Pusat refleksologi tawar urut Body to Body (b2b) Seorang pelanggan cuba menawar harga semasa tinjauan di dalam pusat mengurut yang pemiliknya mengakui menawarkan urutan badan ke badan. KUALA LUMPUR 3 Jun - Di sebalik tulisan di papan tanda yang menawarkan urutan badan, sebuah pusat refleksologi di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves dekat sini didakwa turut menyediakan pakej tambahan iaitu urutan badan ke badan (B2B). Seorang pengadu, yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu premis-premis urut di situ turut menawarkan perkhidmatan seks selain tukang urut berpakaian menjolok mata. Bertindak atas aduan tersebut Utusan Malaysia membuat tinjauan ke lokasi terbabit hari ini. Boleh disahkan sebuah premis menawarkan urutan B2B tetapi tiada perkhidmatan seks ditawarkan. Di saat penulis melangkah masuk ke premis terbabit, pemilik premis itu menerangkan pakej-pakej urutan yang disediakan antaranya urutan badan dan B2B. "Untuk urutan badan dikenakan caj RM80 untuk tempoh sejam tidak termasuk urutan batin berharga RM50. B2B pula berharga RM138 bagi tempoh sejam," kata taukenya kepada penulis. Menurut pemilik premis berketurunan Cina itu, tukang urut yang disediakan adalah terdiri daripada wanita warga asing yang berasal dari Kemboja, China, Thailand dan lain-lain. Ketika itu, hanya kelihatan seorang wanita warga Kemboja yang bekerja dan tidak kelihatan kelibat wanita-wanita lain. "Ok. Saya mahu pergi makan dahulu, selepas itu saya datang ke sini semula," kata penulis kepada pemilik tersebut bagi mengelak terperangkap dengan tawaran itu. Siasatan di rumah urut yang lain di kawasan itu pula mendapati mereka 'bersih'. Bagaimanapun, apakah ia benar-benar bersih tidak dapat disahkan kerana jika mengikut pengadu yang memberi maklumat kepada kami kebanyakan rumah urut di Sri Gombak turut menawarkan 'khidmat istimewa'. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Sehubungan itu pihak berkuasa tempatan berkenaan iaitu Majlis Perbandaran Selayang diminta memantau secara berterusan dan bertindak tegas dalam usaha menangani isu tersebut yang boleh mencetuskan masalah sosial dan lain-lain. Jika keadaan ini berterusan, maka ia akan memburukkan imej pusat refleksologi yang benar-benar menawarkan perkhidmatan urutan mengikut saluran betul. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... t-B2B#ixzz2VIyBIiRY © Utusan Melayu (M) Bhd
|
19
Bagus |
19
Marah |
20
Terkejut |
11
Sedih |
29
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT