CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Patung Berhijab Tanpa Muka DiJual Di Britain

16-12-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10642| Komen: 56

Anak Patung Berhijab Tanpa Muka DiJual Di Britain



Anak patung tanpa muka dan berhijab yang khas untuk kanak-kanak perempuan Islam telah mula dijual di Britan, lapor agensi berita Asian Image.

Anak patung yang 'kosong' itu telah direka supaya selari dengan undang-undang syariah, yang melarang sebarang penggunaan gambar dan grafik benda-benda hidup. Anak patung itu dijual pada harga USD$40 (RM140).

Anak patung yang dikenali sebagai "Patung Deeni" itu dikilangkan di China dan direka oleh seorang designer UK, Ridhwana B, seorang guru di sebuah sekolah Islam di sini.

"Idea ini datang setelah saya berbincang dengan ibubapa yang bimbang dengan anak patung yang mempunyai wajah", katanya.

"Terdapat satu hukum Islam yang melarang pemaparan ciri-ciri wajah dalam apa jua bentuk termasuk gambar, ukiran dan, dalam kes ini, anak patung."



Menurut Ridhwana, dia telah berbincang dengan seorang ulama di Leicester yang membimbingnya dalam proses merekabentuk patung tersebut.

Jika anak patung ini dijual di Malaysia, adakah anda akan membelinya untuk anak anda?

Menurut Ridhwana lagi, walaupun anak patung itu 'kosong', dia telah menerima banyak maklum balas positif dari ibubapa.

Ridhwana juga berkata anak patung itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa walaupun ia hanya kosong

4

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 16-12-2014 10:21 AM
kalau diberi pilihan antara patung chucky dan patung ni..kompom i beli patung takde muka.

tapi kalau pilih antara patung kucing ade muka yg kiut dan patung ni...kompom i beli patung yg kiut.

scary patung yg tkde muka...Faceless (bakal tajuk filem seram)
Quote cipOt_cedOt 16-12-2014 10:21 AM
erkkk... rasanya macam bongok jer...

kalu betoi ada hukom kata jangan merupai mahkluk... tak punya wajah pun sebenarnya masih menyerupai mahkluk... takrif menyerupai mahkluk adalah sesuatu benda itu tidak boleh dikenali menyerupai apa-apa mahkluk idOp...

patong tu walaupun takde rupa tapi ada bentuk tangan, kaki, badan dan kepala... siap berbaju lagi... sifat-sifat mahkluk manusia tu masih ada lagi pada patong tu... maka motif tak menyerupai mahkluk tu tak sampai sebab ia masih menyerupai mahkluk seperti manusia...

kalu kata ini mainan Islamik sebab tak menyerupai mahkluk rasanya kurang tepat... Last edited by cipOt_cedOt on 16-12-2014 10:23 AM

Quote jazaa 16-12-2014 10:29 AM
Tanak lah aku....menakutkn je...

Masa belajar dulu aku selalu ponteng class...tanak pergi clas lepas lunch...aku membuta kat bilik...satu hari tu, bila bukak mata tetiba ada makhluk dok atas meja study   kat hujung kaki mghadap aku....dah lah pakai tudung hitam, muka lak tak de....aku nk mjerit suara tak kuar....

Sejak hari tu aku lah org yg awal-awal gi kelas & takut tinggal dlm bilik sesorang wlupun siang hari...dok ngekor roomate je...
Quote cekelatkopi 16-12-2014 10:29 AM
kalau mcm ni sedap menyonteng lukis sendiri ni...
Quote fifie_olin 16-12-2014 10:33 AM
motippp...awat lagu tuuuu
Quote lazim 16-12-2014 10:33 AM
terbayang siti musliha kalau mcm ni
Quote kenarikelabu 16-12-2014 10:40 AM
Boli yo teddy bear....sonang
Quote famri7 16-12-2014 10:42 AM
Alahai bimbo yahamat..islam kata patung xsempurna sifat,bukannya xda muka..kalau dah plushy dolls confirm2 lah xcukup sifat kerna xda zakar,cuping telinga dan juga kopek.ok saja kalau ada muka.
Quote Mary_jane 16-12-2014 10:47 AM
Bila xde muka scary plak tgk nya.

Quote ninja boy 16-12-2014 11:02 AM
kalu patung hewan cute ok, kalau manusia scary
Quote chickenwing 16-12-2014 11:05 AM
tengok sepintas lalu tanpa sentuh mcm xdak kualiti...tapi mahal....bagi anak main konda kondi je la....
Quote chazey 16-12-2014 11:07 AM
lazim posted on 16-12-2014 10:33 AM
terbayang siti musliha kalau mcm ni

Motifffffffff
Quote lkick2113 16-12-2014 11:12 AM
bodohnya org islam sampai anak patung mainan pon nak kena org buatkan yg kununnya islamik??? WTF is going on with the muslim???? aku tak boleh hadam la...
Quote lazim 16-12-2014 11:22 AM
lkick2113 posted on 16-12-2014 11:12 AM
bodohnya org islam sampai anak patung mainan pon nak kena org buatkan yg kununnya islamik??? WTF is  ...

dari zaman aku kecik ada dah set2 semua x blh. ustazah aku marah btl kalau kita melukis. srh pangkah leher lah suruh cucuk pin kat gmbr la. hati aku mcm meronta2 betul xstuju. normal la bdk kecik suka lukis org. konsep nya mcm kita amek gambar gak la..cuma yg ni lukisan. dh nk dipangkah2 plk
Quote bellaa 16-12-2014 11:25 AM
bagi anak main anak patung kertas jela.

jimat pon jimat. xde sampai rm140.
Quote jazaa 16-12-2014 11:28 AM
lazim posted on 16-12-2014 11:22 AM
dari zaman aku kecik ada dah set2 semua x blh. ustazah aku marah btl kalau kita melukis. srh pangk ...

Menjadi ke lukisan org yg kau lukis tu....



Quote lkick2113 16-12-2014 11:30 AM
lazim posted on 16-12-2014 11:22 AM
dari zaman aku kecik ada dah set2 semua x blh. ustazah aku marah btl kalau kita melukis. srh pangk ...

olamak takut budak2 menyembah patung tu.....




lkick~hanya islam menjana minda!!!


TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRR
Quote lazim 16-12-2014 11:32 AM
jazaa posted on 16-12-2014 11:28 AM
Menjadi ke lukisan org yg kau lukis tu....

lukisan katun2 je la. dajah 1 kan...bukan potret. terpksa la aku buh rantai pangkah kat leher lukisan tu
Quote melia_star 16-12-2014 11:33 AM
lagi scary rupa mcm tuh....kwn aku ada citer dia jumpa antu bertelekung xde muka....

Last edited by melia_star on 16-12-2014 11:45 AM

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.072734 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top