CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Scha Al-Yahya Tertekan Desakan Peminat Padam Iklan Di Instagram

16-12-2014 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14716| Komen: 56

Scha Al-Yahya Tertekan Desakan Peminat Padam Iklan Di Instagram


PETALING JAYA:
Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditulis peniaga-peniaga dalam talian pada gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Scha, 31, berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana terlalu banyak komen berunsur iklan yang perlu dipadamkan secara manual.

"Komen iklan terlalu banyak dan tidak boleh dibendung, lagi pula perkara itu bukan terjadi pada artis Malaysia sahaja, malah turut dialami oleh artis luar yang mempunyai pengikut ramai.

"Saya lebih tertekan dan rimas dengan desakan peminat yang suruh saya buang iklan tersebut, mereka tidak tahu ia bukan perkara mudah untuk padam satu persatu secara manual," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Scha berkata, dari satu sudut, dia tidak menyalahkan komen iklan tersebut berikutan ia sebagai salah satu cara untuk menolong peniaga-peniaga baharu mencari rezeki.

Katanya, perkara tersebut juga memudahkan dia mencari sesuatu barang secara dalam talian.

"Saya tahu ramai yang marah dengan peniaga-peniaga barang yang komen di raungan gambar artis. Saya juga marah tetapi kalau fikir balik itu sahaja cara ingin tolong mereka.

"Lagi pun saya mudah untuk mencari sesuatu barang yang saya inginkan," katanya.

Selain itu, ditanya tentang trend artis yang mengenakan caj periklanan produk di laman sosial mereka, Scha berkata, dia enggan berbuat demikian.

Scha yang turut mempunyai pengikut melebihi 1 juta itu berkata, dia tidak mahu perkara tersebut menimbulkan konflik dengan produk iklannya.

"Ramai peniaga yang hantar e-mel minta saya review barang mereka dengan harga tertentu. Bagi saya ia terpulang kepada artis untuk buat atau tidak.

"Saya menolak kerana tidak mahu timbul konflik dengan beberapa produk yang ambil saya sebagai duta," ujarnya.

2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_tonggek 13-12-2014 02:01 AM
baik ko menetek anak ko azian oiiiiii
takde keja lain ke nak tertekan benda bukan2
Quote LembingDayanti 13-12-2014 02:07 AM
ya allah apasal lah rendah sangat mutu berita hiburan kat tanah air kita ni? benda ni pun kau buat story astagfirullah. urut dada
Quote malukokram 13-12-2014 03:10 AM
aku nak jual kicap lah kat instagram nanti.. kicap ca-ayaya.
Quote slyfynx 13-12-2014 05:02 AM
Chait, wartawan dah xde mende nk cite ke?
nape x tulis scha bukak pintu peti ais umah,
scha tertekan kepala paip umahnye ketat
scha lapar tapi xde selera makan masakan melayu
scha terlupa tutup pintu jamban
adui la
Quote mommymonster82 13-12-2014 07:18 AM
Apesal tiap minggu ada jer citer dorg ni?
Quote 247 13-12-2014 07:37 AM
Makin lama x minat ngan scha ni .. Tah pape je nak tertekan ..
Quote Syd 13-12-2014 07:41 AM
astagerrrrrrrr muakkkkknyerrr kisah makcik nie. kalu tak dia, laki dia. oit, boleh tak buat blof sndiri dan mencecehh apa jer korg nak dlm tu?
Quote bantal_green 13-12-2014 07:58 AM
Nk senang,mudah dan pantas delete iklan2 tu scha kna blaja ng kokping...die dh master bab tu...laju jek kalau padam/block/hencap org...kok ping x tertekan pon..rileks je die..tp scha kna bersdia la nk jahit henpon kt tgn.. $
Quote minahsenget 13-12-2014 08:21 AM
Tutup terus insta lg senang
Quote kucing_gebu 13-12-2014 08:24 AM
minahsenget posted on 13-12-2014 08:21 AM
Tutup terus insta lg senang

Haaaa.....yg ni confirm settle masalah
Quote Suchi 13-12-2014 09:00 AM
bgtau jelah kat profile
Dilarang berniaga disini

jujur jelah, biarlah peminat nk kata apa pun.
ig kita hak kita sukati kitalah nk bg ke tak.
kalo dorang nk unfolo pun biarkan je dr situ kita tau sapa yg iklas suke ke kita,
emmm kalo tak salah ig akan clearkn semua ig spam/fake acc kan.

so sapa2 yg buat fake acc semata2 nk judge dan menghencap retis n sbgnya sgt wajar dilenyapkan terus
Quote sepitsiput 13-12-2014 09:01 AM
cik_tonggek posted on 13-12-2014 02:01 AM
baik ko menetek anak ko azian oiiiiii
takde keja lain ke nak tertekan benda bukan2

Sambil menetek sambil berIG chuols... mana tau lps ni boleh wefie nenen 45° angle chuols!
Quote sepitsiput 13-12-2014 09:02 AM
slyfynx posted on 13-12-2014 05:02 AM
Chait, wartawan dah xde mende nk cite ke?
nape x tulis scha bukak pintu peti ais umah,
scha tertek ...

Scha bukan retis pertama buat surat khabar mcm blog sendiri... dulu2 liyana jasmay dah selalu buat.

Quote sepitsiput 13-12-2014 09:03 AM
mommymonster82 posted on 13-12-2014 07:18 AM
Apesal tiap minggu ada jer citer dorg ni?


Dekat2 dgn ABP chuols... next week mesti ada cerita tok t, johan sehari, zizang, fasha... muka2 common setiap kali menjelang abpbh
Quote enchikfitz 13-12-2014 09:05 AM
motep stress dgn benda bodo?
Quote hanamunir 13-12-2014 09:06 AM
semua  benda ko nak tertekan..
apa pun tak boleh..
cerita sampah aje ..
minggu lepas, tertekan
minggu ni , tertekan..
Quote sweetsour25 13-12-2014 09:09 AM
Kok ping bole..  tp dgn syarat jahit fon kt tgn..

Nmpk sgt kok ping hadap fon je... sian juna
Quote mommymonster82 13-12-2014 09:10 AM
sepitsiput posted on 13-12-2014 09:03 AM
Dekat2 dgn ABP chuols... next week mesti ada cerita tok t, johan sehari, zizang, fasha... muka2  ...

Schawal ni over xpose ler...jadi boring pulak tgk dorg...

Quote Peaceyo! 13-12-2014 09:25 AM
booooooooooooringgg! mende remeh temeh je kot..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.270669 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top