CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Gali Kubur Dan Jual Mayat Wanita Mati Bujang Untuk Amalan Perkahwinan Hantu..

17-12-2014 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8679| Komen: 9

Gali Kubur dan Jual Mayat Wanita Mati Bujang Untuk Amalan Perkahwinan Hantu




Didunia ini banyak budaya yang diamalkan dan adakala budaya yang diamalkan itu menjadi satu kes jenayah apabila diambil kesempatan sesetengah pihak untuk mendapat duit dengan cepat. Pihak Berkuasa di China menahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri mayat untuk dijualkan kepada individu tertentu bagi menjalankan amalan perkahwinan hantu ataupun perkahwinan selepas mati.


Shandong – Seorang lelaki, Wang, baru-baru ini, mengaku dia dan lapan rakannya terbabit menjalankan kegiatan mencuri dan menjual mayat.


Wang membuat pengakuan itu ketika dia disoal siasat selepas ditangkap mencuri motosikal di daerah Juye di wilayah Shandong.

Menurut Wang, dia dan rakannya menggali semula kubur wanita bujang yang sudah ditanam tiga bulan sebelum itu dan menjualnya dengan harga 18,000 yuan (RM9,770).

“Mayat wanita yang sudah lama mati tidak bernilai sebanyak itu berbanding mereka yang baru mati. Biasanya ia boleh dijual dengan harga antara 16,000 (RM8,500) dan 20,000 yuan (RM10,700),” kata Wang.

Hasil soal siasat itu, polis melancarkan gerakan menjejaki lelaki bernama Liu di bandar Handan, Hebei.

Lee ialah pembeli mayat wanita yang dijual Wang pada Mac lalu dan dia menyimpan mayat terbabit di rumah mayat sebuah hospital di bandar berkenaan selama seminggu sebelum menjualnya di bandar Wuan dengan harga 38,000 yuan (RM20,430).

Perkahwinan hantu adalah amalan kuno sebuah masyarakat di Negara China.

Ia bagaimanapun masih dilakukan sehingga hari ini.

Biasanya, terdapat dua jenis perkahwinan hantu, satu diadakan antara dua orang yang sudah mati dan satu lagi antara orang mati dengan yang masih hidup.

Menurut kepercayaan, waris si mati akan ditimpa kecelakaan jika anggota keluarga mereka yang masih bujang ditanam bersendirian.

Kerana itu, anggota keluarga terbabit akan berusaha mencari mayat untuk mengadakan perkahwinan hantu bagi si mati.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizz_fatyn 9-12-2014 10:05 AM
mengarut tol lah depa nih
Quote matahari7001 9-12-2014 11:13 AM
ape2 pun boley buat duit duit duit duit
Quote joyahglam 9-12-2014 11:16 AM
mati pun belum tentu aman
Quote mdhelmi 9-12-2014 01:59 PM
ingatkan org cina tanam abu mayat je
Quote Knowlee 18-12-2014 09:07 AM
manusia makin gila!
Quote kekcawan 18-12-2014 11:56 AM
macam2
Quote Esmiria 19-12-2014 06:58 PM
ntah2 apa je.
Quote starbee 8-1-2015 04:51 PM
mati sorang2 dh la...
Quote trinne 9-1-2015 09:46 AM
Mcm ni pun boleh? tak rasa geli ke mengaut untung dgn org mati..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067142 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top