logik kan.. garam kan boleh bunuh bacteria.. pandai org tua zaman dulu..

Kira lebih kurang mcm proses lactofermentation ke? sape tau.. sbb yg dlm vagina tu pun ada bacteria baik lactobacillus ..
Quote bellaa 10-12-2014 04:50 PM
manganini posted on 10-12-2014 01:18 AM
Logik kan.. garam kan boleh bunuh bacteria.. pandai org tua zaman dulu..

Kira lebih kurang mcm  ...

Haaa gitu lah.

Byk generasi muda x praktik petua org dulu2.

Padahal,bende simple
Quote reenaz 10-12-2014 05:03 PM
Penah ada org btau  timun boleh menyebabkan keputihan..so try avoid la..nampak je keputihan dah kaler lain cepat2 la pegi jumpa gynae
Quote cahaya_emily 11-12-2014 11:42 AM
bellaa posted on 8-12-2014 01:04 PM
selain garam boleh amek daun sireh.
tapi stay bandar nak cari celah mana kan daun sireh?

boleh try ni...tp kalau kerap sgt ada prob keputihan mmg kne jumpe doc lah kan..nanti doc amik cotton swab amik sample and identify ape problemnya...nk jumpe doc tu yg malu..heheh
Quote bellaa 11-12-2014 11:45 AM
reenaz posted on 10-12-2014 05:03 PM
Penah ada org btau  timun boleh menyebabkan keputihan..so try avoid la..nampak je keputihan dah kale ...

Timun,lobak putih dan minuman berais.

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047911 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top