CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Wanita Di Jadikan Hamba Seks

12-12-2014 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6976| Komen: 16

Teman Wanita Di Jadikan Hamba Seks 

Gambar hiasan

Klang: Seorang wanita warga Indonesia terpaksa menjadi hamba seks kepada teman lelaki yang dikenali di negara ini sejak penghujung tahun lalu.

Wanita lingkungan 20-an itu terpaksa akur dengan ‘permintaan’ teman lelakinya itu sejak Januari lalu dan akan dipukul oleh suspek jika enggan melayani nafsu serakahnya.

Menurut sumber, dalam kejadian terbaru, mangsa dibawa teman lelakinya yang juga seorang pengawal keselamatan di hostel penginapan suspek di daerah ini pada Selasa lalu, kira-kira jam 10 malam.

Sumber berkata, sebaik tiba di hostel berkenaan, suspek kemudiannya memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya namun permintaan teman lelakinya itu ditolak.

“Keengganan melakukan hubungan seks menyebabkan dia dipukul dan ditampar di beberapa kali di muka oleh suspek.

“Selepas mangsa ditampar, suspek terus merogolnya sebelum mangsa berjaya melarikan diri daripada hostel berkenaan kira-kira jam 6 pagi keesokannya dan membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa mengalami bengkak dan lebam di bawah mata kiri serta pendarahan dalam mata kiri akibat ditampar suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Goh Lee Fook mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan di sekitar bandar ini awal pagi semalam untuk siasatan lanjut.

“Polis kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada HTAR dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 12-12-2014 09:24 AM
keganasan tanpa sempadan..
Quote jazaa 12-12-2014 09:27 AM
Kerja kilang ke??..

Quote ResellerMaxis 12-12-2014 09:35 AM
dah ikut sampai hostel..xnak romen lak..apa kes??xnak..jangan lah ikut balik..
Quote Esmiria 12-12-2014 09:47 AM
ResellerMaxis posted on 12-12-2014 01:35 AM
dah ikut sampai hostel..xnak romen lak..apa kes??xnak..jangan lah ikut balik..

Betul katamu ituuu
Quote ResellerMaxis 12-12-2014 09:49 AM
Esmiria posted on 12-12-2014 09:47 AM
Betul katamu ituuu

kalau aku pun..dah book hotel n bawa scandal ke hotel..sekali xnak main..mahu kena lempang..
Quote Esmiria 12-12-2014 09:51 AM
ResellerMaxis posted on 12-12-2014 01:49 AM
kalau aku pun..dah book hotel n bawa scandal ke hotel..sekali xnak main..mahu kena lempang..
...

Salah gurl tu..sapa suh ikut. hihi
Quote zeed 12-12-2014 10:03 AM
byk je acik2 tua indon yang aku kenal mcm ni.. byk jd perempuan simpanan polis la.. taknak kena hantar balik.. terpaksa gadai body kat abang2 polis..
Quote prettyuglybabe 12-12-2014 10:06 AM
Klang: Seorang wanita warga Indonesia terpaksa menjadi hamba seks kepada teman lelaki yang dikenali di negara ini sejak penghujung tahun lalu.


mula-mula baca ingatkan bfnya orang yang 'dikenali' kat negara ni.. terfikir juga mesti lawa indon ni sampai orang yg dikenali kat malaysia pun nak kat dia.. tiba perenggan ketiga kata bfnya pengawal keselamatan.. terus repeat balik baca pelan pelan bagi hadam.. aduhai.. teruk betul pemahaman   
Quote adekhairz 12-12-2014 12:14 PM
Mangsa keadaan..kesian btol..
Quote PongKang 12-12-2014 12:18 PM
zeed posted on 12-12-2014 10:03 AM
byk je acik2 tua indon yang aku kenal mcm ni.. byk jd perempuan simpanan polis la.. taknak kena hant ...

dorang xtakut ke kene STD ke hiv? isk
Quote mommymonster82 12-12-2014 12:19 PM
Terpaksa ker klu ikut balik hostel?
Quote zeed 12-12-2014 12:25 PM
PongKang posted on 12-12-2014 12:18 PM
dorang xtakut ke kene STD ke hiv? isk


ntah.. setakat yang aku tau.. diorg tak pikir semua tu.. asalkan tak dihantar balik ke negara diorg.. dirog aman2 adja.. sebab tu gigih menekel jantan lokal.. nak dapat taraf penduduk tetap..
Quote Mary_jane 12-12-2014 04:41 PM
Ye2 je laki msia ni, last2 sangkut gk ngn minah indo. Luaskan dna nusantara mu.
Quote cepheid 12-12-2014 05:01 PM
prettyuglybabe posted on 12-12-2014 10:06 AM
mula-mula baca ingatkan bfnya orang yang 'dikenali' kat negara ni.. terfikir juga mesti lawa ind ...

nepal kot bf dia ni

Quote prettyuglybabe 12-12-2014 05:04 PM
cepheid posted on 12-12-2014 05:01 PM
nepal kot bf dia ni

entah la.. mungkin melayu, mungkin nepal, mungkin indon, mungkin bangla
Quote cepheid 12-12-2014 05:10 PM
prettyuglybabe posted on 12-12-2014 05:04 PM
entah la.. mungkin melayu, mungkin nepal, mungkin indon, mungkin bangla

sekarang ni jarang betul indon atau melayu jadi pengawal keselamatan. kalau ada melayu selalunya kerja di kedai emas je.

cakap pasal nepal ni dulu aku pernah jumpa nepal dengan indon dok pegang tangan feluk-feluk. indon tu rupa makcik-makcik.  nepal tu lak kerja keselamatan kat apartment aku.  

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046865 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top